Monday, June 28, 2010

Pantun peringat pasal Aurat

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat







Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah







Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan







Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di Akhirat hebat

Video mengenai iPhone 4


Di sini Yonz kumpulkan video2 menarik mengenai iPhone 4... Semua video nie dari Youtube, so ada yang HD dan ada yang video biasa. Macam biasa la, biar dia loading dulu (pause sebentar) lepas tue baru play balik. Sebelum terlupa, Stop kan dulu la lagu2 Yonz yg autoplay kat sebelah kanan blog nie kalau mengganggu...hihihi

Official Ads from Apple


iPhone 4 Keynote (CNet)


iPhone 4 1st Look (CNet)


Top 5 Reasons to get an iPhone 4 (CNet)



Sunday, June 27, 2010

Kini iPhone 4 pula

Mungkin telah banyak website yg telah buat review pasal iPhone 4 ini... cuma yonz agak ketinggalan sebab terlalu sibuk dengan kerja. Produk keluaran Apple ini ditayangkan pada 07 June 2010 di WWDC dan bukan bergelar iPhone 4G ataupun iPhone HD tetapi berdiri dengan nama baru iaitu iPhone 4. Steve Jobs (Apple CEO) berkata, iPhone 4 akan mula dijual pada 24 June 2010... Di Malaysia mungkin hujung tahun 2010 ataupun awal tahun 2011.

Design dan Rekabentuk
Mungkin kita sebelum ni dah pun tengok bentuk iphone 4 ini yg lebih kurang sama dengan 'prototype' yg tersebar di internet. Bentuknya juga lebih kurang hp HTC HD2 kalau tak silap yonz la...diliputi dengan screen kaca depan dan belakang hp, stainless steel rim dan butang pada kelilingnya. iPhone 4 juga dikatakan 34% lebih nipis dari iPhone 3Gs.
Hardware dan isiperut
iPhone 4 menggunakan pemprosesan Apple A4 chip (1Ghz) sama seperti yang digunakan di dalam iPad. Ia masih juga mengekalkan storan dalaman 16GB dan 32GB sebagai pilihan. Chip ini merangkumi Cortex A8 sebagai unit pemprosesan utama dan PowerVR SGX535 sebagai bahan grafik. iPhone ini juga dikatakan dapat memproses data dengan lebih cepat dan menjimatkan hayat bateri sebanyak 16% berbanding iPhone 3GS.










Paparan dan Kamera

iPhone 4 ini mempunyai paparan multi-touch 3.5 inch dengan resolusi sebesar 960x640 pixel. Paparan pada iPhone ini juga digelar 'Retina Display' di mana ia lebih terang dan imej lebih tajam 4x lebih baik dari iPhone 3Gs. Hp ini mengunakan sensor kamera yang lebih besar (5 MP) dan didatangkan dengan lampu LED flash. Kali ini iPhone 4 telah memperkenalkan kamera dibahagian depan untuk tujuan video call yang dipanggil 'Face Time'... iPhone ini juga boleh merakamkan video secara HD dan mengambil gambar ditempat yang kurang cahaya dengan bantuan flash.
Software dan Aplikasi

iPhone 4 telah menggunakan software terbaru bergelar iOS 4 di mana hp ini boleh melakukan 'multitasking'. Aplikasi pada menu kini boleh di masukkan ke dalam folder mengikut kesukaan kita. iPhone juga menyediakan aplikasi iBook yang pernah diperkenalkan pada iPad sebelum ini. Banyak lagi pembaharuan yang diperkenal oleh iOS 4 ini... Kalau nak cerita semua payah ler...hahaha.


Wednesday, June 23, 2010

Accountant dalam percintaan...

Aku akan meng-CREDIT-kan cintaku padamu, bila kamu men-DEBIT-kan untukku cintamu. Aku akan mencatat kisah cinta kita dalam sebuah JOURNAL, dan mem-POST-ing nya ke dalam LEJER hatiku. Aku akan menjaga sebuah ACCOUNT cintamu, berdasarkan DOUBLE-ENTRY. Dengan cara ini kamu akan tahu BALANCE credit atau debit, dan AMOUNT dari cintaku padamu.

Kemesraan kita tercatat dalam WORKSHEET (LEMBARAN KERJA). Kadang2 kita perlu lakukan ADJUSTING ENTRIES (PELARASAN) untuk menjaga cinta kita tetap kukuh.

TRIAL BALANCE
(IMBANGAN DUGA) memperlihatkan bahwa kita serius antara satu sama lain, sebab TOTAL dari cinta kita ternyata satu dan sama. Maka kita lakukan CLOSING ENTRIES saat kita setuju untuk menikah.

