Monday, August 31, 2009

Line Streamyx perlahan???

Dalam beberapa minggu nie Yonz dapat rasakan line Streamyx dirumah agak perlahan... mana tak nya, slalu tengok Youtube tak payah pause pun sekarang tersekat-sekat pulak. Try pada lappy orang rumah pun sama jugak lambatnya. Ingatkan sebab lappy dah 'berat' sangat dengan file... buang apa-apa yang patut pun sama jugak hasilnya. Baru teringat pasal Streamyx speedometer yang mana boleh check kelajuan internet kita. Bila check jer... terkejut tengok Yonz punya download dan upload result, rendah betul... bayangkan kita punya Package 512kbps sekarang dapat 129kbps jer.Disebabkan Yonz pakai wireless router... suspect ada problem dan try buat direct connect dari modem streamyx terus ke labtop. Try surf internet masih dalam kelajuan yang sama bermakna router Yonz elok la tue. Yonz ambil keputusan terus telefon TM Streamyx untuk keterangan lanjut. Rupa-rupanya memang Streamyx tengah ada problem la...
-------------------------------------------------------------------------------
Salah satu puncanya adalah dengan kedatangan virus baru pada bulan ogos nie iaitu virus 'Conficker worm'. Virus ini sedang merebak pantas melalui network dari PC ke PC tanpa kita sedari. Virus ini mengganggu windows server dan secara tak langsung melambatkan line streamyx itu sendiri... tue yang Yonz faham la...hahaha. Virus ini boleh merebak melalui file sharing dan removed drive seperti pendrive kita. So...update la you all punya antivirus sekerap mungkin...

Info lanjut masalah virus 'Conficker worm'

Satu lagi hal yang penting..kabel TM pun tengah ada masalah. Kabel dasar laut TM di antara China dan Taiwan menghadapi masalah sekali dengan kabel network. Kalau kita surf website yang berpangkalan di luar negara maka kelajuan line Streamyx akan drop... Menurut pihak TM sendiri masalah ini akan selesai pada 10 September 2009.

Info lanjut masalah kabel TM

Harap info nie dapat membantu pengguna Streamyx yang lain... Jangan marah-marah bulan puasa nie. Banyakkan bersabar..huhuhu

P/s: Tengok apa kat internet bulan puasa nie???...

Victorinox Army (Limited Edition)

Sempena menyambut Hari Merdeka nie (kena kerja pun...isk..isk..isk) post kena la jugak ala-ala merdeka, betul tak?. Kali nie Yonz nak story pasal satu pisau victorinox yang agak special iaitu Victorinox Army. Ianya boleh di anggap sebagai limited edition kerana ia dibuat khas untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) negara kita. Yonz tak dapat info banyak tentang pisau nie seperti bila ia dikeluarkan dan sebagainya. Kalau nak tahu lanjut kena tanya abang-abang askar kita la. Apa yang penting pisau victorinox nie memang tak asing lagi di negara kita memandangkan tentera kita juga menggunakannya...

Wednesday, August 26, 2009

Technician Stuff

Kali nie Yonz nak kongsi sikit pasal item atau tool seorang technician (Yonz la tue). Bukan tool biasa tapi multi tool macam yang MacGayver pakai dari swiss army tue. Semenjak bekerja di RapidKL nie macam-macam tool yang didedahkan pada Yonz...tools di Jalan Pasar (Pudu) menjadi fav. sebab pelbagai pilihan yang ada.

Sebut pasal pilihan, tak semua multi tool murah dan kualiti rendah... jangan salah faham pulak. Ada multi tool yang mencecah harga ratusan ringgit bergantung pada kualiti bahannya. So...takkan Yonz nak cerita pasal screw driver atau testpen kot dalam blog nie..hahaha. Firstly tentu nak cerita tentang jenama dia...bagi yang 'kaki' multi tool atau technician gadget tentu dah biasa dengar nama-nama yang Yonz senaraikan nie...

