Sunday, January 31, 2010

Nokia 5800XM v40.0.005

Yonz baru sahaja update software untuk Nokia 5800XM ke version yang terbaru iaitu v40.0.005. Yonz dah semak semua review mengenai update v40 nie siap tengok Youtube lagi...takut juga sebab macam2 ragam. Bayangkan Yonz dari version v21 nak terus melangkah ke v40, tinggalkan v30 dan v31 tue. Memang masanya dah kena untuk update sebab v40 nie dia update kinetic scrolling ala2 iphone dan tukar homescreennya...mana tahan sih.

Memula yonz nak try update guna OTA jer tapi cuma version 31.0.101 sahaja yang ada. So...Yonz ambil alternatif lain, guna internet sahaja melalui Nokia Software Updater (NSU). Apa2 hal Yonz buat backup dulu sebab tak nak jadi macam update sebelumnya yang Yonz buat dekat Nokia Center. Habis semua dalam memory phone kena clear termasuk Notes dan phonebook.

Proses buat benda ni dari download software hingga selesai + hard reset sebab problem sikit + nak restore balik backup...memakan masa dalam 35 minit.

Perubahan Nokia 5800 Firmware v40 :

- Kinetic scrolling* (akhirnya keluar juga)
- Homescreen sama seperti Nokia 5530 dengan widget contact dan music
- QWERTY keyboard boleh aktif secara automatik
- Perubahan pada sesetengah Icons dan diperbaharui
- Touchscreen lebih responsive dan hp lebih stabil
- Screen pada alarm dan call-in yang baru (bila hp pada locked mode)
- Ovi maps 3.0 yang diperbaharui dan Ovi Contacts

*Kinetic Scrolling tidak pada main menu, application menu dan browser


Lepas install update, apa yang hilang???...

- Garmin MobileXT (yang paling yonz sayang tue)
- Quick Office full
- Beberapa aplikasi dan game
- Theme ada yg tak boleh guna

kena cari dan install balik la jawabnya...slow2

Guna Nokia 5800XM juga, anda bila lagi???...

Wednesday, January 20, 2010

Model koleksi Myvi

Yonz paling suka dengan kereta Myvi terutama yang baru nie Myvi SE. Kalau lalu jer Myvi SE warna Oren pasti pandang dua kali...tak tau la u'all macam mana. Kalau ada duit nanti baru boleh tukar tapi kena tunggu hutang2 yang lain habis dulu. Yonz sebenarnya nak cerita tentang model toy's kereta Myvi yang Yonz jadikan sebagai koleksi. Disebabkan bukan senang nak dapat toy's kereta keluaran Malaysia, maka Yonz terus dapatkan model Myvi nie bila ia dikeluarkan dahulu.







Model koleksi yang berskala 1:32 ini diperbuat dari besi 'die cast' bersama dengan bahan plastik. Kalau ditengok dari dekat, semua ciri2 Myvi ada pada model koleksi ini dan pintunya juga boleh dibuka (hadapan sahaja). Kotak yang diberi juga sudah didatangkan dengan tapak untuk hiasan...boleh terus simpan sahaja.








Setakat nie Yonz cuma ada 1 model Myvi sahaja berwarna Putih dari empat warna lain seperti Oren, Hitam dan Merah. Kalau ada duit nak kumpul semua warna sekali...itu pun kalau ada lagi...hahaha. Yonz juga harap pihak pengeluar kenderaan Malaysia menjadikan model koleksi ini sebagai contoh...kan best bila keluar jer kereta baru, model toy's koleksi pun keluar sekali macam luar negara.

Berminat nak buat koleksi???.... Klik Di sini

Monday, January 18, 2010

Leatherman Core

Sebelum nie Yonz ada cerita pasal multi-tool yang best untuk technician macam yonz. Salah satu multi-tool yang yonz pakai adalah dari jenama Leatherman yang dikenali sebagai Leatherman Core. Bukannya core2 duo atau dual core untuk pc tue tau...hahaha.









