Saturday, December 20, 2008

2nd day @ PC Fair

Hari Sabtu dah selesai...so, yon pergi 2nd day PC Fair sendiri memandangkan hari ahad nie last day...tentu banyak offer. Mula2 memang nak pergi dengan member tapi last minit dia ada hal pulak...ceh. Yon pergi naik LRT jer tapi kena bertukar 2 LRT la nak ke KLCC sebab yon dari Ampang.















Bila dah sebut 'last day' tentu la lagi ramai orang datang...sesak betul. Tapi sebab pergi sendiri senang sikit nak lari2...'line pun clear'...huhuhu. Kali nie baru yon boleh lepak kat booth PC Fair lama sikit siap ambil gambar lagi (macam reporter la). Amoi2 promoter kali nie pun boleh tahan juga...ramai la ter'stop' kejap nak tengok promoter2 tue. Dah terlanjur yon ambil gambar tue...awek promoter yang cute dan sexy pun kena ambil juga ye tak?...hahaha.















Wife yon pesan suruh tengokkan labtop skin dan labtop fan katanya. Bila check lebih dari 5 booth jual labtop skin...pening nak pilih. Sudah2nya yon ambil labtop skin keluaran VEGE sebab keluaran M'sia...water proof dan sratchless. Labtop skin VEGE nie memang banyak pilihan...tapi yon ambil 2 sahaja. Labtop fan senang jer nak sambar...murah pun.

Pastu ingat nak sambar beg labtop plak...ada 4 booth yang yon dah pilih. Apa yang lawaknya bila dah tawar2, time nak bayar dia kata kena bayar tunai pulak...terus tak jadi...marah betul amoi promoter tu. Bila dah lama kat situ kaki pulak rasa sakit sebab berdiri lama punya pasal. Tengok jam dah malam, so terpaksa tinggalkan PC Fair buat kali ini...kita jumpa tahun depan pulak ye.

No comments:

Related Posts with Thumbnails