Monday, July 6, 2009

Personalized Round Plate

Satu lagi produk dari Akamika, iaitu ... Personalized Round Plate. Produk ini mempunyai dua jenis saiz... iaitu Small dan juga Large... Ia sangat sesuai sebagai cenderahati ataupun sebagai hiasan pada rak di ruang tamu mahu pun di bilik anda..

Code Produk : PSRP Harga : RM 20.00 seunit

Bersaiz 6" inch diameter, dengan design penuh yang di berikan secara percuma dan juga stand bagi pinggan tersebut.


Code Produk : PLRP Harga : RM 30.00 seunit

Pinggan bersaiz besar... dengan diameter seluas 9 "inch . Boleh memuatkan gambar keluarga anda... dan juga gambar pasangan anda... Berikan kelainan pada ruang tamu atau pun bilik anda dengan menempah Personalized Large Round Plate...

Jadi apa tunggu lagi... jika anda suka... buatlah tempahan anda sekarang... Tiada minimum order... anda boleh membuat tempahan walau pun hanya 1 tempahan sahaja...

Langkah Untuk Membuat Tempahan:
1) Pastikan produk yang anda inginkan dengan betul beserta harganya.
2) Catitkan Code Produk. (Cth: PSRP) dan kuantiti yg dikehendaki.
3) Emailkan Gambar beserta Caption (tulisan yg ingin dimasukkan)
4) Emailkan Nama , Alamat lengkap, No Tel/HP anda.
5) Tunggu sehingga HQ Akamika Gift menghubungi anda.
6) Segala pertanyaan atau persoalan terus dari HQ sendiri.

Jika ada yang berminat untuk membuat tempahan bagi produk di atas, anda boleh la menghantar email ke : kartini176@yahoo.co.uk untuk pertanyaan lanjut.

Custom Coffee Mug

Code Produk : CCM Harga : RM 20.00 seunit

Satu lagi produk dari Akamika iaitu Custom Coffee Mug... beserta dengan sudu sekali... Menarikkan? Anda boleh letakkan gambar anda di atas coffee mug ini...

Sesuai untuk majlis hari jadi khas buat anak2 anda... atau pun... sebagai cenderahati untuk pelajar2 sekolah, cenderahati untuk pekerja anda... mahupun untuk mempromosi kan syarikat anda... serta sebarang majlis... Siap dengan kotak.














Tiada minimum order untuk tempahan custom coffee mug ini. Anda boleh membuat tempahan walau pun hanya satu order sahaja... Jadi apa tunggu lagi... tempahlah sekarang...

Langkah Untuk Membuat Tempahan:
1) Pastikan produk yang anda inginkan dengan betul beserta harganya.
2) Catitkan Code Produk. (Cth: CCM) dan kuantiti yg dikehendaki.
3) Emailkan Gambar beserta Caption (tulisan yg ingin dimasukkan)
4) Emailkan Nama , Alamat lengkap, No Tel/HP anda.
5) Tunggu sehingga HQ Akamika Gift menghubungi anda.
6) Segala pertanyaan atau persoalan terus dari HQ sendiri.

Jika ada yang berminat untuk membuat tempahan bagi produk di atas, anda boleh la menghantar email ke : kartini176@yahoo.co.uk untuk pertanyaan lanjut.

Set baru Hitam Putih One Drop Perfumes

Sekali lagi One Drop Perfumes by Egyptian Potion memperkenalkan produk baru, Men Set 3 (Kotak Hitam) dan Women Set 5 (Kotak Putih) pada 26 June baru2 ini. Ia dilancarkan bersama akhbar Kosmo dalam satu acara ekslusif bersama2 lebih dari 50 artis dan selebriti popular tanahair. Antara yang hadir... Siti Sarah, Norynn Aziz, Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tomok dan ramai lagi... siap ada karpet merah tau...
Buat masa nie Yon masih belum oder untuk stok One Drop Perfumes yang baru... kalau nak set yang lama masih ada dalam simpanan Yon. Semakin lama semakin berkembang produk One Drop Perfumes nie... banyak orang di luar sana yang teruja mendapatkan minyak wangi ini bukan sekadar untuk pakai sendiri tapi untuk berniaga pun ada...

