Perasan tak kalau kita terlalu lama melihat screen komputer, mata kita akan menjadi kurang selesa, sakit dan pedih. Ini berlaku kerana mata kita menjadi lesu akibat kurang berkelip semasa mengadap komputer termasuk la bermain game seperti PS2 atau PS3. Mata kita sentiasa memandang objek pada screen tanpa berkelip dan kita tak pun menyedarinya.
Kali nie Yonz nak kongsi satu gadget ciptaan Matsunaga di jepun. Gadget ini dikatakan mampu untuk membantu anda berjaga...hahaha. Gadget nie telah berada di pasaran jepun agak lama dan mungkin anda pernah melihatnya di mana2 website.
Apa yang perlu anda lakukan, pakai cermin USB Wink ini pada kacamata anda untuk memantau berapa kali mata kita berkelip. Jika mata kita tidak berkelip agak lama, cermin USB Wink ini akan menjadi kabur dan memaksa mata kita berkelip untuk menghilangkan kabur itu.
Idea yang simple tetapi berkesan untuk memastikan mata kita sentiasa segar terutama orang yang bekerja menghadap komputer berjam2.
P/s: Bagaimana pula dengan org yang tak pakai kata mata???...emmm
No comments:
Post a Comment