Swiss Army (Victorinox & Wenger)

Leatherman

Gerber - Legendary Blades


SOG

So... ada yang kenal tak???... Kalau ada kelapangan Yonz akan terangkan dengan lebih lanjut lagi. Setakat nie tool dari Swiss Army dan Leatherman memang jadi fav. Yonz... Lagipun tool ini tak semuanya ada dalam pasaran Malaysia. Susah nak dapat satu hal, mahal satu bab lagi...huhuhu

Produk Tuala Wanita Herba

Produk tuala wanita herba keluaran Avial Beauty Sdn. Bhd. terdiri daripada :

Pantiliners











Day use












Nigh
t use











KANDUNGAN PRODUK

Mengandungi 17 herba terpilih, antaranya:
Mia Fang Stone - Membantu untuk membunuh bakteria dan mencegah bakteria

Peppermint - Baik untuk pengidap buasir dan membantu mengurangkan rasa gatal

Ming Fan - Sebagai pembersih darah beku dalam rahim dan membunuh kuman pada faraj

Bin Pian - Bertindak sebagai antiseptik

Chinese Cypress Oil - Menahan sakit pinggang dan sakit saraf

---------------------------------------------
Berminat untuk info lanjut...

Hubungi Puan Faatihah (013-3427053)


Tuesday, August 18, 2009

FC Bio Sanitary Pad (Tuala Wanita Herba)

Orang rumah Yonz suruh buat pasal post nie pulak... orang lelaki jangan marah haa... esp yang gadget mania tue. Post nie memang takde kena mengena dengan gadget or pc world... just produk untuk orang perempuan. Mungkin ada antara you all dah tahu dan ada yang nampak produk nie di kedai-kedai atau pun pasar malam. Ini adalah tuala wanita herba keluaran syarikat Avail Beauty Sdn. Bhd. Malaysia yang lebih di kenali sebagai FC Bio Sanitary Pad.

APA KEISTIMEWAAN PRODUK INI???...

- Tuala wanita berfungsi dengan hak berpatent 20 tahun
- Tidak mengandungi agen florensen, peluntur berklorin dan dioksin
- 100% liputan kapas
- Berkualiti tinggi dan tidak mudah tembus
- Sungguh selesa dan menghindari kesensitifan kulit

FUNGSI DAN KELEBIHAN PRODUK

Kesihatan kebanyakan wanita bertambah baik setelah menggunakan tuala wanita herba semulajadi ini:

- Mencegah senggugut
- Mengurangkan keputihan, kekuningan dan kegatalan faraj
- Membuang angin
- Mengimbangi sistem kitaran haid
- Mengurangkan sakit sendi semasa haid
- Mengelak dan mengurangkan bau
- Mencegah buasir
- Membasmi kuman
- Membuang darah beku dalam rahim
- dll masalah dalaman wanita

Belum cuba belum tahu... Menjadi pilihan utama bagi yang ingin mengejar kesihatan dalaman, khas untuk para wanita.

Untuk info lanjut :

Puan Nik Faatihah 013-3427053

Friday, August 14, 2009

PC Fair (II) 2009








Nampaknya Yonz terlewat nak buat post pasal PC Fair yang baru jer lepas nie... Al-maklum la sibuk dengan projek kerja malam (00:00am to 05:00am) di RapidKL. Hari sabtu malam saja-saja ajak wife pergi KLCC (sebenarnya nak pergi PC Fair)...datang dah lambat. Malam tu Yonz berjaya masuk Hall 4 dan 5 sahaja, lain semua sudah kena tutup. Kalau Hall 4 dan 5 nie faham-faham jer la, macam Low Yatt ver.2... penuh dengan orang ramai. Yonz masuk kejap jer lepas tue cabut sebab ramai sangat... time nak keluar tue lalu salah lorong pulak. Bila masuk jer lorong booth Celcom, Maxis dan P1 tue rasa macam artis pulak... penuh dengan promoter saja.














Esok hari ahad Yonz repeat balik dan datang dalam tengahari sikit lepas makan. Masuk jer 1st Hall dah nampak amoi-amoi cosplay yang cute tue... rupa-rupanya bahagian gamers kat atas pulak kali nie. Apa lagi, Yonz terus keluarkan senjata hikmat (camera la)... Bila masuk Hall untuk lappy, Yonz tak berapa interest sangat sebab dah ada...cuma ambil gambar beberapa booth jer (termasuk promoter la..huhuhu). Sampai kat bahagian Sony, terus pergi ke PSP dan PS3 booth...my fav.!!!. Tengok promoter tue demo PS3 main game Street Fighter memang cun giler tapi fikir balik game dia tiada yang murah (pirate) dan PS3 still belum boleh Hack... So kalau rasa-rasa boleh beli game dengan harga rm200 ke atas, beli la...











