Thursday, February 25, 2010

Pening naik LRT???...

Selalu sangat Yonz dengar orang mengeluh bila naik LRT Ampang Line area Yonz bekerja. Kalau nak layan satu persatu aduan memang payah la...tapi itu bukan kerja Yonz untuk puaskan hati semua pihak. Salah satu dari rungutan adalah salah naik tren atau salah turun station. Ini berlaku kerana RapidKL Ampang line mempunyai 2 laluan destinasi berbeza iaitu Terminal Ampang dan Sri Petaling. Maksud Yonz di sini, kalau kita tengok RapidKL Kelana Jaya Line laluan destinasi hanya 1 laluan pergi dan balik... berbanding dengan Ampang Line mempunyai 2 laluan berbeza dari KL. Apa yang penting di sini bukan laluannya tapi cara kita melihat destinasi itu sendiri.

Apa yang kita kena 'pegang' betul2 adalah di mana tren itu bertukar... jawapannya ada di station Chan Sow Lin. Di Station inilah tren Ampang line akan menuju ke dua arah berbeza. Setiap kali sampai di Chan Sow Lin pemandu tren akan memberitahu laluan tren tersebut (bagi yang dalam tren), Setiap kepala tren juga ada menunjukkan destinasi tren.. kalau kita nak ke area Ampang, naik la tren Ampang... kalau nak ke arah laluan Bukit Jalil or Sri Petaling, naik la tren Sri Petaling. Di setiap station juga ada papan tanda jenis 'scrolling' memberitahu tren yang bakal tiba itu nak ke mana destinasinya. Pendek kata tiada sebab untuk tersalah naik tren kecuali kita jenis cuai...

Kenapa boleh salah laluan???...kalau tanya Yonz, jawapannya sikap.

"Eh, kenapa pulak sikap bukannya sistem itu sendiri yang pening...naik tren kena tukar sana...tukar sini"

Mari kita lihat kebenarannya...

- Kebanyakkan penumpang tak pasti ke mana destinasi yg nak di tuju, lebih parah jika tak nak tengok papan tanda yang di sediakan.

"nak turun mana erk???..sini boleh kot..turun jer la..semua orang turun"

- Masuk tren tergesa2 tanpa melihat destinasi tren tersebut.

Ini selalu jadi masa 'peak hour' pergi dan balik kerja... tengah beli tiket, tetiba tren sampai... apa lagi terus berlari masuk... takut tertinggal tren konon... sudah2 awak yang sesat sebab salah destinasi...huhuhu

- Tidak mahu bertanya (di baca: spesis berlagak)

yang jenis ni dia terpandang sana... terpandang sini... papan tanda tak nak tengok, orang tak nak tanya... dari Ampang nak pergi Bukit Jalil... dah terlajak sampai Sentul Timur... siapa yang susah???.

-Tak ambil endah pengumuman pemandu tren

Masuk2 tren dah berborak... nak turun Tasik Selatan, tak sedar dah naik tren Ampang... bila sampai Chan Sow Lin... pengumuman dah bgtau:

"tren ini menuju ke Ampang, untuk ke Sri Petaling... Sila turun di sini dan tunggu tren Sri Petaling di platform 2A"

awak dok pot..pet..pot..pet (di baca: mengumpat), sedar2 dah sampai Maluri... baru kelam kabut...

Betul tak Yonz cakap sikap... papan tanda dah ada... "scrolling infomation" dah ada... pengumuman dah ada... so macam mana boleh silap lagi... pada hal hari2 naik tue... hahahaha. Bayangkan pelancong luar (di baca: mat saleh) yang 1st time naik Lrt pun tak pernah silap destinasi... buat malu jer...

Nasihat Yonz lepas2 nie pastikan destinasi kita dengan betul dan jelas... baru tren tersebut... okies

No comments:

Related Posts with Thumbnails