Thursday, September 30, 2010

Iron Man Bust milikku


Kalau nak diikutkan betul2, Yonz bukannya peminat Iron Man sangat pun berbanding dengan Transformers. Kebanyakkan toys Iron Man yang berkualiti tinggi datang dari HotToys series (HongKong) yang harganya bermula dari RM600 ke RM800... mana ada budget.

Cuma Yonz tertarik dengan Iron Man collectible bust yang cun beserta harganya yang berpatutan. Setakat post ini ditulis, HotToys telah mengeluarkan 3 jenis Iron Man collectible bust dan 2 daripadanya telah pun berada di pasaran.

>









Post tentang Iron Man Mark IV Bust










Post tentang Iron Man War Machine Bust

Masa mula2 dapat beli Mark IV bust tue memang seronok, lebih2 lagi lepas buka kotak... teruja dengan warna metalik dan bentuknya. Bila War Machine bust pula diumumkan Yonz terus buat pre-oder. Dua bulan lepas tue War Machine bust pun sampai ke pasaran Malaysia yang akhirnya menjadi milik Yonz.


War Machine bust nie lengkap dengan shoulder-mounted gatling gun yang cun dari Mark IV itu sendiri. Bila ON power dengan lampu merah pada matanya memang nampak garang. Pendek kata War Machine bust lagi cun dari Mark IV bust pada pandangan Yonz la...

Akhirnya kedua2 bust telah pun menjadi milik Yonz...hehehe

>

Tuesday, September 28, 2010

Majalah Yonz baca [Sept 2010]

Dibawah adalah majalah yang Yonz beli dan baca untuk bulan September 2010...

~Klik pada gambar untuk besarkan~



* Yonz nak jual majalah ERing (Bahasa) dan Stuff Magazine (Malaysia) nie juga keluaran2 sebelumnya dengan harga murah... jika berminat email jer Yonz (ariyon176@yahoo.com)

Tuesday, September 21, 2010

Ary Lepas Raya


Lama rasanya tinggalkan blog ni sempena Hari Raya, makin malas bila nak start ber'blogging' balik... samalah dengan kerja sebab masih mood raya. Tahun nie Yonz tak balik raya Kelantan, cuma beraya di KL dan Negeri Sembilan saja sebab hari raya ketiga dah start kerja balik. Bekerja di hari raya nie memang best sebab bos takde tapi bosan orang takde, bangla ramai ler... kedai mamak tak buka... ermmm.

Masa standby raya tempohari Yonz memang berdoa panjang... jangan la ada problem yang besar2 atau 'down' yang pelik2. Alhamdulilallah sepanjang Yonz bekerja semuanya elok2 belaka. Raya kali nie Yonz dapat la bagi duit raya sikit kat anak2 buah di KL dan Negeri Sembilan... guna sampul RapidKL tue... hehehe.











Hari Raya pertama Yonz cuma ikut rutin biasa, pergi sembahyang raya, kenduri rumah nenek di Dato' Keramat dan ziarah kubur. Hari raya kedua Yonz habiskan beraya di Negeri Sembilan dan Beranang... lepas tue Yonz terus kerja di hari raya ketiga berderet sampai 1 minggu lebih...errkkkk

Kasut kerja ku...

Setiap tempat kerja terutama bahagian maintenance ataupun engineering mempunyai kasut kerja yang dikhaskan (dibaca : Safety shoe). Yonz kerja di RapidKL nie dah rasa 3 jenis kasut kerja yang company bagi. Memula Yonz pakai kasut keselamatan dari jenama 'Black Hammer'. Kasut yang kedua pun sama jenama tapi lebih sporty... malangnya dah kena curi masa di rumah. Untuk kasut keselamatan yang ketiga ni Yonz dan tech yang lain dapat lambat sikit. Setelah sekian lama, penantian Yonz berbaloi juga akhirnya. Kasut kerja yang terbaru kali ini adalah dari jenama 'Red Wing'.
















Masa memula buka kotak dah terus teruja... high cut safety shoe tue. Memang 1st time kiranya Yonz pakai kasut 'high cut' nie. Apa yang best tentang spec kasut nie, ianya diperbuat dari kulit yang kalis air. Apa yang penting ianya 'safety shoe' yang digunakan untuk Yonz bekerja. Sampai jer rumah terus ambil gambar dulu sebelum kotor...hehehe.

>






Esok2nya Yonz terus pakai dan 'lanyak' kasut nie sebab kalau jarang pakai ianya agak keras, macam kasut yang lama2. Tetiba Yonz terfikir nak tengok kasut ini dalam internet... saja nak survey harga memandangkan kasut jenama 'Red Wing' memang mahal. Survey punya survey, memang sah mahal giler... kalau beli sendiri kat kedai harganya mencecah RM500++... perrhhh. Nasib ler dapat free company bagi.... hehehe
>

Thursday, September 9, 2010

Akhirnya...Aidilfitri 2010

Boleh dikatakan semua bloggers melayu takkan lepas peluang untuk buat post berkenaan Hari Raya yang bakal menjelma. Setelah diumumkan oleh pemegang mohor besar Raja2... Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat 10 Sept 2010. Terfikir Yonz sejenak... rasa2nya dari Yonz kecik sampai sekarang masih orang yang sama beri pengumuman raya, panjang umur dia. Selalunya sehari sebelum raya ramai yang sudah cuti dan ada yang dah sampai kampung pun. Disebabkan Yonz tahun nie cuma beraya di KL maka sehari sebelum raya pun masih kerja sampai malam... huhuhu

