Monday, August 30, 2010

Sonic Jump for Nokia 5800xm




Arcade game...





Link to Download area...

Predators game for Nokia 5800xm

Game Action RPG...

Screenshot





Link to download area...

Sunday, August 29, 2010

Duit RM50 versi Merdeka

Pernahkah anda belek2 duit RM50 baru anda tue???... adakah anda perasan terdapat perbezaan terutama pada bahagian belakangnya...

Sempena bulan Merdeka ni Yonz nak kongsi sikit cerita tentang duit kertas baru RM50 versi Merdeka. Wang kertas ini dikeluarkan oleh BNM pada Disember 2007 sempena sambutan 50 Tahun kemerdekaan Negara (1957-2007).

Apakah ciri2 duit ini :

Jalur motif tenunan songket yg berwarna keemasan dibahagian kiri dan kanan
(muka hadapan).
Cetakan exclusive logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 bahagian kanan
(muka belakang)

Disebabkan pengeluarannya terhad, harganya kini mencecah sekitar RM260RM330 sekeping!!!...

Selepas itu keluar pula yang 2nd edition yang mempunyai jalur motif tenunan songket berwarna keperak-perakan seperti yang kita tengok sekarang. Ianya juga mempunyai logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 (muka belakang). Harganya pula sekitar RM70 - RM90 sekeping.

Apa yang uniknya wang kertas keluaran Merdeka ini mempunyai nombor siri yang cantik... Kalau anda ada duit tue try tengok, anda akan faham...

Thursday, August 26, 2010

Iron Man 2: War Machine Collectible Bust


Kod produk: HTB07

Hot Toys telah mengeluarkan Wars Machine Collectible Bust setelah Mark IV di umumkan. Pengeluaran kali ini mungkin agak lambat untuk sampai ke pasaran Malaysia memandangkan Iron Man Mark IV pun masih baru sahaja dalam pasaran. Apa yang membezakan War Machine dengan Mark IV Bust, arca ini dilengkapi dengan senjata yang dibuat dengan lebih terperinci seperti dalam movie.


















Ciri2 IronMan2: War Machine Collectible Bust :

-Watak War Machine seperti dalam movie yang berskala 1/4th
-Lebih kurang 9 inch atau 23cm tinggi
-Nyalaan puith kristal (LED) pada mata dan dada arca
- Didatangkan dengan senjata khas terletak dibahunya
- Diwarnakan dengan Kelabu Metalik pada seluruh badannya
- Tapak yang dibuat khas beserta nama dan logo movie


















Tarikh keluar: Sudah di pasaran

Harga : RM330

Berminat???...Klik sini

HobiMax vol.2





Majalah no.2 HobiMax telah pun keluar pada awal ogos lalu... cuma Yonz yang takde masa nak buat review. Nampaknya majalah ini memang disambut baik oleh semua collector di Malaysia terutama Gundam fans.





Setelah puas Yonz belek2 majalah ni nampaknya ia masih menyambung tradisi Gundam sebagai 'cover story' sempena 30th GUNPLA Anniversary... Isu kali ini juga memaparkan laporan khas tentang cabaran Gundam 2010 pada bulan Jun lepas di Sungai Wang.








Tapi kali ini Yonz sedikit hampa sebab tiada cerita langsung tentang perkembangan Transformers di dalamnya...huhuhu. Cuma hati ni terubat sikit sebab HobiMax masih bercerita tentang keluaran Hot Toys terutama Iron Man.









Harap2 keluaran akan datang akan lebih best dan kalau boleh cerita la sikit pasal perkembangan Transformers ye...hihihi









Keluaran HobiMax akan datang...Oktober 2010

Transformers Lampu???

Walaupun demam Transformers telah berakhir mungkin Transformers 3 akan menghangatkannya kembali. Apa yang Yonz nak story satu gadget Transformers yang lain dari yang lain. Yonz jumpa dalam net yang sangat kreatif... Torchlight bertukar jadi Transformers... huhuhu

Ia bergelar...
'3 in 1 Interchangeable Transformative Robot LED Flashlight'

ia boleh berdiri... (Humanold Robot)
macam Scorpion pun ada...
merangkak ala2 Spider pun boleh...
P/s: Kalau ada jual kat Malaysia ni... comfirm Yonz beli punya...hahaha

Info lanjut di Meritline

3 Macam Sabar...

Berkata Ahli Ariffin, sabar itu ada 3 jenis :

Sabar meninggalkan nafsu syahwat. Ini adalah darjat orang bertaubat.
Redha dengan takdir tuhan. Ini adalah darjat orang 'Zuhud'.
Suka pada apa yang diperbuat tuhan. Ini adalah darjat orang Siddiqin (benar).


