Thursday, July 30, 2009

More Slimming Lingerie picture


Slimming Foundation Lingerie (Corset)










Slimming Lingerie from Rizreni

Slimming Foundation Lingerie (Corset)

Corset Alya D Shape adalah konsep terbaru keluaran RIZRENI. Corset ini bertindak sebagai penyokong belakang disamping mampu mengempiskan perut, membentuk tubuh yang ideal, mengemaskan bahagian badan yang kendur, menguatkan otot, membantu mencantikkan lagi bentuk payudara serta mengemaskan otot berlebihan di bawah ketiak. Terdapat dalam pelbagai saiz mengikut keselesaan dan keyakinan anda.



Slimming Foundation Lingerie
(Pants)

Pants Alya D Shape memberi sepenuh keyakinan kepada wanita sekiranya dipadankan dengan Corset Alya D Shape. Pants ini mampu bentuk punggung supaya kelihatan pejal dan cantik di samping menjadikan peha kelihatan kemas. Pemakaian Pants ini tidak akan mengganggu kegiatan anda di tandas. Potongan di bahagian perut lebih tinggi dan ia tidak bergulung.




Berminat...Hubungi agent Rizreni di bawah:
Puan Nik Faatihah (0133427053)


Tuesday, July 21, 2009

Mug ADV edisi terhad dari Kartunis UBI

You all tentu ingat dengan kartun2 di Majalah Ujang seperti Budak Hostel, INs, Aku Dia & Volkswagen... semua adalah ciptaan Kartunis Ubi. Mungkin ada yang beranggapan kartunis nie tak ke mana perginya... Kartunis Ubi sendiri telah melangkah ke alam IT dengan mewujudkan laman web beliau iaitu kartunisubi.com untuk meneruskan karya2nya.









Salah satu dari karyanya adalah Mug ADV (Aku Dia & Volkswagen) edisi terhad yang dibuat khas untuk peminat kartun siri tersebut. Mug ini hanya di cetak sebanyak 300 unit sahaja dan boleh dikelaskan sebagai 'Rage Item'. Kini kesemua mug tersebut telah pun habis dijual oleh Kartunis kita nie... Sapa kata kartunis tak boleh buat duit???...

Yon sendiri telah mendapatkan mug ini sebagai koleksi di rumah Yon. Memula nak dapatkan mug nie memang payah bebenor... Laman web tak boleh masuk la... Server down la... payment error la... last sekali bila sampai kt Yon mug tue pecah... frust sangat... Tapi lepas tue pihak Kartunis Ubi berikan gantian yang baru... tahniah sekali lagi pada produksi Kartunis Ubi.









P/s: Mug yang Yon punya siap dengan tandatangan dari Kartunis Ubi sendiri...jangan marah.

Friday, July 17, 2009

KL yang 'berhabuk'...

Semalam pagi Yon ada kerja sket kat Menara Maybank... ala yang tower dekat dengan Puduraya tue. Yon ada kat atas sana (tingkat 52) sampai tengahari sebab assist vendor untuk buat proposal bagi equipment tempat kerja Yon (RapidKL).







Teringat pula orang kata KL tengah jerebu... Yon pun pergi bahagian luar dan tengok sendiri. Bayangkan pukul 12:30 tengahari pandangan sekitar KL macam waktu pagi... berkabus jer. Patut la ramai yang sakit tekak la... batuk la... bukan H1N1 punya pasal tapi kualiti udara yang teruk.







Dah terlanjur Yon kat atas sana... ambil la gambar 4 ke 5 keping guna hp Nokia 5800xm ni. Gambar2 nie Yon saja nak share dengan you all... no edit tau. kira nie gambar ori punya... ada yang guna zoom (gambar kureng sket) dan ada yang terus ambil jer gambar.

Memang 'berhabuk' cuaca KL sekarang nie... so jaga la kesihatan semua ye...

Kalau boleh pakai mask... hahaha

2 theme dari PiZero

Lama dah Yon tak post pasal theme untuk S60 v5 nie sebab jarang download theme baru. Yon kebanyakkan guna theme yang sama jer...hahaha. Tapi kalau nak ikutkan theme2 dari PiZero nie memang cool... ala2 artistic gitu... tak simple sangat dan tak serabut sangat... So enjoy...

Features:
  • All theme is compatible with all Symbian Os 3rd edition and 5th edition phones
  • Mixed Bitmap / Svg theme.
  • Hybrid PiZero / Touch icon pack included.
  • Lite version included, with Nokia standard icons
  • Fits both portrait and landscape modes
  • Compatible with Symbian Os 3rd edition, 9.1, 9.2, 9.3, and Symbian 5th edition, 9.4.
  • 100% compatible with Nokia 5800 XpressMusic.
For S60 V5 - Nokia 5800XM & N97 (Zip File) For S60 V3 - All others nokia phone (Zip File)


For S60 V5 - Nokia 5800XM & N97 (Zip File) For S60 V3 - All others nokia phone (Zip File)

Monday, July 6, 2009

Set baru Hitam Putih One Drop Perfumes

Sekali lagi One Drop Perfumes by Egyptian Potion memperkenalkan produk baru, Men Set 3 (Kotak Hitam) dan Women Set 5 (Kotak Putih) pada 26 June baru2 ini. Ia dilancarkan bersama akhbar Kosmo dalam satu acara ekslusif bersama2 lebih dari 50 artis dan selebriti popular tanahair. Antara yang hadir... Siti Sarah, Norynn Aziz, Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tomok dan ramai lagi... siap ada karpet merah tau...
Buat masa nie Yon masih belum oder untuk stok One Drop Perfumes yang baru... kalau nak set yang lama masih ada dalam simpanan Yon. Semakin lama semakin berkembang produk One Drop Perfumes nie... banyak orang di luar sana yang teruja mendapatkan minyak wangi ini bukan sekadar untuk pakai sendiri tapi untuk berniaga pun ada...

