Wednesday, September 8, 2010

War For Cybertron toys


Sebelum nie Yonz story pasal game Transformers 'War For Cybertron' (WFC) kan... Kali nie Yonz nak story pulak pasal watak dalam game tue... Optimus Prime dan Bumblebee. Dengan adanya kerjasama dari Hasbro, watak dalam game tue telah pun direalisasikan ke dalam bentuk toys. Setakat post ini ditulis telah keluar 4 watak dalam game WFC ini iaitu Optimus Prime, Bumblebee, Megatron dan Soundwave.


























Masa ia mula2 keluar dulu hanya Optimus Prime dan Bumblebee saja. Masa tue Yonz dapat info dari internet ianya bakal mendapat sambutan hangat. Entah macammana suatu hari tue Yonz jalan2 kat KLCC, singgah sekejap kat ToyRus. Kebetulan nampak 2 toys WFC ini dah keluar... apa lagi terus sambar la. Selang seminggu lepas tue rupa2nya WFC toys ini memang macam goreng pisang panas terutama watak Optimus Prime. Boleh dikatakan semua ToyRus sold out malahan kedai2 toys yang masih stok pun terhad... siap jual mahal lagi.

Jom tengok spesifikasinya :

Transformers WFC Optimus Prime

Jenis Model: Transformers Generations (Deluxe class)

Nama: Cybertonian Optimus Prime
Vehile mode: Armored Truck

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Transformers WFC Bumblebee

Jenis Model: Transformers Generations (Deluxe class)

Nama: Cybertonian Bumblebee
Vehile mode: Cybertronian Courier



Hasbro masa tue keluarkan 4 toys dalam ciri Transformers Generations termasuk TF Drift dan TF Thrust. Yonz dah dapat 'lubang' baik untuk jual empat toys ini. Yonz terus beli satu kotak besar dan habis dijual tak sampai 2 minggu... memang dasyat penangannya... hehehe




No comments:

Related Posts with Thumbnails