Sunday, October 25, 2009

KL Traffic touch...



Sebut pasal KL tentu jalan sesak tue memang dah lali sangat. Dari pergi kerja hingga balik kerja... kalau namanya KL memang tak boleh elak. Yonz nak kongsi satu apps pada hp yang patut dimiliki oleh kita orang Malaysia (1 M'sia). Apps ini dikenali sebagai KL Traffic, di mana kita boleh check traffic condition sekitar KL tak kira siang atau malam.

















Apps dari Nerdattack ini menggunakan 'live image preview' yang diambil dari *ITIS bagi jalan2 utama sekitar ibukota. KL Traffic ini menggunakan paparan yang mudah dan mesra pengguna. Setelah apps dibuka senarai jalan2 sekitar KL akan dipaparkan. Anda hanya perlu klik pada jalan yang dikehendaki, traffic jalan tersebut akan di paparkan. Bila kita klik pula pada icon anak panah (atas sebelah kanan), paparan akan disertakan dengan hala tuju jalan itu... hebatkan..

More about ITIS
















Sebagai info.. apps ini hanya support pada hp S60 v5 (touch screen) yang terbaru seperti Nokia 5800XM, 5530, 5230, X6, N97 dan N97 mini. Ia boleh di download secara percuma terus dari OVI Store (pastikan OVI Store sudah install dalam hp dulu).

Mahu info lanjut...Nerdattack site



Facebook in Nokia 5800xm

Kebanyakan hp baru sekarang nie memang boleh online Facebook tanpa pc. Yonz sendiri baru saja berjinak2 dengan Facebook nie... memula nak start memang agak pening sikit, lama2 tue ok la jugak. Yonz buat Facebook nie sebab member2 banyak kat sana... boleh tahu perkembangan semua.















Bila tengok hp N97 yang baru nie siap ada widget Facebook pada stanbyscreen...jeles betul la, nak beli tak mampu lagi...hahaha. Akhirnya Yonz jumpa apps Facebook nie dalam Ovi Store di mana ia support hp Nokia 5800xm. Bila dah install tue memang best la jugak tapi fungsi2nya agak terhad... takde la game2 atau kuiz macam di facebook yang kita surf dalam pc. Apa yang boleh di lihat adalah paparan kemas dan ringkas seperti news feed's, Profile kita, kawan2 dan inbox. Setiap kali kita update status Facebook kita guna hp maka simbol hp akan terpapar. Orang lain yang lihat profile kita akan tahu di mana kita update status kita guna hp.

Kalau ada pakai line broadband unlimited tue boleh la install facebook pada nokia 5800xm... kalo tak pun guna wifi jer..okies

Join My Facebook

Friday, October 16, 2009

Komik Kartini Kembali

Bagi peminat fanatik karya Tembakau, Kartini... kini sambungannya telah muncul semua dengan tajuk 'Kartini Kembali' keluaran PTS Millennia Sdn. Bhd... Dapatkan di pasaran sebelum kehabisan.

Sinopsis dari Tembakau...

Kartini Kembali menceritakan dua perbezaan. Bahagian pertamanya adalah sebahagian (akan datang lagi) daripada kehidupan aku sekitar 1998. Ia adalah zaman perubahan aku dari seorang remaja yang mencari arah kepada seorang dewasa yang masih mencari arah. Apa yang banyak dilakukan adalah untuk mempersoalkan, ?Adakah apa yang aku buat dulu menghasilkan apa yang terjadi padaku sekarang?? Dalam erti kata lain ia satu tempoh hidup yang sentimental dan nostalgik.
Bahagian kedua, 1986, aku form 2. Muzik rock menguasai jiwa pada masa itu. Kami memberontak untuk sesuatu yang tidak pasti apa. Kami marah kepada apa sahaja. Di situ juga bermula minat dan matlamat. Dan apa yang diperlukan pada masa itu adalah pembakar semangat.

Cerita Kartini bermula pada tahun 1987. Aku form 3, dia form 1. Ia adalah rasa cinta budak-budak yang hanya nak bercinta atas sebab... tak tahulah. Kawan-kawan lain ada girlfren, takkan aku tak ada kot? Dalam usaha memenangi hati, aku mula melukis sebuah cerita jujur tentang apa yang aku rasa dan ....... bersamanya.

Kebetulan pada masa itu ada seorang guru yang mengajar serba sedikit tentang lukisan (kami sekolah agama dan mata pelajaran lukisan tidak diajar) dan dapatlah aku mengasah naluri seni aku. Jadi, ketika aku berpeluang berkartun dan berkarya, satu-satunya idea yang meluap-luap minta dihasilkan adalah cerita Kartini itu. Ah, kebetulan juga pada masa itu kefahaman tentang cinta semakin luas. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk meluahkan apa yang aku rasa terhadap Kartini...

