Friday, December 3, 2010

KLIMS 2010 kini tiba

Akhirnya Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 pun menjelma. Sebenarnya kalau yang selalu layan KLIMS nie sudah 4 tahun menanti kehadirannya. Yonz pun salah seorang yang mengikuti KLIMS nie dari 2003 lagi. KLIMS yang selalunya dibuat dekat PWTC setiap 3 tahun sekali... 2003 ke 2006 dan sepatutnya 2009 (tahun lepas), tapi disebabkan kegawatan ekonomi (dibaca: tak cukup badjet) maka ia ditunda ke tahun 2010 kini. Dan kalau anda terlepas tarikh 3hb hingga 12hb Disember 2010 ini maka anda kena tunggu KLIMS lagi 3 tahun... huhuhu.

Banyak sebenarnya yang agak keliru antara 'motorshow' dengan 'autoshow'... Bila datang jer KLIMS nie, mereka bertanya mana kereta yg 'bikin' punya. KLIMS nie banyak mempamerkan teknologi permotoran dan jentera, bukannya mendorong kepada ubahsuai yang extreme. Di KLIMS anda akan dapat tengok kenderaan keluaran terkini, malahan ada juga kenderaan konsep yang dipamerkan. Pendek kata semua berkait rapat dengan teknologi permotoran dan jentera.


KLIMS10 ini terdapat sedikit kelainan bagi Yonz sendiri kerana kali ini penganjur KLIMS mempersembahkan 2 perkara menarik. Menurut info dari KLIMS10, ia akan mempersembahkan replika Transformers Bumblebee seperti dalam movie dan juga watak Batman beserta Batmobile dalam filem popular 'Dark Knight'. Maka dengan 2 tarikan baru ini makin ramai la orang pergi ke KLIMS di PWTC nie. Jangan lupa kamera anda ye... mana la tahu dapat bergambar dengan Batman ke... hehehe.



Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS10)
Tarikh : 3hb hingga 12hb Disember 2010
Masa : 10am hingga 10pm
Tempat : PWTC
Tiket : Dewasa RM15 (Weekdays) / RM20 (Weekends)
Kanak-Kanak RM5

Inginkan info lanjut... Klik website KLIMS10

No comments:

Related Posts with Thumbnails