Yonz di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua warga Bloggers, Follower blog Ariyon Stuff dan semua yang mengenali Yonz sebagai 'Ariyon' di alam maya ini (nama kita sebenar Mohd Ismail la...). Tak lupa juga geng2 se'toys' dan pembeli2 toys dari 'AriBiz@Mudah.my'. Rasanya tahun ini Yonz sekeluarga sambut dengan sederhana jer dan apa yang penting Yonz dapat tahun ini beraya bersama keluarga... asyik kerja jer kalau Hari raya... hehehe

Sebenarnya Yonz rasa bertuah kerna kita masih berjumpa lagi dengan 1 Shawal dengan aman dan damai. Kalau tempat lain dengan bencananya... dengan perangnya. Cuma Malaysia ni tak lepas dari kemalangan jalan raya jer la, tiap2 tahun ada saja kemalangan. Dah sampai masanya jalan2 balik kampung seperti di Lipis dan Gua Musang dilebarkan kepada 2 atau 3 lane. Pasang lampu sekali dah... dari dulu sampai sekarang tak upgrade2 pun, jalan tue jer la...

Rasanya Yonz malas nak membebel panjang... banyak benda tak buat lagi nih. Moga kita berjumpa di post akan datang. Rajin2 la komen kat blog Yonz nie... kalau boleh mana2 yang patut di klik tue, tekan2 la sikit...hahaha



Selamat Hari Raya
semua...

ikhlas dari : Ariyon176

Wednesday, September 8, 2010

Sikap Bulan September

Sikap kasih sayang orang yang lahir di bulan September

- Bersopan dalam perhubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan
















- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11

War For Cybertron toys


Sebelum nie Yonz story pasal game Transformers 'War For Cybertron' (WFC) kan... Kali nie Yonz nak story pulak pasal watak dalam game tue... Optimus Prime dan Bumblebee. Dengan adanya kerjasama dari Hasbro, watak dalam game tue telah pun direalisasikan ke dalam bentuk toys. Setakat post ini ditulis telah keluar 4 watak dalam game WFC ini iaitu Optimus Prime, Bumblebee, Megatron dan Soundwave.


























Masa ia mula2 keluar dulu hanya Optimus Prime dan Bumblebee saja. Masa tue Yonz dapat info dari internet ianya bakal mendapat sambutan hangat. Entah macammana suatu hari tue Yonz jalan2 kat KLCC, singgah sekejap kat ToyRus. Kebetulan nampak 2 toys WFC ini dah keluar... apa lagi terus sambar la. Selang seminggu lepas tue rupa2nya WFC toys ini memang macam goreng pisang panas terutama watak Optimus Prime. Boleh dikatakan semua ToyRus sold out malahan kedai2 toys yang masih stok pun terhad... siap jual mahal lagi.

Jom tengok spesifikasinya :

Transformers WFC Optimus Prime

Jenis Model: Transformers Generations (Deluxe class)

Nama: Cybertonian Optimus Prime
Vehile mode: Armored Truck

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Transformers WFC Bumblebee

Jenis Model: Transformers Generations (Deluxe class)

Nama: Cybertonian Bumblebee
Vehile mode: Cybertronian Courier



Hasbro masa tue keluarkan 4 toys dalam ciri Transformers Generations termasuk TF Drift dan TF Thrust. Yonz dah dapat 'lubang' baik untuk jual empat toys ini. Yonz terus beli satu kotak besar dan habis dijual tak sampai 2 minggu... memang dasyat penangannya... hehehe




Wednesday, September 1, 2010

Permainan Video War For Cybertron

Anda kaki game???... Tentu anda tahu atau sudah pun main game War For Cybertron. Yonz sejujurnya bukan suka sangat main game nie, terutama pc games sebab mengambil masa yang lama depan pc... hehehe. Disebabkan Yonz minat dengan Transformers maka game War For Cybertron ni wajib Yonz kena bagi story sikit pada semua.

Game Transformers : War For Cybertron ini telah dikeluarkan pada 22 JUN 2010 yang direka oleh High Moon Studios dan diterbitkan oleh syarikat game popular Activision. Game WFC ini boleh dimain kan oleh pelantar PS3, Xbox 360 dan PC. Ia juga ada mengeluarkan versi yang sama untuk pelantar Nintendo DS juga Wii. Kalau tak silap Yonz genre game WFC ini termasuk dalam kategori 3rd person shooter (kaki game tau ler ni)


Game Transformers:War For Cybertron ini mengisahkan perperangan antara pihak Autobots dengan Decepticon di tempat asal mereka yang bergelar Cybertron. Plot utama game WFC ini adalah pihak Autobots terpaksa mempertahankan bumi Cybertron yang sedang dimusnahkan oleh pihak Decepticon...
Tak puas lagi???... Jom tengok Trailer game ini pulak...


Amacam???... ok tak... Kalau tanya Yonz tentu ler suka... lebih2 lagi watak yang diwujudkan adalah hasil kerja sama dengan Hasbro. Kalau dah bekerjasama dengan Hasbro bermakna akan keluar lah toys game ini nanti... tunggu...
Related Posts with Thumbnails