Monday, April 26, 2010

Collagen VS kolagen

Sebelum nie Yonz ada buat post pasal produk yang mengandungi collagen di dalamnya. Memang kalau collagen nie, tidak boleh dipisahkan dengan kecantikkan wanita. Sampai yang taksub sanggup suntik collagen untuk tambah cantik tanpa mengira halal dan haram... Mari kita lihat apa itu collagen sebenarnya dengan lebih mendalam.


Definisi Collagen

Collagen adalah salah satu protein yang membentuk tubuh manusia. Ia merupakan lebih kurang 30% dari seluruh protein yang terdapat ditubuh. Ia adalah struktur organik yang menguatkan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Serat collagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Perkataan collagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang bererti bersifat lekat atau menghasilkan pelekat.

Fungsi Collagen

Merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai :

A-Perekat dalam badan.

B-Ia memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu2 lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

C-Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen. Collagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel- sel badan baru.

---------------------------------------------------------------
Apa pula Kelebihan Collagen ?

Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan collagen dalam :

# mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan

# memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.

Bagaimanapun tahukah kita bahawa collagen yang merupakan 1/3 protein yang terdapat dalam badan kita mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat.

Lihat kadar penyusutan di bawah:

Jangkaan kadar kehilangan kolagen

Umur Peratus

25 tahun 1.5%

45 tahun 30%

---------------------------------------------------

Kesan penyusutan kadar Collagen menyebabkan :

a-Kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.

b-Pengurangan Collagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.

c-Collagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.

d-Menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

-------------------------------------------------

Jangan bimbang kerana kesan ini ada penyelesaiannya iaitu melalui Terapi sintesis Collagen. Terapi ini merupakan kaedah penggantian Collagen dengan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi Collagen.

Sudah tentu salah satu alternatifnya dengan menggunakan produk Cocoa Collagen Power Plus yang mengndungi collagen. Ia mampu menggantikan Collagen yang hilang dalam badan, serta merangsang penjanaan Collagen baru. Apa yang penting ianya selamat tanpa sebarang suntikkan dan mempunyai kandungan yang halal.

No comments:

Related Posts with Thumbnails