So... kalau you all berminat nak oder One Drop Perfumes ini or nak meniaga ker... boleh di bawa berbincang. Ramai dah yang berjaya dan buat duit dengannya termasuk Yon sendiri.

Keterangan Lanjut boleh hubungi :
Nik Faatihah (013-3427053)

Apa yang penting???... kerjasama...x3 (Wonder Pets, hahaha)

Transformers 2 (ROTF) top movie of the year

Hampir lebih kurang 2 minggu filem Transformers ROTF ditayangkan di pawagam seluruh dunia, kini filem ini boleh dinobatkan sebagai 'Filem nombor 1 dunia' kerana hasil kutipan yang menggalakkan.

Total Box Office (dalam Juta USD)

Dari 23 June hingga 05 July

Kutipan dalam US sahaja = $ 292.8
Kutipan Antarabangsa = $ 298.0
Jumlah kutipan 1 Dunia = $ 590.8
(Cuba convert dalam RM...Banyakkan)




Itu baru untuk kutipan filemnya sahaja sudah tak terkira banyaknya. Belum masuk lagi barang2 dan promosi2 yang lain. Barangan seperti permainan toys, t-shirt dan aksesori pun menyumbang kepada filem ini. Kita lihat sendiri station minyak Petronas, KFC, syarikat LG, ToysRus dan banyak lagi... masing2 mempromosikan filem Transformers 2 ini.

Harap2 suatu hari nanti kita dapat buat filem se 'gah' ini. Mungkin kita boleh lihat dan ambil cara2 bagaimana orang di luar sana melakukan promosi bagi produk mereka... (ceh, macam nasihat usahawan internet pulak...)

Oh...ya, nanti yon akan post pasal Toys Transformers yang melambak kat luar sana... banyak yang menarik tau... tunggu...

Wednesday, July 1, 2009

Yon timeline for Transformers 2

Dah tengok belum cerita Transformers yang baru nie???... Belum lagi ke?? Rugi la tak tengok lagi... Tentu wayang penuh memanjang jer... Yon dah tengok masa pembukaan hari pertamanya iaitu 24hb June 2009 di GSC Mid Valley. Jom tengok yon punya timeline hari tue...
Jam 1700 : Yon balik awal keje...bagitau member malas nak OT, ada hal (nak tengok wayang la)

Jam 1755 : Hujan turun dengan lebat kat Ampang area... hati mula risau sebab nak naik motor tue ke Mid Valley...

Jam 1820 : Hujan dah mula slow sikit... tapi kalo redah boleh kuyup... Yon mandi dulu, mana tau lepas nie hujan berhenti...

Jam 1900 : Hujan masih turun tapi dak kurang sikit...ambil keputusan nak redah jer. Pakai baju hujan terus keluar rumah naik motor...

Jam 2000 : Sampai Mid Valley setelah rempuh hujan... ada kemalangan lagi... Jalan jamm lagi... Parking motor pulak tak jumpa. Seluar dan kasut masa tue dah basah kuyup.

Jam 2015 : Masuk Mid Valley dengan kesejukkan... Baju cuma basah sikit jer. Wife call, anak menangis nak ikut (kes mak dia bgtau la tue)...Yon pujuk dia tak nak diam...

Jam 2030 : Pergi daftar diri sebab dapat tiket free (Beli toys kat SOGO)...ada masalah pulak sebab wakil SOGO tak sampai lagi... Orang makin ramai kat pintu masuk wayang...

Jam 2045 : Baru dapat tiket...(Fuh, lega rasanya) Wakil media, LG mobile, Sogo dan banyak lagi wakil yang datang... Orang mula penuh sesak bila tiba2 Optimus Prime dan Bumblebee real keluar untuk sesi bergambar...

Jam 2105 : Orang ramai masih bergambar... Wakil Transformers lari bawa masuk Optimus dan Bumblebee... Peminat still serbu untuk ambil gambar...Macam tengok konsert la pulak...

Jam 2110 : Pihak GSC Mid Valley minta kerjasama orang ramai untuk terus masuk tempat duduk masing2 kerana tayangan akan dimulakan...(1st time nie...tengok wayang kena paksa..hahaha) Optimus dan Bumblebee beredar dari dalam panggung...

Tengok wayang menggigil2 kesejukkan...seluar basah lagi, habis tempat duduk basah semua... Tapi transfomers punya pasal, layan jer...

Jam 2330 : Wayang habis...orang dalam panggung ada yang berdiri tepuk tangan... Yon pun tepuk sekali (ikut2 orang jer..hahaha)... Terus pergi parking cari motor. Masa nak scan tiket parking sensor tak detect pulak tiket tue... 3 ke 4 kali baru boleh... Hampir nak sampai jalan Ampang hujan start balik...Keputusan, terus redah jer...

Jam 0005 : Sampai area rumah...dah tak hujan. Singgah beli burger dulu (lupa plak... tak makan dari petang rupanya). Lepas mandi... makan pastu tido la... Esoknya badan rasa tak sedap... err demam 2 hari dahhh....

Dari timeline yang Yon buat nie you all rasa berbaloi tak apa yang berlaku dari mula sampai habis dengan keinginan nak tengok cerita Transformers nie???... komen...


Related Posts with Thumbnails