Pada Hall yang lain just jalan-jalan jer cuci mata tapi sangkut juga kat booth iPhone. Kali nie Apple keluarkan iPhone version baru iaitu iPhone 3GS bersama plan-plan dari Maxis semestinya... Dapat belek-belek iPhone nie memang best la sampai orang rumah pun suka. Bab nak beli tue kena tunggu masuk Malaysia dulu sebab harganya mahal... pre-oder nie tak main la!







Bila sampai kat Hall 4 dan 5 macam semalam punya hal...penuh betul orang. Wife Yonz berkenan tengok beg lappy untuk netbook dia...memang comel-comel semuanya. Satu booth yang jual skin menarik perhatian sebab ada skin untuk handphone, camera dan PSP. Pilih punya pilih, tiada corak yang berkenan... nanti beli kat website dia baru banyak pilihan. Bila kaki dah start penat dan anak pun dah tidur kat bahu Yonz...cabut balik la jawabnya...Babai PC Fair..








P/s: Perasan tak, PC Fair makin lama makin ramai orang semenjak ia dianjurkan???

BAKETAN aka Ghost Radar

Mungkin ada yang tahu tentang Baketan ini sebab memang ia sudah lama ada di pasaran. Alat ini telah mendapat sambutan hangat di seluruh penduduk Jepun satu tika dulu!!!... Ia sejenis alat radar pengesan entiti (Ghost Detector Radar) bergelar BAKETAN yang digunakan sebagai 'Handphone Strap' di Jepun.

Bentuknya yang comel dan kecil ini memang sesuai dijadikan penghias telefon bimbit. Baketan ini dibuat oleh pakar-pakar teknologi di Jepun di mana ia dicipta untuk mengesan kehadiran entiti atau mahluk halus di sekitar kita...macam seram jer bunyinya kan...

Seperti yang kita sedia maklum, mahluk halus atau entiti ini mempunyai frekuensi mereka yang tersendiri. Alat ini dicipta berkadaran dengan frekuensi yang dimaksudkan... bermakna ia dalam mengesan entiti secara teorinya...Apabila alat ini bertindak balas dengan frekuensi yang sama maka ia akan memaparkan lampu Merah sebagai tanda bahaya!!!...

Anda boleh mencari dan mengesan entiti menggunakan Baketan hanya dengan beberapa langkah mudah seperti dibawah : -

Tekan butang pada Baketan.
Ia akan berkelip bertukar-tukar warna selama 10 saat.
Pada masa ini ia mula mengesan entiti!

*Jika keadaan di sekitar anda adalah normal, kelipan akan berhenti setelah 3 kali berkelip. Kebiasaannya, Baketan akan mengeluarkan lampu Biru atau Hijau.

*BAGAIMANAPUN! Jika sesuatu luar biasa, Baketan akan berkelip lampu Merah secara berterusan dengan bunyi penggera!! Kawasan ini berentiti!! Anda perlu beredar dari situ!!!

==============================================================
Baketan ini terdiri dari :
1 set Baketan, tali pengikat pada telefon bimbit dan hiasan kecil...

Controversial comments to Ghost Radar from media of the worlds!!

"This is not a game.
This is a measuring device."
-USA TODAY

Sebelum pencipta baketan memasarkan alat ini, beliau telah membuat percubaan sendiri berkenaan fungsi Baketan. Team Baketan telah pergi ke kawasan kubur yang bergelar 'Ghost spot' di Jepun. Di sana team dapat membuktikan yang Baketan menunjukkan kerdipan Merah di mana ia betul-betul boleh mengesan entiti...


Thursday, August 6, 2009

Hari Jumaat...Sekali seumur hidup


Yonz ada jumpa post dalam internet tentang hari jumaat yang istimewa. Mungkin ada yang terima email mengenainya. Bagi yang tak tahu lagi, di sini Yon nak kongsikan bersama...

Pada 7 hb Ogos 2009 (Hari Jumaat esok la)

Pada jam 12, 34 minit dan 56 saat . Masa akan menjadi :

12:34:56 07/08/09

Dari 1 hingga 9

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Menarik bukan...
Ini tak akan berlaku sepanjang hidup anda lagi!!!

Related Posts with Thumbnails