Yonz sudah guna multi-tool nie dah dekat 1 tahun juga, masih elok dan tajam lagi. Kalau pergi kerja mesti ada Leatherman Core dipinggang baru rasa complete kot...emmm. Mari kita lihat details bagi Leatherman Core nie :

Tools:
* 420HC Clip Point Knife with Straight Edge
* 420HC Sheepsfoot Serrated Knife
* Needlenose Pliers
* Regular Pliers
* Wire cutters
* Hard-wire cutters
* Stranded-wire cutters
* Wire Stripper
* Electrical Crimper
* 5/16" Screwdriver
* 7/32" Screwdriver
* 1/8" Screwdriver
* Phillips Screwdriver
* Wood/Metal File
* Saw
* Bottle Opener
* Can Opener
* 9 in | 22 cm
* Awl with Thread Loop

Features:
* Stainless Steel Handles
* Stainless Steel Body
* All Locking Blades and Tools
* Comfort-sculpted Handles
* Leather or Nylon Sheath
* 25-year Warranty

Kalau nak cerita tentang harga tue memang mahal la bagi jenis Leatherman nie dalam RM5xx.00 untuk harga terkini. Masa Yonz beli tue puas juga cari dalam internet dan terjumpa yang jual murah sedikit dalam RM3xx.00. So apa lagi, Yonz pun sambar la satu untuk buat koleksi dan kegunaan ditempat kerja. Leatherman Core nie kalau nak ikut betul2 adalah gabungan 19 tool dalam satu...dalam kata lain complete tool la.

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang barangan Leatherman.

Masuk di sini : Leatherman Website

Thursday, January 14, 2010

LRT RapidKL sambung station???

Setelah beberapa tahun LRT yang kini di bawah RapidKL akan membuat sambungan pada LRT Ampang line dan Kelana Jaya line. Sambungan laluan yang dibuat adalah untuk menggalakkan orang awam menggunakan perkhidmatan LRT terutama untuk ke tempat kerja.

Pada ketika dulu timbul pelbagai rungutan bahawa laluan LRT tidak merangkumi kawasan dan tempat2 yang strategik seperti kawasan perumahan. Terdapat banyak pihak telah membuat cadangan laluan jika RapidKL ingin menambah laluan LRT yang baru. Pada hujung tahun 2009, RapidKL telah mengumumkan sambungan laluan yang baru bagi kedua2 LRT iaitu Kelana Jaya dan Ampang line. Sambungan ini adalah cadangan laluan baru yang akan diguna pakai setelah semuanya lulus kelak.

Sambungan pada Kelana Jaya Line Stations
Subang Jaya - USJ - Putra Height

Sambungan pada Ampang Line Stations
Kinrara - Puchong - Putra Height

Laluan Station Baru

LRT Kelana Jaya lineCadangan sambungan bermula dari station terakhir Kelana Jaya menuju ke Lembah Subang, Kelana Business Centre, melalui Subang, USJ, Alam Megah dan hub terakhir di Putra Heights. Laluan ini merangkumi 13 station baru sepanjang 17km.

LRT Ampang line
Cadangan sambungan bermula dari station Sri Petaling melalui kawasan Puchong, Kinrara dan hub terakhir di Putra Heights (interchange dengan LRT Kelana jaya line) Laluan ini juga merangkumi 13 station baru sepanjang 17.7km.

Ke semua station yang baru ini akan dilengkapi dengan fasiliti seperti lift, escalators, telephone awam, surau and tandas. Kedua2 sambungan station ini di jangka siap pada hujung tahun 2012.
Mari kita ikuti perkembangannya di LRT Extension

Wednesday, January 13, 2010

Rapidpass...kini Monorail

RapidKL telah pun memperkenalkan kad Rapidpass yang baru di mana kini pengguna LRT dan bus RapidKL boleh menggunakan kad tersebut untuk perkhidmatan KL Monorail. Kad Rapidpass Intergrated ini boleh didapati dengan harga RM150 untuk sebulan penggunaan. Kad ini membolehkan pengguna menaiki RapidKL LRT juga bus tanpa had termasuk KL Monorail sepanjang 1 bulan.

Rapidpass Integrated (RM150)
Semua perkhidmatan RapidKL & KL Monorail
(Bermula dari Dis 2009)

Rapidpass LRT (RM100)
RapidKL LRT line (Ampang Line & Kelanajaya Line)


Rapidpass Integrated ini boleh didapati di semua cawangan LRT dan station KL Monorail, termasuk hub bus terpilih.

Lebih lanjut tentang Rapidpass

Tuesday, January 12, 2010

Tips n Tricks 5800xm

Bagaimana hendak update Firmware melalui hp
==================================

1. Taip *#0000# untuk keluarkan paparan infomasi dan firmware hp anda.

2. Klik pada option dan pilih 'check for updates'.

3. Update firmware terbaru akan dihantar ke hp anda dari Nokia Download dan install update tersebut.

*Pastikan anda buat backup pada phone memory dulu
*Untuk menggelakkan gangguan semasa install update, guna wifi atau line yang stabil...

