Monday, May 31, 2010

Penyepit baju USB Flash Drive

Tengah Yonz surf net, jumpa benda menarik tentang USB gadget berbentuk penyepit baju lama. Sekali pandang memang ingatkan penyepit baju betul... sekali ada USB port dihujungnya, memang kreatif. Ia didatangkan dengan memory sebesar 2GB, 4GB dan 8GB.

Ciri-ciri:

# Design penyepit kayu
# USB 2.0 Plug and play
# Boleh digunakan sebagai penyepit buku atau kertas
# Menyokong Window XP/Vista/7, Linux 2.4, Mac OSX
# Ukuran: 83 x 20 x 19mm
# Berat: 21g

P/s: Kalau tiba2 USB anda hilang..cari ler kat ampaian baju luar rumah tue...

Toilet Mug...erkk





Dari nama pun Yonz dah geli... apatah lagi nak guna pulak. Orang barat memang kreatif, tapi bila dah terlebih2 kreatif... ini la jadinya.

Benda yang tak elok tue yang nak dibuat tempat minum. Nasib baik takde kat Malaysia. Emmm...








Memang la kalau nak diikutkan ianya bersih dan takde kena mengena dengan tandas pun. Tapi Yonz tak sanggup la nak guna...hahaha.


Anda bagaimana???...

Saturday, May 29, 2010

1st HobiMax di Malaysia


Kalau nak cerita bab majalah memang la Yonz berhantu terutama tentang gadget. Slalunya Yonz akan beli majalah Stuff Mag Malaysia dan Ering (Bahasa Melayu). Majalah yang yonz jumpa ni lain dari yang lain... ianya pertama di pasaran malaysia dan boleh dikatakan majalah yang ditunggu2 oleh semua pengumpul toys. Majalah yang bergelar HobiMax ini telah berjaya diterbitkan pada Mei 2010 di mana ia berkisar tentang toys dan collector item. Mungkin peminat2 toys terutamanya Gundam fans mengenalpasti majalah ini seperti majalah Hobbykits di jepun dan majalah2 collector toys luar negara.

Setelah yonz baca majalah ini, kira2 hampir 70% isi kandungannya berkisar tentang Gundam family bersempena 30th GUNPLA Anniversary... ianya menceritakan sejarah Gundam yang telah memcecah 30 tahun. Walaupun Yonz adalah peminat toy Transformers, info yang didedahkan tentang Gundam amat menarik perhatian. Majalah ini juga menyediakan info mengenai toys2 yang bakal keluar di pasaran dalam dan luar negara... jadi takde la tertumpu sangat pada Gundam.










Tidak adil bagi Yonz untuk komen lebih banyak memandangkan ianya keluaran yang pertama... masih banyak yang perlu diperbaiki. Apa yang penting kita (peminat toys malaysia) menyokong majalah toys keluaran anak tempatan.

















Kalau Malaysia Boleh... HobiMax juga Boleh...

Wednesday, May 26, 2010

Handphone konsep dari Fujitsu

Hanphone konsep ini telah kelihatan ketika pameran CEATEC 2009 di jepun. Ianya berbentuk separa bulat dan dipakai pada pergelangan tangan kita. Sekali pandang macam ala2 sarung tangan superhero dalam movie2 sains fiksyen la pulak...










Dari hp konsep ini dapat dilihat ia mempunyai lensa kamera padanya. Terdapat juga directional pad yang mungkin digunakan untuk tujuan gaming. Bahagian utama hp ini memiliki dua paparan yang mungkin berfungsi dengan touchscreen sepenuh. Terdapat juga numeric keypad dan beberapa butang yang lain padanya.

















Mungkin hp konsep ini akan menjadi alatan komunikasi berteknologi tinggi yang diletakkan ditangan pada masa akan datang.

USB Wink glass

Perasan tak kalau kita terlalu lama melihat screen komputer, mata kita akan menjadi kurang selesa, sakit dan pedih. Ini berlaku kerana mata kita menjadi lesu akibat kurang berkelip semasa mengadap komputer termasuk la bermain game seperti PS2 atau PS3. Mata kita sentiasa memandang objek pada screen tanpa berkelip dan kita tak pun menyedarinya.

