Monday, March 2, 2009

Buku Terapi Perkahwinan

Baca betul2...Terapi Perkahwinan, so takde kena mengena dgn aroma terapi ke...spa ke. Buku ni di klasifikasikan sebagai 18sx (Remaja suka betul dengar nie) kerana bahan2 di dalamnya khas untuk org yang berkahwin...paling tak pun yg nak kahwin dah...huhuhu. Yon terpanggil untuk review buku nie sebab terlalu banyak sangat penceraian akhir2 nie terutama golongan Artis kita...nie semua memberi contoh buruk pada masyarakat seolah2 perkahwinan ni benda main2...Apa kata kita sama2 perbaiki masalah rumahtangga kita dan memiliki sebuah buku yg tak kurang hebatnya.

Terapi perkahwinan ini memuatkan kompilasi soal jawab yang bertujuan memberi panduan kepada pasangan yang mempunyai masalah dalam hubungan suami isteri. Soalan-soalan dan masalah yang terpilih ini telah dipaparkan dalam Majalah Seri Dewi, Keluarga dan Pa&Ma terbitan kumpulan Karangkraf dan dijawab oleh pakar perbidanan terkenal, Dr. Ismail Tambi sendiri. Ia merangkumi soalan2 masalah fizikal dan rohani yang disusun dengan baik sekali. Bagi Yon buku nie boleh di jadikan sebagai rujukan berguna dlm mengharungi kehidupan suami isteri.

Apa yg menariknya Dr. Ismail kita tidak lokek dengan tips2 perkahwinan serta motivasi yang diberikan amat berkesan. (Nak tahu beli dan baca...baru anda faham) Banyak info2 yang diselitkan di dalam buku ini bagi melengkapi hidup berumahtangga. Tak rugi anda keluarkan RM 15.50 untuk buku yang hebat ini (psstt...18sx tue)

Beli Online?? Masuk laman web Buku Prima

P/s: Bagi yang belum kahwin tue...kumpul duit cepat2...jangan tunggu lama2



No comments:

Related Posts with Thumbnails