Setelah beberapa tahun LRT yang kini di bawah RapidKL akan membuat sambungan pada LRT Ampang line dan Kelana Jaya line. Sambungan laluan yang dibuat adalah untuk menggalakkan orang awam menggunakan perkhidmatan LRT terutama untuk ke tempat kerja.
Pada ketika dulu timbul pelbagai rungutan bahawa laluan LRT tidak merangkumi kawasan dan tempat2 yang strategik seperti kawasan perumahan. Terdapat banyak pihak telah membuat cadangan laluan jika RapidKL ingin menambah laluan LRT yang baru. Pada hujung tahun 2009, RapidKL telah mengumumkan sambungan laluan yang baru bagi kedua2 LRT iaitu Kelana Jaya dan Ampang line. Sambungan ini adalah cadangan laluan baru yang akan diguna pakai setelah semuanya lulus kelak.
Sambungan pada Kelana Jaya Line Stations
Subang Jaya - USJ - Putra Height
Sambungan pada Ampang Line Stations
Kinrara - Puchong - Putra Height
Subang Jaya - USJ - Putra Height
Sambungan pada Ampang Line Stations
Kinrara - Puchong - Putra Height
Laluan Station Baru
LRT Kelana Jaya lineCadangan sambungan bermula dari station terakhir Kelana Jaya menuju ke Lembah Subang, Kelana Business Centre, melalui Subang, USJ, Alam Megah dan hub terakhir di Putra Heights. Laluan ini merangkumi 13 station baru sepanjang 17km.
LRT Ampang line
Cadangan sambungan bermula dari station Sri Petaling melalui kawasan Puchong, Kinrara dan hub terakhir di Putra Heights (interchange dengan LRT Kelana jaya line) Laluan ini juga merangkumi 13 station baru sepanjang 17.7km.
Ke semua station yang baru ini akan dilengkapi dengan fasiliti seperti lift, escalators, telephone awam, surau and tandas. Kedua2 sambungan station ini di jangka siap pada hujung tahun 2012.
Mari kita ikuti perkembangannya di LRT Extension
No comments:
Post a Comment