PROFIT & LOSS statement, menyatakan apa yang telah terjadi kemudian, mari bersama2 kita lihat BALANCE SHEET kita, apa saja ASSETS & LIABILITIES kita ???....

P/s: Apa benda yg ko dok merapek ni???...

Tuesday, June 22, 2010

Baju Cap Ayam


Sebut pasal 'Cap Ayam'... apa yg anda dapat bayangkan???. Sesuatu yg murah, cetak rompak atau pun 'low quality'. Bagaimana pula dengan Baju Cap Ayam???... mungkin ramai yang pernah dengar, lebih2 lagi yg selalu ronda pasar malam Jalan TAR, KL. Yonz adalah salah seorang peminat t-shirt Cap Ayam kerana ia mempunyai banyak design yang unik. Apa yang penting t-shirt Cap Ayam ini dijual dengan harga yang murah, sesuai dengan kualitinya.

Bila Yonz try search pasal t-shirt Cap Ayam di internet, tanya member2 terdekat banyak yang buat komen2 negatif seperti :-

"kainnya nipis sangatlah...kualiti macam
seluar dalam perempuan jer"
...
"kainnya panas, kalau pakai boleh gatal"...

Ini semua komen jenis kutuk habis dan komen2 orang yang biasa pakai baju POLO atau ED Hardy (org kaya yang sombong ler..apa lagi).
















Kadang2 kita terlepas pandang dengan membezakan buah rambutan dengan buah anggur. Dengan harga yang berpatutan (bawah RM20), setanding la dengan kualiti t-shirtnya. Mana kita nak cari t-shirt yang murah dengan design2 yang menarik dan unik.

Tepuk dada tanya selera... kalau anda memang dah biasa dengan t-shirt2 mahal maka t-shirt Cap Ayam bukan untuk anda. Mungkin juga ia sesuai untuk golongan sederhana dan bawahan kalau itu yang anda fikirkan. Bagi Yonz ia sesuai dengan jiwa santai ini... hahaha

Friday, June 18, 2010

Iron Man Mark IV Collectible Bust


Kod produk: HTB06

Hot Toys dengan bangganya memperkenalkan Mark IV collectible bust dari IronMan 2 movie. Ianya dicipta berpandukan baju utama Iron Man 2, Mark IV dengan rekabentuk arca yang sempurna beserta fungsi nyalaan lampu. Ianya amat sesuai dijadikan hiasan bagi peminat2 Iron Man di luar sana.





















Ciri2 Iron Man Mark IV collectible bust:

- Watak Iron Man 2, Mark IV yang berskala 1/4th
- Lebih kurang 9.5 inch atau 24cm tinggi
- Nyalaan putih kristal (LED) pada mata dan dada Iron Man
- Diwarnakan dengan Merah Metalik dan keemasan pada badannya
- Tapak yang dibuat khas beserta nama dan logo movie

Tarikh keluar: Sudah keluar di pasaran

Berminat???... boleh lihat di AryBiz Mudah.my





Tuesday, June 15, 2010

Cerita Betul Facebook


Yonz nak kongsi buku nie dengan semua peminat2 Facebook di Malaysia. Bagi yang baru berjinak dengan Facebook, buku ini memang sesuai untuk anda. Facebook kini telah menjadi fenomena di serata dunia tak terkecuali di Malaysia. Hampir setiap hari... berjuta2 pengguna Facebook telah login akaun masing2 bagi melihat profil 'friends', upload photo, bermain game, chatting dan update wall. Boleh dikatakan kalau sehari tak masuk Facebook, boleh penuh inbox... hahaha

Siapa sangka disebalik kejayaan Facebook ini adalah hasil dari seorang pemuda yang bermasalah, belajar di Harvard University. Facebook dibangunkan dan ditulis sendiri oleh beliau dari biliknya. Kini, Mark Zuckerberg adalah CEO yang berusia 24 tahun! dan memegang Facebook itu sendiri. Namun, kejayaan Mark dan Facebook tidak berlaku dalam sekelip mata. Beberapa tahun diperlukan bagi memerah idea merancang konsep pemasaran.

Kini, Facebook menjadi sebuah laman web jaringan sosial yang terhebat mengatasi laman web jaringan sosial yang terdahulu. Unggul dari segi aplikasi dan kemudahan penggunaannya membuatkan seseorang boleh 'bertenggek' lama2 di hadapan komputer.