Jamuan Makan


Rasullullah S.A.W. bersabda :

Seburuk2 makanan ialah makanan kenduri yang hanya dihadiri oleh orang2 kaya tanpa bersama orang2 miskin.

Janganlah kamu makan selain makanan orang2 bertaqwa dan jangan dimakan makananmu selain oleh orang2 yang bertaqwa.

Barang siapa marah kepada tetamu, maka ia telah marah kepada Allah. Barang siapa marah kepada Allah, nescaya ia dimarahi Allah.

“Sampaikanlah olehmu walau sepotong ayat”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, August 23, 2010

Harga baru Produk Rizreni

Di maklumkan di sini, Rizreni Health & Beauty telah mengeluarkan harga baru bagi sesetengah produk keluarannya. Ini adalah kerana pihak pengurusan telah menambahbaik kandungan di dalam satu2 produk tersebut tanpa mengubah bentuk serta packaging yang sedia ada. Pihak pengurusan juga telah mengeluarkan katalog menarik berbentuk buku untuk rujukan penguna2 produk Rizreni baru mahupun yang lama...

Kategori produk Rizreni yang mengalami perubahan harga adalah seperti berikut :-
-Siri Penjagaan Muka
-Siri Penjagaan Badan

-Siri Penjagaan khas wanita


Dengan perubahan harga ini, Set2 percubaan juga turut mengalami perubahan harga. Untuk siri penjagaan yang lain adalah kekal seperti biasa...


Untuk info lanjut, boleh hubungi Puan Faatihah (013-3427053)

~Hope be inform~

Peribahasa merepek

1. Seperti anjing jantan dengan anjing betina
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu... asyik nak beromen aje.

2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak hinggapnya...
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu... kalau dia berenti.... akhirnya dia gerenti start balik punyer... huhuhu

3. Sepandai-pandai tupai melompat,tak pernah masuk ke sukan Olimpik.
Maknernyee : Jangan macam bagus.... pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus

4. Biar putih tulang jangan putih muka (White face)
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jangan eksyen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.

5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat
Maknernyer: Kalau dah beribu kali flush, itu bende tak clear jugak... pergi panggil plumber lah or kacau sampai hancur and try flushing again, another way is to kutip satu2 dan buang tempat lain. (Eeee...GELI)

6. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk
Maknernyer: Kentotlah... sapa tue??, baik mengaku

7. Seperti kacang luperkan mama
Maknernyer: Orang yg tak sedar diri.... tak kenang jasa baik orang yg mula2 mempopularkan dia.

8. Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jangan sangka yang duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang... check betul2, mesti ader sorang lagi kat bawah ke.... tengah ke... baring ke.

9. Biar mati anak jangan mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak?

10. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.

Mimeo Pen Phone untuk student

Pernahkah anda terfikir handphone yang berbentuk pen atau pensil???... Designer Sam James Chu telah mencipta 1 handphone konsep berbentuk pen yang dipanggil Mimeo. Design lain dari yang lain ini dicipta khas untuk para pelajar yang selalunya 'kuat' brSMS.
Apa yang menarik dengan Mimeo Pen Phone, adalah cara baru untuk menulis SMS atau notes tanpa melihat screen handphone tersebut. Kita hanya perlu gunakannya seperti memegang pen dan terus menulis SMS kita... menarik bukan???

Mimeo menggunakan paparan jenis OLED touchscreen yang memudahkan untuk 'scrolling' pada menu yang terdapat pada badan handphone tersebut. Ia juga disertakan dengan wallpaper 'Theme' yang fresh.

Satu design yang menarik untuk diketengahkan....

iPhone slim concept


iPhone
konsep ini di ilhamkan oleh Jerome Brown's pada tahun sebelum 2010. Ia mengutarakan iPhone dengan slim design (amat nipis) sebagai tema utamanya. iPhone slim ini juga dikatakan memiliki kamera 5 megapixel beserta kamera depan untuk tujuan panggilan video. Jerome juga menambahkan lagi fungsi kameranya dengan meletakkan 'night light' pada belakang iPhone konsep ini. Ia membolehkan gambar diambil dengan mudah pada waktu malam.