Rupa-rupanya Kartini hanyalah sebuah nilai untuk aku mencari cinta. Bahkan aku sedar dari ilusi dan anganan yang realiti itu lebih indah jika kita sentiasa bertanyakan soalan yang betul dan menghargai apa yang dianugerahkan. Terus-terusanlah berharap akan kebaikan dan ikhlas itu adalah kunci kehidupan.


Kartini hanyalah nama. Kartini hanyalah simbol. Kartini menjadi satu batu tanda untuk aku memperoleh apa jua kebaikan hidup yang ditawarkan untuk aku. Ia juga ada pengukur jarak tentang apa yang telah dan belum aku lakukan. Ia mengajar aku mencari erti cinta; dan tiada cinta itu tiada batas, ukuran dan bentuk.


Ia adalah satu rasa; seperti manisnya gula dan masinnya garam. Ia memberi satu ikatan langsung dengan Tuhan. Kita boleh merasakan ketakjuban dan hidup terawang-awangan memuji sang kekasih.

Berminat nak beli???.... Klik di sini

Pencipta Kartini dan Ariyon???

Mungin ada antara semua yang tahu tentang kartun Malaysia Kartini dan Ariyon. Siapakah sebenarnya kartunis yang menghasilkan idea kartun di atas...??? siapa lagi kalau bukan kartunis terkenal Azhar Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tembakau. Kita dah tahu karyanya bukan... Kali nie Yonz nak cerita serba sedikit tentang Tembakau.

Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Ogos 1972...(Masa tue kita pun belum lahir) Tembakau memulakan kerjanya yang terawal sebagai storyboard bagi animasi bersiri pertama di Malaysia iaitu Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Beliau juga terkenal dengan kartun lerai Love Story (kisah couple Yon dan Kartini) yang mendapat sambutan ketika itu. Sejak itu, secara tidak langsung ‘Kartini’ telah melonjakkan nama Tembakau di mana beliau kemudiannya telah menghasilkan Koleksi pertamanya iaitu ‘Kartini’ terbitan Multi Triple Vision Sdn Bhd.

Sejak Yonz baca buku ini lah maka terus berminat dengan watak Asri atau Ariyon. Karya 'Kartini' ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun tanahair. Maka dengan itu terbitlah pula animasi 'Kartini' iaitu adaptasi daripada koleksi ‘kartini’ karya Tembakau. Sekarang memang susah nak dapatkan VCD ini, kira rare item...

Setelah sekian lama menyepi …Kartunis Tembakau tiba-tiba muncul dengan komik ‘Kartini Kembali’ terbitan PTS Milennia Sdn Bhd yang merupakan kesinambungan daripada koleksi pertamanya dulu. Adakah kisah ini telah berkesudahan….? Tiada siapa dapat menjangkakannya….berdasarkan pengamatan Yonz dalam karya kartini ini, pasti ada sambunganya lagi, sebab 'Kartini' seolah-olah tiada mempunyai noktah…jawapannya ada pada
kartunis Tembakau sendiri.

Sunday, October 4, 2009

Transformers 3D Magnet & Keychain

Kepada peminat2 siri Transformers di luar sana...Yonz nak kongsi sikit tentang barang Transformers ROTF pertama yang Yonz beli. Bukan toys tau, tapi 3D Character Magnets dan Ultimate Figure KeyChain. Transformers 3D Character Magnets ini terdiri dari 8 jenis kesemuanya. Ia termasuk 2 kepala Optimus Prime dan Bumblebee (Battle & Normal mode), Megatron juga Starscream.










Manakala Keychain hanya terhad kepada 4 jenis saja. Keychain nie kalau pakai kat beg tentu kena kebas punya... Rekabentuk 3D magnet dan keychain nie hampir sama seperti watak dalam movie dan diperbuat dari bahan PVC juga plastik berkualiti tinggi (Hasbro Item). Memang cantik untuk display memandangkan ia barangan terhad. Yonz cuma ada dua jenis dalam simpanan iaitu Optimus Prime dan Bumblebee...Berminat??? boleh cari kat Toysrus,kalau ada lagi la...

Minat Kumpul Toy's???

Mungkin Yonz sendiri tak tau sejak bila minat kumpul toys nie mula berjangkit... Rasa2nya lepas tengok Transformers 2 (ROTF) yang baru lepas nie kot. Ada orang kata hobi kumpul toys nie membazir dan tak matang...Yonz rasa biasa jer... Sejak minat nie mula menular banyak laman web toys di internet yang Yonz refer esp. berkenaan Transformers... Antara idola dan artis M'sia yang kumpul toys seperti Aflin Shauki, Faizal Tahir dan Dr. Fadzlie. Kalau nak cerita koleksi diaorang memang banyak dan mencecah ribuan ringgit... dari StarWars,Transformers, watak komik Marvel dan banyak lagi. So sekarang Yonz kategori beginner kena pegang satu watak dulu iaitu Transformers (memang minat sangat). Apa saja mengenai Transformers Stuff, Yonz akan kumpul sikit demi sedikit...bergantung pada badget la.

P/s : Apa toys Transformers yang Yonz dah ada???..tunggu
Related Posts with Thumbnails