Saturday, March 28, 2009

My Nokia 5800xm screenshot

Post sebelum nie Yon ada bgtau pasal Screensnap yang Yon download pada hp 5800xm. So kali nie Yon akan paparkan screenshot yang Yon ambil sendiri. Setelah mencuba beberapa kali Screensnap nie tak boleh ambil screenshot dalam keadaan 'Lanscape mode'...tak tau pasal apa???

Home Screen Theme

Nokia 5800xm nie mempunyai 3 jenis home screen di mana 2 theme adalah sama seperti hp nokia model2 sebelumnya iaitu basic home dan shortcut bar. Cuma pada hp nie Nokia memperkenalkan Contacts Bar di mana ia memaparkan contact sebagai shortcut di home screen. Dengan adanya Contact bar ini Yon boleh buat panggilan, check sms in/out dan web feeds hanya di home screen.

Menu and Application

Nokia 5800xm ini mempunyai icon menu yang cantik dan terang (pada mata Yon la). Setiap menu dan applikasi di susun dengan menarik bagi sebuah hp yang mempunyai paparan yang luas. Terutama menu gambar dan video yang dipaparkan secara thumbnails.
Bagi menu2 yang lain kebanyakan sama dengan hp nokia model2 sebelumnya cuma di upgradekan untuk kesesuaian touchscreen phone. Memang rasa puas bila belek hp nie sorang2.. semua Yon nak set kan, dari contact picture, memo di calendar sampai ke album art bagi lagu2 dalam music library.

Bab gps maps pulak seronok buat location tags... tentunya rumah Yon sendiri. Boleh cam ker kat mana Yon tinggal...hahaha. Jangan serang rumah kita sudah la...Oh ya sebelum terlupa... hp ini juga boleh dipaparkan secara landscape apabila anda buat rotate screen. Apa yang penting semua menu boleh di sentuh dengan tangan Yon sendiri...love touch screen.

No comments:

Related Posts with Thumbnails