Persoalan yang timbul, bolehkah kamera 5MP itu dimuatkan pada iPhone yang terlalu nipis ini... bagaimana dengan spesifikasi yang lain seperti bateri dan ruang kad sim. Apa yang perlu diingat... ianya masih dalam konsep design.

Thursday, August 12, 2010

Stok Cocoa Collagen dirumah...

Kali nie Yonz story sket pasal stok Cocoa Collagen nie. Setiap kali kalau wife Yonz ambil stok pasti 1 kotak besar bersamaan 30 set (1 set 3 kotak). Disebabkan permintaan amat menggalakkan 1 kotak besar stok Cocoa Collagen boleh habis dalam masa 2 ke 3 minggu sahaja.








Kalau nak cerita tentang pelanggan memang banyak yang berpuas hati... pendek kata mana2 yang pernah oder dengan wife Yonz akan continue untuk set yang seterusnya bulan depan. Dari penguna yang jauh2 hingga yang duduk area Ampang pun ada...

Klik di sini untuk lihat testimoni

Mula2 Yonz tak sangka percubaan untuk jual CCPP dan jadi rutin akhirnya... Alhamdulilallah, kini bolehlah Cocoa Collagen nie Yonz jadikan pendapatan sampingan 1 family... hehehe. Kalau dalam bulan puasa ni boleh la nak minum CCPP time berbuka, tak pun masa bersahur. Boleh la menambahkan tenaga untuk kaum wanita setelah seharian berpuasa...













Salam Ramadhan semua khas untuk penguna2 setia...
Cocoa Collagen Power Plus (CCPP)

Keterangan Lanjut hubungi :
Puan Nik Faatihah (013-3427053)

Monday, August 9, 2010

Selamat datang Ramadhan

Pejam celik bulan Puasa pun datang kembali... kejapnya rasa 1 tahun yang berlalu, makin lama makin pantas. Tak terkejar rasanya masa ni... sok2 dah hujung tahun pulak. Sempena bulan baik nie Yonz nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan yang mulia ini. Harapan Yonz Ramadhan kali ini lebih baik hendaknya berbanding tahun lepas. Bukan senang nak 'jaga' puasa duduk di tengah2 hiruk-piruk kota ni... lebih2 lagi puasa mata... emmm...

Marilah kita sama perbanyakkan amalan di bulan mulia nie. Kalau tak boleh buat semua (amalan baik), jangan tinggal semua... Mana yang patut dijaga, kita jagalah... mana yang patut dielak, kita elaklah.... hehehe. Dibawah nie Yonz senaraikan perkara2 lazim untuk info kita dibulan Puasa. Harap2 ianya berguna untuk dikongsi bersama...


Perkara-perkara Sunat dilakukan di bulan puasa:

1. Membanyakkan membaca al-Quran
2. Mandi junub sebelum fajar
3. Melewatkan sahur waktu imsak
4. Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
5. Membanyakkan sedekah
6. Solat terawih
7. Segera berbuka bila masuk waktu















Perkara-perkara Makruh di bulan puasa:

1. Berkumur-kumur dengan keterlaluan
2. Merasa makanan dengan lidah
3. Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
4. Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
5. Gosok gigi setelah gelincir matahari
6. Mencium isteri dengan nafsu
7. menderma darah


Perkara-perkara yang memBATALkan puasa:

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
3. Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4. Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5. Melakukan persetubuhan
6. Gila walaupun sebentar
7. Murtad (keluar dari Islam)
8. Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Perkara yang Tidak membatalkan puasa:

1. Menelan air liur
2. Bersuntik
3. Tidur walaupun sepanjang hari
4. Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
5. Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja


Selamat Berpuasa... Puasa, jangan tak puasa tau...

Friday, August 6, 2010

3 Tingkat Sabar



Ibnu Abbas R.A. mengatakan SABAR dalam Al-Quran itu ada 3 peringkat :





* Sabar pada menunaikan perkara yang di Fardhu oleh Allah, maka baginya pahala 300 tingkat.

* Sabar atas apa yang diHaramkan oleh Allah, maka baginya pahala 300 tingkat juga.

* Sabar atas segala '
Musibah', maka baginya pahala 900 tingkat.


“Sampaikanlah olehmu walau sepotong ayat”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Related Posts with Thumbnails