Saturday, March 28, 2009

Apa itu 60 Minute...Earth Hour???

Sekarang nie tengah heboh dengan Earth Hour...60 minute??? Apa ke benda tu Earth Hour? yang Yon tahu nak sokong hentikan Global warming...So baik kita mengerti dulu mana datangnya Earth Hour ini...

Earth Hour merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh WWF bagi menangani masalah pemanasan global dengan menyarankan kepada seluruh dunia supaya tidak menggunakan peralatan elektrik (matikan lampu) selama satu jam pada hari sabtu terakhir bulan March.

Acara ini diilhamkan oleh WWF-Australia pada tahun 2007, sebanyak 2.2 juta rumah serta premis perniagaan memadamkan penggunaan lampu selama satu jam. Setahun kemudian, acara ini dianjurkan ke peringkat global dengan 50 bilion penduduk di 35 negara menyertai kempen ini. mercu2 tanda seperti Golden Gate Bridge di san fransisco, Colosseum di Rom serta Coca-cola Billboard di time square bergelap bagi menyokong kempen ini sebagai tanda keperihatinan terhadap pemanasan global.


Pada 28 March 2009 pada 8.30pm (hari nie la), Untuk pertama kalinya Malaysia, menyertai Kempen "Earth Hour" secara rasmi. Untuk kempen kali ini, sasaran seramai lebih dari satu juta penduduk di 1000 buah bandar seluruh dunia memadam lampu yang tidak digunakan selama satu jam bagi menujukkan keperihatinan terhadap perubahan iklim (pemanasan global)

So...apa lagi di tunggu. Jom ramai2 kita sokong benda nie dengan padamkan lampu2 di rumah kita selama 1 jam (kejap jer tu)...kalau takut gelap sangat beli lilin awal. Masa pukul 8:30pm sampai 9:30pm tue kita pasang lilin...baru romantik...huhuhu.

My Nokia 5800xm screenshot

Post sebelum nie Yon ada bgtau pasal Screensnap yang Yon download pada hp 5800xm. So kali nie Yon akan paparkan screenshot yang Yon ambil sendiri. Setelah mencuba beberapa kali Screensnap nie tak boleh ambil screenshot dalam keadaan 'Lanscape mode'...tak tau pasal apa???

Home Screen Theme

Nokia 5800xm nie mempunyai 3 jenis home screen di mana 2 theme adalah sama seperti hp nokia model2 sebelumnya iaitu basic home dan shortcut bar. Cuma pada hp nie Nokia memperkenalkan Contacts Bar di mana ia memaparkan contact sebagai shortcut di home screen. Dengan adanya Contact bar ini Yon boleh buat panggilan, check sms in/out dan web feeds hanya di home screen.

Menu and Application

Nokia 5800xm ini mempunyai icon menu yang cantik dan terang (pada mata Yon la). Setiap menu dan applikasi di susun dengan menarik bagi sebuah hp yang mempunyai paparan yang luas. Terutama menu gambar dan video yang dipaparkan secara thumbnails.
Bagi menu2 yang lain kebanyakan sama dengan hp nokia model2 sebelumnya cuma di upgradekan untuk kesesuaian touchscreen phone. Memang rasa puas bila belek hp nie sorang2.. semua Yon nak set kan, dari contact picture, memo di calendar sampai ke album art bagi lagu2 dalam music library.

Bab gps maps pulak seronok buat location tags... tentunya rumah Yon sendiri. Boleh cam ker kat mana Yon tinggal...hahaha. Jangan serang rumah kita sudah la...Oh ya sebelum terlupa... hp ini juga boleh dipaparkan secara landscape apabila anda buat rotate screen. Apa yang penting semua menu boleh di sentuh dengan tangan Yon sendiri...love touch screen.

Thursday, March 19, 2009

Best Screen Snap for S60 v5

Ini adalah aplikasi pertama yang Yon download untuk handphone Nokia 5800XM. Free software nie membenarkan Yon untuk save 'screenshot' pada handphone dan kemudian di pindahkan pada pc. Lebih kurang macam 'print screen' pada desktop pc kita la... So lepas nie maybe banyak la 'screenshot' yang Yon ambil pada handphone Yon nanti...Tunggu...


Panduan menggunakan Best Screen Snap

1) Anda boleh tetapkan 'hotkey' sendiri untuk buat 'screenshot'.

2) Apabila 'hotkey' ditekan, anda akan dengar bunyi 'click' pada kamera.

3) Anda juga boleh tetapkan kualiti bagi 'screenshot', simpan pada memory card atau pun hantar pada sesiapa.

4)Setiap 'screenshot' di simpan dengan nama yang unik secara automatik...Cth: src000001.jpg, src000002.jpg, src000003.jpg...

Monday, March 2, 2009

Kahwin oh kahwin...

