Blog merupakan laman web yang memudahkan interaksi sepontan. You'll boleh berkongsi minat dan kepakaran melalui blog. Ini secara langsung menjadikan diri kita popular disamping membentuk satu komuniti yang akan memberi peluang perniagaan kepada kita.
Kali nie yon nak review sebuah buku yang semua blogger patut ada, tak kira yang otai blogger ataupun new user. Buku ni bertajuk "Blog, Blogger, Blogging" salah satu buku dari 'siri klik untuk kaya' ciptaan Rosli Jamal.
Buku ini memberi kita panduan dalam membina dan menguruskan blog secara cepat dan berkesan. Pengarang membimbing kita dari yang zero terhadap blog sehingga cara2 membuat duit dengan blog itu sendiri. Apa yang yon suka dengan buku ini, setiap bab di sertakan pautan link2 yang boleh diguna dalam menghasilkan blog. Secara jujur yon katakan, selepas membaca buku nie 2 ke 3 kali, ia menggerakkan yon untuk menghasilkan blog seperti yang ada sekarang nie.
Pelajarilah teknik untuk menjadi blogger yang diminati dan dipercayai. Jadikan komuniti blog sebagai tempat perkongsian maklumat, perasaan, dan wang. Ya! blog boleh menjadi sumber rezeki. Ketahuilah cara menghasilkan pulangan rezeki. Buku ini menyajikan pelbagai panduan untuk membina dan mengurus blog dengan cepat dan berkesan.
Buku ini boleh di dapati di kedai2 buku besar dengan harga Rm 24.00
Beli online, klik di sini untuk bacaan lanjut.
No comments:
Post a Comment