Saturday, May 29, 2010

1st HobiMax di Malaysia


Kalau nak cerita bab majalah memang la Yonz berhantu terutama tentang gadget. Slalunya Yonz akan beli majalah Stuff Mag Malaysia dan Ering (Bahasa Melayu). Majalah yang yonz jumpa ni lain dari yang lain... ianya pertama di pasaran malaysia dan boleh dikatakan majalah yang ditunggu2 oleh semua pengumpul toys. Majalah yang bergelar HobiMax ini telah berjaya diterbitkan pada Mei 2010 di mana ia berkisar tentang toys dan collector item. Mungkin peminat2 toys terutamanya Gundam fans mengenalpasti majalah ini seperti majalah Hobbykits di jepun dan majalah2 collector toys luar negara.

Setelah yonz baca majalah ini, kira2 hampir 70% isi kandungannya berkisar tentang Gundam family bersempena 30th GUNPLA Anniversary... ianya menceritakan sejarah Gundam yang telah memcecah 30 tahun. Walaupun Yonz adalah peminat toy Transformers, info yang didedahkan tentang Gundam amat menarik perhatian. Majalah ini juga menyediakan info mengenai toys2 yang bakal keluar di pasaran dalam dan luar negara... jadi takde la tertumpu sangat pada Gundam.










Tidak adil bagi Yonz untuk komen lebih banyak memandangkan ianya keluaran yang pertama... masih banyak yang perlu diperbaiki. Apa yang penting kita (peminat toys malaysia) menyokong majalah toys keluaran anak tempatan.

















Kalau Malaysia Boleh... HobiMax juga Boleh...

2 comments:

mastudy said...

saya merupakan peminat mungumpul toys terutama gundam... mcm mana saya nak dapatkan keluaran majalah hobimax dari awal samapai skang...untuk makluman saya telah membeli majalah hobimax bulan oktober..

ariyon176 said...

Rasanya setiap keluaran ada alamat pengedar majalah ini.. Rasanya HobiMax belum buat sesi langganan untuk keluaran yang tertinggal. Cuma alamat pengedar ini saja caranya untuk berhubung dengan mereka...

Related Posts with Thumbnails