So... kalau you all berminat nak oder One Drop Perfumes ini or nak meniaga ker... boleh di bawa berbincang. Ramai dah yang berjaya dan buat duit dengannya termasuk Yon sendiri.

Keterangan Lanjut boleh hubungi :
Nik Faatihah (013-3427053)

Apa yang penting???... kerjasama...x3 (Wonder Pets, hahaha)

Transformers 2 (ROTF) top movie of the year

Hampir lebih kurang 2 minggu filem Transformers ROTF ditayangkan di pawagam seluruh dunia, kini filem ini boleh dinobatkan sebagai 'Filem nombor 1 dunia' kerana hasil kutipan yang menggalakkan.

Total Box Office (dalam Juta USD)

Dari 23 June hingga 05 July

Kutipan dalam US sahaja = $ 292.8
Kutipan Antarabangsa = $ 298.0
Jumlah kutipan 1 Dunia = $ 590.8
(Cuba convert dalam RM...Banyakkan)




Itu baru untuk kutipan filemnya sahaja sudah tak terkira banyaknya. Belum masuk lagi barang2 dan promosi2 yang lain. Barangan seperti permainan toys, t-shirt dan aksesori pun menyumbang kepada filem ini. Kita lihat sendiri station minyak Petronas, KFC, syarikat LG, ToysRus dan banyak lagi... masing2 mempromosikan filem Transformers 2 ini.

Harap2 suatu hari nanti kita dapat buat filem se 'gah' ini. Mungkin kita boleh lihat dan ambil cara2 bagaimana orang di luar sana melakukan promosi bagi produk mereka... (ceh, macam nasihat usahawan internet pulak...)

Oh...ya, nanti yon akan post pasal Toys Transformers yang melambak kat luar sana... banyak yang menarik tau... tunggu...

Wednesday, July 1, 2009

Yon timeline for Transformers 2

Dah tengok belum cerita Transformers yang baru nie???... Belum lagi ke?? Rugi la tak tengok lagi... Tentu wayang penuh memanjang jer... Yon dah tengok masa pembukaan hari pertamanya iaitu 24hb June 2009 di GSC Mid Valley. Jom tengok yon punya timeline hari tue...
Jam 1700 : Yon balik awal keje...bagitau member malas nak OT, ada hal (nak tengok wayang la)

Jam 1755 : Hujan turun dengan lebat kat Ampang area... hati mula risau sebab nak naik motor tue ke Mid Valley...

Jam 1820 : Hujan dah mula slow sikit... tapi kalo redah boleh kuyup... Yon mandi dulu, mana tau lepas nie hujan berhenti...

Jam 1900 : Hujan masih turun tapi dak kurang sikit...ambil keputusan nak redah jer. Pakai baju hujan terus keluar rumah naik motor...

Jam 2000 : Sampai Mid Valley setelah rempuh hujan... ada kemalangan lagi... Jalan jamm lagi... Parking motor pulak tak jumpa. Seluar dan kasut masa tue dah basah kuyup.

Jam 2015 : Masuk Mid Valley dengan kesejukkan... Baju cuma basah sikit jer. Wife call, anak menangis nak ikut (kes mak dia bgtau la tue)...Yon pujuk dia tak nak diam...

Jam 2030 : Pergi daftar diri sebab dapat tiket free (Beli toys kat SOGO)...ada masalah pulak sebab wakil SOGO tak sampai lagi... Orang makin ramai kat pintu masuk wayang...

Jam 2045 : Baru dapat tiket...(Fuh, lega rasanya) Wakil media, LG mobile, Sogo dan banyak lagi wakil yang datang... Orang mula penuh sesak bila tiba2 Optimus Prime dan Bumblebee real keluar untuk sesi bergambar...