Kali nie Yonz nak kongsi satu gadget ciptaan Matsunaga di jepun. Gadget ini dikatakan mampu untuk membantu anda berjaga...hahaha. Gadget nie telah berada di pasaran jepun agak lama dan mungkin anda pernah melihatnya di mana2 website.


Apa yang perlu anda lakukan, pakai cermin USB Wink ini pada kacamata anda untuk memantau berapa kali mata kita berkelip. Jika mata kita tidak berkelip agak lama, cermin USB Wink ini akan menjadi kabur dan memaksa mata kita berkelip untuk menghilangkan kabur itu.

Idea yang simple tetapi berkesan untuk memastikan mata kita sentiasa segar terutama orang yang bekerja menghadap komputer berjam2.

P/s: Bagaimana pula dengan org yang tak pakai kata mata???...emmm

Riz:Men : untuk lelaki???

Rizreni produk ada mempunyai produk penjagaan muka untuk lelaki bergelar RizMen...

Nape tak percaya ke???...hihihi

(Klik gambar untuk besarkan)
Berminat???...
hubungi Puan Faatihah
(013-342 7053)

Rizreni : Teen set

Rizreni produk bukan saja untuk wanita dewasa saja. Ia juga mempunyai Teen Set yang dibuat khas untuk remaja di luar sana. Teen Set in terdiri dari 3 jenis penjagaan iaitu membersih, menyegar dan merawat.

Teen Cleanser
Berfungsi sebagai dwi pembersih, ia berupaya membuang sisa2 toksin, kotoran dan menanggalkan sel2 mati. Tidak mengeringkan kulit. Sesuai untuk kulit remaja

Teen Toner
Mengandungi Lactic Acid pada kepekatan sesuai untuk kulit remaja. Selain itu penyegar ini mengandungi Ekstrak Licorice yang boleh mencerah dan mengamankan kulit

Skin Soft Cream Plus
Mengandungi Arbutin, Licorice, Ekstrak Mulberry dan Beta Carotene untuk menghasikan pencerahan dalam masa 2-4 minggu penggunaan

Pertanyaan lanjut hubungi :
Puan Faatihah (013 342 7053)

Monday, May 17, 2010

Iron Man helmet

Dah tengok Movie Iron Man 2 tak???... best???... hahaha. Banyak orang yang komen Iron Man 2 tak sehebat movie pertamanya. Malahan plot2 ceritanya banyak berborak (dialog2 lawak) dari aksi. Walau apa pun komen orang, Yonz suka part2 teknologi dan gadget yang digunakan dalam movie nie...












Korang ada perasan tak di slot2 akhir movie nie ada sorang budak kecik pakai helmet ala2 Iron Man... Itu la yang Yonz nak cerita sebenarnya di post kali nie... bukannya movie Iron Man 2 yang Yonz bagi rate 2/5 tue. Helmet Iron Man 2 ini adalah keluaran Hasbro sempena movie yang berlangsung. Masa helmet ini dikeluarkan Yonz awal2 lagi bagi hints kat member2... satu orang member Yonz terus sambar helmet tue.











Kalau sekali tengok, Helmet Iron Man nie memang cun dari segi warnanya yang terang tetapi bahagian matanya (view angle) agak besar. Helmet ini boleh dipakai dari kanak2 hingga ke orang dewasa kerana ia disediakan dengan 'adjustable strap'. Cara bukaan helmet ini sama seperti dalam movie iaitu dari depan dan ada suis untuk menutup helmet secara automatik beserta
nyalaan lampu biru pada matanya.

Bagi peminat2 Iron Man... boleh la dapatkan helmet ini sebagai koleksi sebelum ia kehabisan stok..chow

Saturday, May 15, 2010

Portable HDD 500GB

Sebelum ni Yonz sudah pun guna portable HardDisk (dibaca:320GB) tapi dah penuh dengan data2 yonz. Dari data peribadi, mp3, movie dan gambar2 dari kamera... dalam diam2 dah penuh... hahaha








Yonz dah sambar satu lagi portable HardDisk yang lebih besar (dibaca:500GB). Memula memang nak terus ambil yg 1TB tapi kebanyakannya guna power supply, bagi Yonz tak 'portable' sebab nak kena guna plug point. Cari punya cari, Yonz beli portable HardDisk dari jenama Transcend dekat Low Yatt Plaza. Apa yang buat Yonz tertarik dengan HardDisk ni sebab ia 'Shockproof' dan 'Slip-resistant'