General Tips
==========

1. Terdapat banyak shortcut key dan menu tersembunyi pada homescreen hp ini. (Baca di sini)

2. Notification light akan berkelip2 jika ada unread sms/missed call. Ia boleh dimatikan pada menu Settings -> Notification light -> Off

3. Jika anda rasa touch input pada screen tak berapa stabil, anda boleh buat calibrate untuk screen.
*Touch Input->Touch Screen Calibration ->
(klik pada 4 tempat disetiap sudut)

4. Fungsi sensor control :

a. Menukar screen paparan untuk menegak atau mendatar.
b. Mematikan bunyi hp jika ada panggilan masuk hanya dengan pusingkan screen hp ke bawah.
c. Mematikan alarm untuk sementara juga dengan pusingkan screen hp ke bawah

5. Ubah tempat aplikasi pada menu dengan cara
*Menu -> option -> organize. Anda boleh drag and drop ke lokasi atau folder yang anda inginkan.


Tips menjaga Bateri
===============

1. Sentiasa OFF wireless scan dan bluetooth jika tidak digunakan.

2. Bagi anda yang tidak menggunakan 3G, tukar network mode kepada “GSM” dan bukan “Dual mode”.

*Settings -> Connectivity -> Network mode -> GSM

3. Kurangkan lampu pada paparan

a. Setting -> Phone -> Display -> light sensor
b. Setting -> Phone -> Display -> Light Time-Out
(lagi kurang masa, lagi jimat bateri tapi masalah bermain game jika masa di set terlalu pendek)

4. Sentiasa tutup aplikasi dengan cara yang betul menggunakan Option ->Exit. Aplikasi yang tidak ditutup dengan betul akan running pada background dan menggunakan bateri anda tanpa sedar.

5. Jangan cas bateri jika belum benar2 habis dan jangan cas bateri semalaman untuk menjaga hayat bateri.


Tips menjaga RAM
==============

1. Restart hp anda jika memory (RAM) kurang dari 30MB...

2. Sentiasa gunakan aplikasi Handy Taskman untuk menutup semua aplikasi yang tidak digunakan.


Tips Kamera & Gambar
===================

1. Sedikit 'noise' boleh dikurangkan dengan ISO sensitivity di set pada low.
(Default adalah auto)

2. Ketika melihat paparan gambar, adalah lebih mudah anda menggunakan stylus untuk previous (slide left) atau next (slide right) gambar sebagaimana iphone.

3. Ambil gambar atau video di waktu siang (outdoor) lebih digalakkan agar gambar nampak jelas berbanding di waktu malam.


Video Format
============

Bagi yang suka menonton video pada 5800, anda perlu convert dulu video tersebut mengikut quality yang sesuai dalam format mp4 seperti berikut:
(All is 16:9 widescreen)

a) Xvid @ 678kbps resolution 480×272
b) Xvid @794kpbs resolution 640×352
c) H.264 @ 512kbps resolution 400×224
d) H.264 @ 550kbps resolution 400×224 (Recommended)


Tips Music
=========

Jika anda tidak jumpa lagu yang baru di pindahkan dari pc ke memory card.
*Music Player -> Option -> Refresh library


Tips untuk Aplikasi
===============

1. Sentiasa install theme, aplikasi, game pada memory card. Kalau boleh jangan install apa-apa pada phone memory.

2. Uninstall aplikasi anda dengan cara yang betul.

*Menu -> Setting -> Application mgr. -> Installed apps ->
Pilih appikasi kemudian option dan uninstall.


Hard Reset
==========

Key-in *#7370# dan masukkan Lock Code (Cth:12345)
(PASTIKAN ANDA BUAT BACK UP PADA PHONE MEMORY SEBELUM MELAKUKANNYA)

Saturday, January 9, 2010

Nokia 5800XM Homescreen

Mungkin bagi yang baru beli Nokia 5800xm akan perasan yang 'Home screen' hp nie lebih kurang sama dengan smartphone nokia yang lain. Sebenarnya terdapat sedikit perbezaan bagi hp yang menggunakan Symbian S60 v5 pada homescreen yang merujuk pada Nokia 5800xm dan Nokia touchscreen yang lain.

Mungkin apa yang Yonz akan beritahu, semua pengguna hp nie dah tahu...cuma macam refresh la sikit dan panduan bagi newbie yang baru pakai 5800xm. Mana la tau ada yang kita terlepas pandang ker...hahaha...


1. Untuk meletakkan shortcuts pada screen display

-> Settings/ Personal/ Home Screen/ Home Screen Theme
dan pilih Shortcut bar

Anda boleh pilih shortcut untuk dipaparkan pada screen.

