Thursday, January 13, 2011

HEXBUG Nano


Pernahkah anda dengar nama HEXBUG???... tak pun kalau anda pergi gedung2 mainan utama, pernahkah anda terlihat gambar seperti di atas. Masa mula2 Yonz nampak memang tak ambil kisah pun, tapi tetiba terfikir nak 'google' perkataan HEXBUG tue. Rupa2nya permainan berunsurkan micro-robotic ala2 serangga gitu.











Kalau dilihat dari website utamanya HEXBUG.com, mereka telah lama buat permainan menggunakan micro-robotic nie. Banyak sudah serangga2 elektronik yang dikeluarkan.

Micro-robotic terbaru mereka adalah HEXBUG Nano... kalau lihat betul2 dah macam lipas jer Yonz tengok. HEXBUG Nano ini bukan saja berwarna warni malahan pergerakannya seakan2 serangga hidup. Bila dah kumpul banyak2, lepas tue lepaskan semua kat lantai... memang haru dibuatnya.













Syarikat HEXBUG tidak berhenti di situ sahaja, mereka juga telah mengeluarkan pelantar atau platform tempat serangga2 mereka beraksi. Kalau selalu kita dok bela Hamster, sekali-skala kita cuba 'bela' HEXBUG pulak...hahaha.


Monday, January 10, 2011

Rizreni : Produk Penyegar (Toner)


Toner
Penyegar ini membersih sisa sabun dan mengecilkan pori-pori tanpa mengganggu fungsi pori. Ia membantu menyeri dan mencerahkan kulit.

Rejuvenating Toner
Mengandungi ekstrak gamat dan asid salisilik untuk menghindar pengumpulan minyak atau sebum dalam liang roma. Sesuai untuk kulit cenderung jerawat.

Teen Toner
Penyegar yang dirumus dengan antioksidan daripada tumbuhan.


Be Tone Essence
Mengandungi asid glycolic dan lactic untuk membuang sel mati dan menggalakan pertumbuhan sel baru yang lebih cantik.
Be Tone Normal
Rumusan yang serupa dengan Be Tone Essence dan diguna setiap hari untuk memastikan kulit sentiasa segar dan cantik.

Clarifying Lotion
Diguna khususnya dalam rawatan disalon untuk mematikan kuman dan mengurangkan radang selepas ektraksi.

Lagi info tentang Produk Rizreni di sini...

Sunday, January 9, 2011

Rizreni : Produk Pembersihan

Pembersihan Nyah Toksik (Detoxify Cleansing)




Cleansing Milk - Membersih sisa makeup, kotoran berminyak, debu, sel mati dan toksin.






Pembersihan Ulangan (Double Cleanse)












Fasial W
ash - Rumusan berasaskan ektrak limau untuk membersih kulit daripada sel mati, mengawal pengeluaran minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit.

Facial Gel - Pembersih ini berasaskan ekstrak mentimun dan sesuai untuk kulit radang atau sensitif

Teen Cleanser - Pembersih muka lembut untuk remaja. Ia kaya dengan antioksidan untuk memastikan kulit sentiasa kelihatan remaja.








Beauty Soap
- Sabun buku ini berasaskan kepada kebaikan pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E bagi kulit yang tidak bertenaga atau tanpa aura dan kulit yang berasid.

Licorice Soap - Pembersih sabun buku yang mengandungi ekstrak licorice. Untuk kulit radang dan sensitif atau untuk kulit yang telah menjalani proses pengelupasan teruk.

Lava Soap - Membersih dan membuang sel-sel mati serta memperbaiki tekstur kulit. Menghasilkan kulit yang lebih bersih, halus dan cerah dalam beberapa minggu sahaja. Tidak mengeringkan kulit.

Lagi info tentang Produk Rizreni di sini...

Tuesday, January 4, 2011

Hamba yang Mulia dan Berakal

Sifat2 Hamba yang Mulia

1) Sopan, rendah diri dan tidak sombong.

2) Pada malam hari bertahajud kepada Allah.

3) Takut akan siksa Allah dan selalu berdoa untuk dijauhkan dari siksaanNya.

4) Sederhana dalam membelanjakan hartanya.

5) Bebas dari perbuatan syirik.

6) Bertaubat dan mengerjakan amal soleh.


Ciri2 orang Berakal

1) Mampu mengambil ikhtibar dari umat yang terdahulu.

2) Peka terhadap permasalahan untuk mencari kebenaran.

3) Selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semesta.

4) Mahu menyampaikan dan memberi peringatan kepada manusia dan memberi pelajaran tentang keEsaannya.

5) Menolak keburukan dengan kebaikan.

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru 2011

Bersua kita lagi di tahun baru 2011... panjang jugak umur kita.. hehehe. Seperti semua orang, Yonz pun tak terkecuali ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Semoga di tahun baru ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup ini hendaknya.

Yonz menulis post nie kat tempat kerja, almaklum Yonz kena bekerja tahun baru ini (Public Holiday tue...). Kalau nak di imbas tahun 2010, lebih2 lagi di bulan November dan Disember memang Yonz sibuk sangat. Yonz memang takde masa nak update blog... cuma lebih banyak ber'FB' dan ber'Tweet' sahaja yang mampu. Sebenarnya banyak benda yang berlaku 2 bulan ini, cuma tak berpeluang nak story jer. Kira hujung bulan memang kurang berblogging... :(

InsyaAllah dengan masuknya tahun 2011 ini, Yonz akan lebih kerap update blog... tapi ianya bergantung pada masa la.
Related Posts with Thumbnails