Wednesday, December 3, 2008

iPhone tinggal kenangan


Bagi yang berminat tentang telefon canggih...iPhone tentu salah satu nama yang u'll tahu. Masa tahun 2007 iPhone memang hangat dikatakan di mana2 dan bagai impian jadi kenyataan bila di M'sia ada jual iPhone 'JailBreaker' ataupun 'Unlocked phone' awal tahun 2008 memandangkan iPhone belum rasmi dipasaran M'sia. Akhirnya yon ambil langkah drastik untuk sambar iPhone nie dengan trade-in Nokia N73 plus zressss kad kredit untuk dapatkan iPhone yang masa tu berharga +/-RM1899. Selepas seminggu baru yon dapat iPhone nie ditangan...memang teruja sangat. Pagi, petang sampai malam dok tekan2 iPhone, almaklum 1st time pakai full touchscreen phone.

Apa yang menarik tentang iPhone nie adalah User Interface (UI) dan cara ia berinteraksi dengan touchscreennya. Menu aplikasinya sangat menarik dan mudah digunakan. Masa melihat gambar yang paling menarik...hanya perlu layangkan jari untuk bertukar gambar juga untuk zoom. Sama juga untuk melihat senarai no. telefon. Yon suka menggunakan iPhone untuk mendengar muzik...sama seperti 'Mp3 Ipod', kualiti muzik dan video (Mp4) yang amat bagus. Untuk melayari internet (Safari) dan aplikasi2 seperti Weather dan Maps yon telah bersedia dengan Celcom Broadband (Unlimited Plan) untuk penghantaran data pantas.

Tapi setelah 2 minggu menggunakan dan mengkaji setiap fungsi dari iPhone, yon mula sedar yang iPhone yang hebat ini banyak kekurangan (menyesal la tu). Fungsi2 standard telefon biasa tidak dapat dilakukan oleh iPhone ini. Gambar yang diambil oleh camera 2mp tanpa flash / zoom ini tidak boleh dihantar terus melalui bluetooth, termasuk lagu dan data. Fungsi bluetoothnya hanya untuk alatan handsfree dari Apple sahaja!..Oh ya, iPhone ini juga tidak boleh membuat rakaman video walaupun mempunyai kamera??...heran tak. Fungsi MMS takde dan SMS yang ada tidak boleh di Copy atau Forward!...makin marah yon dibuatnya bila membuat atau menerima panggilan...suara pemanggil sangat perlahan. Bila yon tanya balik Tokey kedai Handphone tu dia cakap selamba jer "Biasala kawan...ni fon unlocked punya memang ada problem sikit..." Aisk, mana yon beli dulu takde plak cakap macam ni...So, Yon jadi Pomen iPhone try buka dalamnya...satu lagi kejutan!. iPhone yang canggih nie 'Built-in Battery', bermakna kalau bateri dah 'kong'...sekali dengan iPhone kena tukar jawabnya.

Menyesal memang tak boleh digambarkan...orang rumah pun dah start bising. Rasa nak hempas jer iPhone nie. Canggih satu bahagian jer...bahagian yang asas pun fail. Akhirnya yon ambil keputusan dengan trade-in iPhone ni dengan Nokia N81 dan rugi dalam +/- rm700.

Moral yang Yon dapat...jangan beli Handphone yang belum rasmi di pasaran M'sia...Dan jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan Handphone yang baru keluar...Tunggu orang dah ramai pakai dan dengar komen2 semua orang.

5 comments:

Anonymous said...

itu ke gambar iphone yg yon nak hempas tu?? huhuhu.. tu belum hempas lagi tu.. baru rase nak hempas dah hancor mcm tu.. kalo hempas?? hmmm.. hahahaha =P salam kenal yon..

Ariyon said...

Bukan nya emosi..cuma duit habis punya pasal jer..hahaha

siputturbo said...

bro,fungsi2 iphone yg bro cakap takde tu sebenarnye ade. donlot je application dan pakai.

os 3.0 nanti akan ade sume features tu.

btw, iphone ni mmg built in batteri, tapi setahu saya, bateri die ble tukar, tak perlu tukar satu iphone. macam jugak tukar bateri ipod touch.

salam kenal =D

Ariyon said...

to siputturbo...

sekarang tak tau la..maybe ada 3rd party apps yg boleh buat sume benda tu..lagi pun iphone dah rasmi masuk M'sia melalui maxis..But still..iphone 3G but cannot video call???...

siputturbo said...

Haha. Itu mmg betul. Xde video call,sucks! Tgk kat blog saya,comparison between batu zman dinosaur dulu dgn iphone 3g. Haha

Related Posts with Thumbnails