Jam 2105 : Orang ramai masih bergambar... Wakil Transformers lari bawa masuk Optimus dan Bumblebee... Peminat still serbu untuk ambil gambar...Macam tengok konsert la pulak...

Jam 2110 : Pihak GSC Mid Valley minta kerjasama orang ramai untuk terus masuk tempat duduk masing2 kerana tayangan akan dimulakan...(1st time nie...tengok wayang kena paksa..hahaha) Optimus dan Bumblebee beredar dari dalam panggung...

Tengok wayang menggigil2 kesejukkan...seluar basah lagi, habis tempat duduk basah semua... Tapi transfomers punya pasal, layan jer...

Jam 2330 : Wayang habis...orang dalam panggung ada yang berdiri tepuk tangan... Yon pun tepuk sekali (ikut2 orang jer..hahaha)... Terus pergi parking cari motor. Masa nak scan tiket parking sensor tak detect pulak tiket tue... 3 ke 4 kali baru boleh... Hampir nak sampai jalan Ampang hujan start balik...Keputusan, terus redah jer...

Jam 0005 : Sampai area rumah...dah tak hujan. Singgah beli burger dulu (lupa plak... tak makan dari petang rupanya). Lepas mandi... makan pastu tido la... Esoknya badan rasa tak sedap... err demam 2 hari dahhh....

Dari timeline yang Yon buat nie you all rasa berbaloi tak apa yang berlaku dari mula sampai habis dengan keinginan nak tengok cerita Transformers nie???... komen...


Monday, June 29, 2009

PSP Go video



PSP Go 2009

Satu lagi Psp versi baru telah muncul dan diumumkan pada E3 2009. Psp kali ini telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan PSP Go. Ia tidak seperti versi psp sebelum ini yang hanya menambahbaik versi sebelumnya... ianya satu psp revolusi yang baru.
Rekabentuk Psp Go tidak lagi di sertakan dengan slot UMD (Universal Media Disc). Saiznya 40% lebih ringan dan 50% lebih kecil dari psp 3000. Psp go menggunakan screen slide-up style bersaiz 3.8 inci (wide screen) untuk paparannya.

Psp go mempunyai 16GB internal flash memory dan menyokong slot memory stick micro (M2) untuk tambahan memori. Buat kali pertama psp memecah sejarah dengan meletakkan integrated bluetooth padanya beserta built-in WIFI pada psp Go. Selepas ini mungkin kita dapat menggunakan peranti2 wireless pada psp go seperti bluetooth headsets dan speaker. Memindahkan data atau media dari handphone kita terus ke psp go sangat mudah tanpa melalui pc.
Game yang telah di umumkan beserta psp go ini seperti Little big planet, Gran Turismo, MGS (Peace walker), SOCOM Fire team bravo3 dan 1st Resident evil game utk pelantar psp akan datang... Game2 lain boleh di download terus dari aplikasi Playstation Store (Wifi) sama juga dengan movie...

Beserta ini Psp Go juga mengumumkan software 'Media go' untuk mengurus kandungan dlm Psp pada pc kita. Software 'Sense me' juga diberitahu dapat memainkan lagu2 dalam psp go mengikut mood yg kita pilih. Psp go ini akan mula di pasarkan pada Oktober 2009... dan mungkin harganya mahal sikit dari psp 3000, lebih2 lagi untuk pasaran malaysia.








Walaubagaimanapun psp go ini masih ada kekurangan yang tidak diketahui seperti ketahanan baterinya dan tentang video output ke TV tidak di umumkan. Screennya juga bukan jenis touchscreen seperti yang diharap2kan penggemar psp. Analog stick dan design button yang agak rapat merisaukan pengguna.

Keluarga PSP

PSP 1000 (Psp Fat)
PSP 2000 (Psp Slim)
PSP 3000 (Screen lebih terang)
Terbaru...PSP Go

**Setakat ini hanya PSP 1000 dan 2000 telah berjaya di Hack... Bermakna PSP 3000 ke atas masih perlu menggunakan CD game dan software ori...sama seperti PS3**