Tuesday, December 29, 2009

Android OS terbaru

Android adalah OS keluaran US yang berasaskan Linux Kernel dan kini di 'jaga' sepenuhnya oleh Syarikat Google. Jadi tak hairanlah promosi mengenai OS Android yang baru nie sangat2 hebat...barang amerika la katakan. Semuanya dia kata bagus saja...



Mari kita lihat perkembangan software Android setakat ini:

Android 1.5 (Cup-cake) 30 Apr 2009Android 1.6 (Donut) 15 Sep 2009

Android 2.0 (Eclair) 26 Oct 2009

Kalau di lihat dari data2 di atas jelas menunjukkan software Android ni senantiasa di upgrade bagi memperbaiki 'bugs and error' pada software sebelumnya. Persoalannya adakah android ini benar2 hebat??? Bolehkah ia menundukkan Symbian OS sebagaimana yang digembar-gemburkan dalam media barat...
Setakat ini Os Android belum lagi dimasukkan dalam hp Nokia yang dikuasai oleh Symbian setelah sekian lama. Kebanyakkan smartphone dari HTC yang menggunakan OS Android ini di ikuti oleh Motorola...mungkin selepas Os ini mendapat tempat, lebih banyak hp akan menerimanya..Tapi buat masa nie Yonz masih 'melekat' dengan Symbian...


HTC Hero
(Android 1.5)

HTC Tattoo
(Android 1.6)




Untuk info lanjut...Android website...

Monday, December 21, 2009

Symbian yang ku tahu.


Walaupun Symbian sudah lama bertapak dalam dunia mobility, ianya seperti dilupakan sejak kedatangan iphone. Pernah member2 yonz sindir...

"Apa barang symbian!...orang dah guna iphone skang nie"
.

Kalau difikirkan balik kenapa dibezakan symbian (OS) dengan jenama hp??...memang tak berapa kena, macam bezakan win vista dengan Acer???...pelik bukan. Symbian yang lahir pada tahun 1998 (rasanya la) semakin dicabar oleh os terbaru yang lahir kini. Apa yang lebih parah OS terbaru seperti memperlekeh symbian yang telah lama menjadi OS no.1 di dalam dunia 'smartphone'.

Pesaing Symbian OS :
Win. Mobile / Blackberry
Mac OS-x (iPhone)
Android...OS terbaru


Symbian adalah OS bagi mobile phone sebagaimana windows untuk pc kita. Apa yang membezakan symbian dengan hp biasa tanpa symbian adalah kebolehan install 3rd party software dan buat multitasking sama seperti pc kita. Maka dengan itu hp yang dipasang dengan symbian akan digelar 'smartphone'.

Ada orang kata pakai smartphone ni ada banyak masalah...hang la, lambat la, masuk virus la...Tanya balik kat dia, kalau pc kita tak dijaga dengan betul... sama juga problemnya, akan hang...lambat...kena virus...kenapa tak salahkan windows tue...hahaha

Semenjak yonz guna hp symbian (Nokia), yonz tidak lagi gunakan hp lain sebab dengannya kita tidak akan rasa bosan...software atau apps bertambah setiap tahun. Yonz bermula dengan smartphone dari Nokia yang menggunakan Symbian S60v2 hingga kini mengunakan Nokia 5800xm mewakili S60v5

Bagi peminat2 Symbian (Hardcore)...boleh follow site nie : Symbianku

Monday, December 7, 2009

Optimus Prime Master Piece (MP)

Dalam banyak2 toys Transformers series, keluaran dari Master Piece (MP) yang paling Yonz tabik springgg...MP series juga antara toys yang paling mahal yang yonz tahu. Terdapat 2 series Optimus Prime untuk master piece iaitu MP01 (without trailer) dan MP04 (with trailer) dikeluarkan oleh Takara, Japan.












Yonz paling minat MP04 prime yang lengkap dengan trailer sekali. Kira MP04 ini otai dalam semua toys transformers yang pernah dicipta dan merupakan 'rare item' untuk semua 'kipas-susah-mati' transformers toys. Harga untuk MP04 nie bermula dari Rm700 dan mencecah harga ribuan ringgit setelah 'repaint' atau modify.









Dengan harga sedemikian rupa untuk sebuah toys...sah la ianya akan diletakkan dalam almari hiasan sahaja...takkan nak bagi anak main kot...Insya Allah suatu hari nanti yonz akan dapat juga toys ini...

Disebabkan permintaan yang hangat dari seluruh peminat fanatik Transformers, MP series ini telah banyak kali di keluarkan sebagai 'reissue' item dan ada yang kena buat pre-oder untuk mendapatkannya...

Bagi yang berminat boleh klik di sini.
Related Posts with Thumbnails