Portable HDD Transcend's StoreJet 2.5" ini didatangkan dengan U.S.Military drop-test standards di mana ia melindungi HardDisk dari kerosakkan data akibat terjatuh dengan teknologi 2 tahap 'anti-shock'. Ia juga disertakan dengan software tambahan (StoreJet elite) yang membantu menguruskan semua data dalam HardDisk. Ia juga mempunyai fungsi OneTouch Auto-Backup padanya




Model : Transcend StoreJet 2.5"
Kapasiti : 320GB / 500GB
Saiz : 134mm x 80.8mm x 18.8mm
Berat : 206g
Warranty : 2 tahun

P/s: Kalau dah HardDisk 500GB pun boleh full, amacam???...hahaha

Friday, May 7, 2010

T-shirt cute Anime L

T-shirt Anime L

Code produk : CuteL


Colour : Hitam / Hijau / Pink
Size M & L : RM 18

* Postal charge: RM5
* Stok terhad... (Boleh buat pre-oder)

Maklumat lanjut email je Yonz : ariyon176@yahoo.com

T-shirt Baby Milo HP

T-shirt Baby Milo

Code produk : BM-HP


Colour : Hitam


Size L : RM 18

*post charge RM5
*stok terhad... (Boleh buat pre-oder)

Maklumat lanjut...

email je Yonz : ariyon176@yahoo.com

T-shirt Baby Milo Love

T-shirt Baby Milo

Code produk : BM-Love


Colour : Pink

Size L : RM 18

* Post charge RM5
* Stok terhad... (Boleh buat pre-oder)

Maklumat lanjut...

email je Yonz : ariyon176@yahoo.com

T-shirt Baby Milo Portrait

T-shirt Baby Milo

Code produk : BM-Portrait


Colour : Pink

Size L : RM 18

* Post charge : RM5
* Stok terhad... (Boleh buat pre-oder)

Maklumat lanjut...

email je Yonz : ariyon176@yahoo.com

Monday, May 3, 2010

Transformers others

Sebab dah jadi 'kipas-susah-mati' Transformers nie pantang nampak apa saja yang berkaitan Transformers, comfirm nak kena tengok punya. Tengah beli barang di Tesco Ampang lalu la dekat kiosk2 di situ, ternampak ada Transformers key chain pulak. Belek punya belek terus jer Yonz sambar 2 key chain Optimus Prime dan Megatron watak kartun yang lama. Bila dah letak dalam almari... memang nampak cun.























Satu hari masa lepas kerja pergilah minum2 dekat area jalan Masjid India, ternampak plak satu Transformers yang unik. Robot Transformers nie boleh bertukar jadi Handphone flip tue. Disebabkan harganya murah (China version) maka petang tue dapat la Yonz transformers unik nie...hahaha. Bila dah bukak dirumah, robot nie susah nak tegak dengan sendiri rupanya... terpaksalah Yonz sandarkan saja dalam almari tue...huhuhu



My Bumblebee

Salah satu toys yang cukup Yonz suka selepas Optimus Prime tentunya Bumblebee. Memang susah nak cari di kedai masa mula2 movie Transformers ROTF keluar sebab sold out saja... al-maklum watak favorite la katakan. Sapa yang tak suka Bumblebee nie... dari kanak2 sampai orang dewasa, semua suka Bumblebee. Kalau ditengok dari senarai toys keluaran Hasbro contohnya, watak untuk Bumblebee yang paling banyak sekali keluaran toys'nya.



















Koleksi Bumblebee yonz nie adalah dari Transformers 2 ROTF yang termasuk dalam kategori Deluxe Class yang bergelar Cannon Bumblebee. Bila transform ke vehicle mode memang cun sebab ia menjadi kereta kuning Camero concept. Terdapat 2 meriam tambahan dibahu Bumblebee apabila ia bertukar kepada robot mode. Setelah selesai je ambil gambar2 yang perlu, Yonz terus simpan dalam almari hiasan. Sebenarnya Yonz nak beli 'Ultimate Bumblebee' yang memang betul2 besar tapi modal jer takde. Janji dah ada 1 koleksi bumblebee dah kira ok la tue...



Related Posts with Thumbnails