2. Klik pada Jam di homescreen untuk pergi ke menu jam dan di situ juga anda boleh set kan alarm.(Alarm repeat is now built-in)

3. Klik pada 'General' atau tarikh (sebelah kanan jam) untuk keluarkan pops out menu pilihan profile (general,silent,meeting...) termasuk shortcut menu untuk kalendar.

4. Jika anda buka menu Numeric Keypad, tekan lama pada key [#] akan menukarkan profile dari General kepada silent dan sebaliknya. Tekan lama pada key zero [0] akan memaparkan bookmarks web anda.

5. Klik pada Aktif Icon yang tersembunyi (berhampiran bateri) akan memaparkan shortcuts semua aktif icon seperti jam, alarm dan bluetooth atau wifi yang sedang digunakan.

6. Tekan lama pada butang hijau (Call button) untuk aktifkan Voice Command. Setelah aktif, tekan lama butang hijau... apabila paparan 'speak now' muncul, cuba sebut "Whats time it is"...hp anda akan memberitahu waktu.

7. Tekan lama pada butang tengah (antara Call button & End button) untuk paparan menu aplikasi yang aktif.

8. Terdapat shortcut key untuk Music, Gallery, Share, Video, Web yang terletak di atas sebelah kanan dibawah video call camera.

Selamat mencuba...

Friday, January 8, 2010

Kandungan Cocoa Collagen Power Plus

Kembalikan Keremajaan Wanita... itu moto bagi produk CCPP ini. Produk terbaru dan paling murah di pasaran yang mampu mengembalikan keremajaan wanita dan membantu menjaga kehebatan wanita luar dan dalaman...


***Produk khas untuk wanita...so lelaki jangan cuba2 pulak***


Apa kandungan Cocoa Collagen Power Plus :

Marine Collagen
Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit.

Kacip Fatimah
Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri.

Lobata
Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung.

Krimer bukan tenusu
Membantu meningkatkan daya kesihatan anda.

Dextrose monohydrate
Melambatkan proses penuaan.

Oligo saccharide
Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.

Berminat???...Hubungi Puan Faatihah (013-3427053)

New Cocoa Collagen

Orang rumah Yonz dah banyak kali suruh buat post pasal produk yang dia guna nie. Rasanya dah lebih dari 2 bulan dia guna produk bernama Cocoa Collagen Power Plus nie. Orang perempuan sekarang sibuk collagen sana collagen sini untuk cantik...hahaha. Produk keluaran Crystal Liz Resources ini adalah buatan malaysia dan bercop Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam erti kata lain produk halal la...

Apa itu Cocoa Collagen Power Plus???

Produk koko pracampuran adalah minuman enak yang diadun dari biji kopi Arabica Brasil dan juga serbuk koko bermutu tinggi. Ia diperkayakan lagi dengan Marine Collagen untuk kecantikan dalaman dan juga Ekstrak Lobata serta Kacip Fatimah yang telah lama digunakan secara tradisi untuk kesihatan dalaman wanita. Ia minuman enak lagi berkhasiat.


Harga di pasaran :

1 kotak = RM20 (10 sachet)
3 kotak = RM 59.90 (30 sachet) ***stok 1 bulan
===================================
Promosi 3 kotak = RM 55.00 (termasuk wang pos)

Untuk Keterangan lanjut hubungi :
Puan Faatihah (013-3427053)


Thursday, January 7, 2010

Youth Pack











Belum sempat Yonz pusing modal untuk Mini Set One Drop, keluar pulak set yang baru lagi..memang cepat betul 'ODP' nie. Masa tengah surf internet tengok 'ODP' dah keluarkan 2 lagi set terbarunya iaitu Set 'Youth Pack'. Dari hari ke hari nak buat post nie...takde masa jer. Kali nie baru review balik tentang Youth Pack nie.












Kedua2 set ini dibuat khas untuk remaja yang semakin gemar menggunakan set2 dari 'ODP' sebelumnya. Dude Set (Lelaki) dan Chick Set (Perempuan) didatangkan dalam 4 botol untuk setiap set. Kiranya 'ODP' Youth Pack nie termasuk dalam kategori mini set. Kalau tengok dari box dia memang cun dan fresh...rasa nak simpan jer buat hiasan...hahaha. Bagi 2 set yang baru nie Yonz belum ada stok lagi sebab kena oder dulu. Bila dah ada nanti boleh Yonz buat review yang lain pulak...Bergantung pada masa, kalau buzy jugak, lambat sket la buat post...


P/s : Ada orang dari 'Singapore' berminat dengan 'ODP' nie jugak..betul, tak tipu...
Related Posts with Thumbnails