Sunday, June 27, 2010

Kini iPhone 4 pula

Mungkin telah banyak website yg telah buat review pasal iPhone 4 ini... cuma yonz agak ketinggalan sebab terlalu sibuk dengan kerja. Produk keluaran Apple ini ditayangkan pada 07 June 2010 di WWDC dan bukan bergelar iPhone 4G ataupun iPhone HD tetapi berdiri dengan nama baru iaitu iPhone 4. Steve Jobs (Apple CEO) berkata, iPhone 4 akan mula dijual pada 24 June 2010... Di Malaysia mungkin hujung tahun 2010 ataupun awal tahun 2011.

Design dan Rekabentuk
Mungkin kita sebelum ni dah pun tengok bentuk iphone 4 ini yg lebih kurang sama dengan 'prototype' yg tersebar di internet. Bentuknya juga lebih kurang hp HTC HD2 kalau tak silap yonz la...diliputi dengan screen kaca depan dan belakang hp, stainless steel rim dan butang pada kelilingnya. iPhone 4 juga dikatakan 34% lebih nipis dari iPhone 3Gs.
Hardware dan isiperut
iPhone 4 menggunakan pemprosesan Apple A4 chip (1Ghz) sama seperti yang digunakan di dalam iPad. Ia masih juga mengekalkan storan dalaman 16GB dan 32GB sebagai pilihan. Chip ini merangkumi Cortex A8 sebagai unit pemprosesan utama dan PowerVR SGX535 sebagai bahan grafik. iPhone ini juga dikatakan dapat memproses data dengan lebih cepat dan menjimatkan hayat bateri sebanyak 16% berbanding iPhone 3GS.










Paparan dan Kamera

iPhone 4 ini mempunyai paparan multi-touch 3.5 inch dengan resolusi sebesar 960x640 pixel. Paparan pada iPhone ini juga digelar 'Retina Display' di mana ia lebih terang dan imej lebih tajam 4x lebih baik dari iPhone 3Gs. Hp ini mengunakan sensor kamera yang lebih besar (5 MP) dan didatangkan dengan lampu LED flash. Kali ini iPhone 4 telah memperkenalkan kamera dibahagian depan untuk tujuan video call yang dipanggil 'Face Time'... iPhone ini juga boleh merakamkan video secara HD dan mengambil gambar ditempat yang kurang cahaya dengan bantuan flash.
Software dan Aplikasi

iPhone 4 telah menggunakan software terbaru bergelar iOS 4 di mana hp ini boleh melakukan 'multitasking'. Aplikasi pada menu kini boleh di masukkan ke dalam folder mengikut kesukaan kita. iPhone juga menyediakan aplikasi iBook yang pernah diperkenalkan pada iPad sebelum ini. Banyak lagi pembaharuan yang diperkenal oleh iOS 4 ini... Kalau nak cerita semua payah ler...hahaha.


No comments:

Related Posts with Thumbnails