Dalam bulan 3 nie ramai pulak member2 dan saudara yang nak menamatkan zaman bujang masing2...hahaha. Ada yang dah lama bercinta la..ada yang family suruh la (ada lagi ke??) dan ada yang dah sampai seru..ni kes takut umur dah lanjut la tue. Bagi yang tak cukup duit bila nak kahwin..memang pening dibuatnya. Itu tak cukup..ini tak beli lagi..ada barang tak tempah lagi..perh, memang sakit kepala time tu.

Di sini Yon nak kongsi sikit satu ebook pasal kahwin..

"Apa la ko nie..org tengah pening nak kahwin...ko criter pasal ebook pulak??"


Relaks bro, nie ebook pasal kahwin la..."Ebook Maskahwin yang hilang.." sebut betul2 tau, bukan 'permata yg hilang' tue lepas kahwin boleh la..hahaha. Ebook ini memberi panduan pengurusan kewangan berhemah kepada bakal pengantin..Ia memberitahu kita bagaimana mengumpul wang dengan teratur dan lancar.

Belum kahwin pun kita dah banyak nk fikir..hutang PTPTN lah, rumah sewa la, kereta lagi..tu tak masuk kad kredit dan 'personal loan'. Ebook ini mengajar kita agar tidak menambah beban yg sedia ada dengan berhutang lagi untuk kahwin..bila nak habis hutang mcm tue???... Untuk keterangan lanjut klik di sini

Harga ebook 'Maskahwin yang hilang' nie hanya Rm 20.00 saja..tak mahalkan??..tapi info dan tips2 yang diberikan amat berharga hingga kita bergelar suami isteri. Kalau anda masih ragu2 boleh saja dptkan sample ebook nie secara percuma..amacam?? tapi jika anda beli ebook nie sekarang anda akan dapat 2 ebook bonus di bawah :

BONUS #1 : 101 Idea Romantik

Di dalam ebook ini, anda akan dihidangkan dengan 101 idea yang sangat romantik dan menusuk jiwa, yang boleh anda gunakan bagi menambat hati pasangan anda.Idea-idea yang dipaparkan, amat sesuai sekali bagi menghangatkan hubungan cinta antara anda dan pasangan anda.Dengan ebook ini, anda mampu menjadi pasangan yang paling bahagia dan romantik di dunia.


BONUS #2 : Senarai Semak Perbelanjaan Majlis Perkahwinan

Ini adalah merupakan senarai semak yang boleh anda gunakan di dalam merancang bajet perkahwinan anda. Ianya sungguh lengkap, bermula dari bajet pra perkahwinan hinggalah kepada bajet pasca perkahwinan.Ianya adalah senarai wajib yang perlu dimiliki oleh setiap bakal penagantin di dalam merancang majlis perkahwinan mereka.


Setelah anda memiliki ebook 'Maskahwin yang hilang', Yon pasti anda akan berterima kasih kepada penulis ebook yang hebat ini, Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Buku Terapi Perkahwinan

Baca betul2...Terapi Perkahwinan, so takde kena mengena dgn aroma terapi ke...spa ke. Buku ni di klasifikasikan sebagai 18sx (Remaja suka betul dengar nie) kerana bahan2 di dalamnya khas untuk org yang berkahwin...paling tak pun yg nak kahwin dah...huhuhu. Yon terpanggil untuk review buku nie sebab terlalu banyak sangat penceraian akhir2 nie terutama golongan Artis kita...nie semua memberi contoh buruk pada masyarakat seolah2 perkahwinan ni benda main2...Apa kata kita sama2 perbaiki masalah rumahtangga kita dan memiliki sebuah buku yg tak kurang hebatnya.

Terapi perkahwinan ini memuatkan kompilasi soal jawab yang bertujuan memberi panduan kepada pasangan yang mempunyai masalah dalam hubungan suami isteri. Soalan-soalan dan masalah yang terpilih ini telah dipaparkan dalam Majalah Seri Dewi, Keluarga dan Pa&Ma terbitan kumpulan Karangkraf dan dijawab oleh pakar perbidanan terkenal, Dr. Ismail Tambi sendiri. Ia merangkumi soalan2 masalah fizikal dan rohani yang disusun dengan baik sekali. Bagi Yon buku nie boleh di jadikan sebagai rujukan berguna dlm mengharungi kehidupan suami isteri.

Apa yg menariknya Dr. Ismail kita tidak lokek dengan tips2 perkahwinan serta motivasi yang diberikan amat berkesan. (Nak tahu beli dan baca...baru anda faham) Banyak info2 yang diselitkan di dalam buku ini bagi melengkapi hidup berumahtangga. Tak rugi anda keluarkan RM 15.50 untuk buku yang hebat ini (psstt...18sx tue)

Beli Online?? Masuk laman web Buku Prima

P/s: Bagi yang belum kahwin tue...kumpul duit cepat2...jangan tunggu lama2



Related Posts with Thumbnails