Monday, August 31, 2009

Line Streamyx perlahan???

Dalam beberapa minggu nie Yonz dapat rasakan line Streamyx dirumah agak perlahan... mana tak nya, slalu tengok Youtube tak payah pause pun sekarang tersekat-sekat pulak. Try pada lappy orang rumah pun sama jugak lambatnya. Ingatkan sebab lappy dah 'berat' sangat dengan file... buang apa-apa yang patut pun sama jugak hasilnya. Baru teringat pasal Streamyx speedometer yang mana boleh check kelajuan internet kita. Bila check jer... terkejut tengok Yonz punya download dan upload result, rendah betul... bayangkan kita punya Package 512kbps sekarang dapat 129kbps jer.Disebabkan Yonz pakai wireless router... suspect ada problem dan try buat direct connect dari modem streamyx terus ke labtop. Try surf internet masih dalam kelajuan yang sama bermakna router Yonz elok la tue. Yonz ambil keputusan terus telefon TM Streamyx untuk keterangan lanjut. Rupa-rupanya memang Streamyx tengah ada problem la...
-------------------------------------------------------------------------------
Salah satu puncanya adalah dengan kedatangan virus baru pada bulan ogos nie iaitu virus 'Conficker worm'. Virus ini sedang merebak pantas melalui network dari PC ke PC tanpa kita sedari. Virus ini mengganggu windows server dan secara tak langsung melambatkan line streamyx itu sendiri... tue yang Yonz faham la...hahaha. Virus ini boleh merebak melalui file sharing dan removed drive seperti pendrive kita. So...update la you all punya antivirus sekerap mungkin...

Info lanjut masalah virus 'Conficker worm'

Satu lagi hal yang penting..kabel TM pun tengah ada masalah. Kabel dasar laut TM di antara China dan Taiwan menghadapi masalah sekali dengan kabel network. Kalau kita surf website yang berpangkalan di luar negara maka kelajuan line Streamyx akan drop... Menurut pihak TM sendiri masalah ini akan selesai pada 10 September 2009.

Info lanjut masalah kabel TM

Harap info nie dapat membantu pengguna Streamyx yang lain... Jangan marah-marah bulan puasa nie. Banyakkan bersabar..huhuhu

P/s: Tengok apa kat internet bulan puasa nie???...

3 comments:

Faz Fazrin said...

sedang bersabar ni,hihihi memang slow,
tq for ur info

Anonymous said...

mengikut operator talian 100, bermula june 2011 bandwith streamyx telah dikawal. Kelajuan 80% dikira ok untuk setiap pakej.Cth: Jika dahulu pakej 1MB boleh cecah speed 1.6MB skrg hanya 800++KB..guna speedemoter avrage 800++KB jee. Mmg tak patut!! tp term & condition depa up to sekian..sekian..sekian.

Ariyon said...

Terima kasih berkenaan info...sekarang sume tgh sibuk dengan UNIFI hehehe

Related Posts with Thumbnails