Isi kandungan buku :-

Bab 1: Laman Web Kontroversi
Bab 2: Bermula dari Harvard
Bab 3: Lahirnya Idea
Bab 4: Perang Bermula
Bab 5: Penafian
Bab 6: Membangunnya Empayar
Bab 7: CEO yang Menjengkelkan
Bab 8: Karma
Bab 9: Laman Web Hebahan
Bab 10: Aplikasi Pihak Ketiga Facebook
Bab 11: Data dan Fakta Facebook
Bab 12: Bagaimana Menggunakan Facebook
Bab 13: Tip dan Trik Facebook
Bab Bonus: Evolusi Facebook 101


Keluaran PTS (RM 15.50)

Oder Online Di Sini

Thursday, June 10, 2010

Prime ROTF yang ganas


Bagi Yonz sendiri, bila sudah memiliki satu2 toys itu sudah memadai. Kita beli mahal2... kadang2 nak buka dari kotak pun sayang. Bila dah buka tue, ambil gambar dan belek sikit2... lepas tue terus letak dalam almari hiasan. Tapi bila 'hantu' toys nie lain pulak ceritanya. Mereka2 yang kreatif nie sanggup buat ubahsuai (hardcore customs) ataupun buat repaint pada toys yang asal menjadikan ia satu seni yang mahal.

Bayangkan dari toys Optimus Prime ROTF (Leader Class) terus bertukar menjadi Decepticon Scourge yang ganas. Toyphilia custom telah mengubah toys ini ilham dari Transformers RID animation dengan membuat repaint dan menambah aksesori yang lain padanya. Cerita banyak tak guna, tengok jer gambar2 nie...

Dalam robot mode, ia dibekalkan dengan sebuah pedang...




















Dalam vehicle mode pula, ia didatangkan dengan trailer tank Decepticon...











More about Toyphilia Customs

Monday, June 7, 2010

Aku Melayu???

Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu

Aku Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you

Aku Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...

Aku Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau

Aku Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)

Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu

-----------------------------------

***copy from internet***

Jins LEVI'S

Semua orang tahu kalau Yonz cakap pasal jeans Levis. Bagi yonz sendiri jarang pakai yang ori sebab mahal...huhuhu. Levis nie banyak jenis kalau kita tengok dekat Butik contohnya. Bagi peminat jeans Levis saja yang tahu memilihnya dan tahu ianya ori atau tidak. Memang agak sukar untuk kita melihat ciri2 kalau sekali pandang...termasuk ler Yonz sendiri. Kalau tanya tokeh Bundle tentu dia expert...emmm

Mari kita lihat 3 jenis Levis jeans yang popular di Malaysia... (Rasa2nya la)

Levis 501
Keturunan asal yang dibuat untuk pelombong kat US dulu... pattern ni sesuai untuk mereka yang berbadan besar atau yang tak suka pakai seluar yang melekap kat badan... nak tau ori ke tak, cuba lihat sebelah dalam di bahagian poket kiri... ade 1 cop original LEVI's. Poket belakang memang dalam... boleh seluk sepenuh tangan dalam poket belakang... kain yang digunakan agak tebal untuk Levis ini. Itu la pasal harga jeans 501 ni tak pernah kurang dari RM250...


Levis 505
Masa memula keluar dulu ia diperkenalkan sebagai Red Tab... kalau sapa2 pernah beli dulu, ada tab merah kat sebelah dalam poket kiri... skang tak jumpa pulak. Cutting seluar ni lebih skiny, untuk mereka yang berbadan lansing dan yang sukakan seluar yang mengikut bentuk badan. Kainnya kurang tebal cikit dari 501.




Levis 512

pattern sama dengan 501 di mana ianya longgar dan tidak melekap ke badan pemakai... kainnya pun nipis sikit dan poket tak sedalam macam 501... so harga jeans 512 lebih kurang dalam RM160 hingga RM230

Kalau anda pakai Levis ori terutama jeans 501, cuba tengok tag seluar tu. Anda akan nampak ada lekuk kat edge tag tu... lekuk tu cikit je... kalau tak tengok dgn teliti memang tak jumpa...

Segala info dan tips2 di atas Yonz dapat dari internet. Mungkin sekarang ni agak sukar nak bezakan yang ori dengan yang cetak rompak. Kebanyakkan copy yang dibuat ditiru bulat2 dari yang ori... cuma pemakai jeans itu sendiri yang boleh tentukan ori atau tidak. Kalau nak mudah, beli jer kat Butik Levis.


Levi's Malaysia
Related Posts with Thumbnails