Monday, June 29, 2009

PSP Go 2009

Satu lagi Psp versi baru telah muncul dan diumumkan pada E3 2009. Psp kali ini telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan PSP Go. Ia tidak seperti versi psp sebelum ini yang hanya menambahbaik versi sebelumnya... ianya satu psp revolusi yang baru.
Rekabentuk Psp Go tidak lagi di sertakan dengan slot UMD (Universal Media Disc). Saiznya 40% lebih ringan dan 50% lebih kecil dari psp 3000. Psp go menggunakan screen slide-up style bersaiz 3.8 inci (wide screen) untuk paparannya.

Psp go mempunyai 16GB internal flash memory dan menyokong slot memory stick micro (M2) untuk tambahan memori. Buat kali pertama psp memecah sejarah dengan meletakkan integrated bluetooth padanya beserta built-in WIFI pada psp Go. Selepas ini mungkin kita dapat menggunakan peranti2 wireless pada psp go seperti bluetooth headsets dan speaker. Memindahkan data atau media dari handphone kita terus ke psp go sangat mudah tanpa melalui pc.
Game yang telah di umumkan beserta psp go ini seperti Little big planet, Gran Turismo, MGS (Peace walker), SOCOM Fire team bravo3 dan 1st Resident evil game utk pelantar psp akan datang... Game2 lain boleh di download terus dari aplikasi Playstation Store (Wifi) sama juga dengan movie...

Beserta ini Psp Go juga mengumumkan software 'Media go' untuk mengurus kandungan dlm Psp pada pc kita. Software 'Sense me' juga diberitahu dapat memainkan lagu2 dalam psp go mengikut mood yg kita pilih. Psp go ini akan mula di pasarkan pada Oktober 2009... dan mungkin harganya mahal sikit dari psp 3000, lebih2 lagi untuk pasaran malaysia.








Walaubagaimanapun psp go ini masih ada kekurangan yang tidak diketahui seperti ketahanan baterinya dan tentang video output ke TV tidak di umumkan. Screennya juga bukan jenis touchscreen seperti yang diharap2kan penggemar psp. Analog stick dan design button yang agak rapat merisaukan pengguna.

Keluarga PSP

PSP 1000 (Psp Fat)
PSP 2000 (Psp Slim)
PSP 3000 (Screen lebih terang)
Terbaru...PSP Go

**Setakat ini hanya PSP 1000 dan 2000 telah berjaya di Hack... Bermakna PSP 3000 ke atas masih perlu menggunakan CD game dan software ori...sama seperti PS3**

No comments:

Related Posts with Thumbnails