Friday, August 14, 2009

PC Fair (II) 2009








Nampaknya Yonz terlewat nak buat post pasal PC Fair yang baru jer lepas nie... Al-maklum la sibuk dengan projek kerja malam (00:00am to 05:00am) di RapidKL. Hari sabtu malam saja-saja ajak wife pergi KLCC (sebenarnya nak pergi PC Fair)...datang dah lambat. Malam tu Yonz berjaya masuk Hall 4 dan 5 sahaja, lain semua sudah kena tutup. Kalau Hall 4 dan 5 nie faham-faham jer la, macam Low Yatt ver.2... penuh dengan orang ramai. Yonz masuk kejap jer lepas tue cabut sebab ramai sangat... time nak keluar tue lalu salah lorong pulak. Bila masuk jer lorong booth Celcom, Maxis dan P1 tue rasa macam artis pulak... penuh dengan promoter saja.














Esok hari ahad Yonz repeat balik dan datang dalam tengahari sikit lepas makan. Masuk jer 1st Hall dah nampak amoi-amoi cosplay yang cute tue... rupa-rupanya bahagian gamers kat atas pulak kali nie. Apa lagi, Yonz terus keluarkan senjata hikmat (camera la)... Bila masuk Hall untuk lappy, Yonz tak berapa interest sangat sebab dah ada...cuma ambil gambar beberapa booth jer (termasuk promoter la..huhuhu). Sampai kat bahagian Sony, terus pergi ke PSP dan PS3 booth...my fav.!!!. Tengok promoter tue demo PS3 main game Street Fighter memang cun giler tapi fikir balik game dia tiada yang murah (pirate) dan PS3 still belum boleh Hack... So kalau rasa-rasa boleh beli game dengan harga rm200 ke atas, beli la...











Pada Hall yang lain just jalan-jalan jer cuci mata tapi sangkut juga kat booth iPhone. Kali nie Apple keluarkan iPhone version baru iaitu iPhone 3GS bersama plan-plan dari Maxis semestinya... Dapat belek-belek iPhone nie memang best la sampai orang rumah pun suka. Bab nak beli tue kena tunggu masuk Malaysia dulu sebab harganya mahal... pre-oder nie tak main la!







Bila sampai kat Hall 4 dan 5 macam semalam punya hal...penuh betul orang. Wife Yonz berkenan tengok beg lappy untuk netbook dia...memang comel-comel semuanya. Satu booth yang jual skin menarik perhatian sebab ada skin untuk handphone, camera dan PSP. Pilih punya pilih, tiada corak yang berkenan... nanti beli kat website dia baru banyak pilihan. Bila kaki dah start penat dan anak pun dah tidur kat bahu Yonz...cabut balik la jawabnya...Babai PC Fair..








P/s: Perasan tak, PC Fair makin lama makin ramai orang semenjak ia dianjurkan???

No comments:

Related Posts with Thumbnails