Saturday, June 20, 2009

New Nokia 5530 Xpress Music

Belum puas Yon guna Hp Nokia 5800xm... kini telah di umumkan pula satu lagi Nokia full touchscreen yang baru. Nokia 5530 Xpress Music ini adalah idea dari Nokia 5800xm itu sendiri tapi dalam versi baru yang dijangka lebih murah.

Ia masih menggunakan OS S60 v5 tetapi memperkenalkan Home Screen Style yang baru. Contact Bar yang baru ini boleh di 'Scroll' sehingga 20 orang (shortcut) pada Home Screen berbanding Nokia 5800xm hanya 4 orang sahaja. Kini pada Homescreen juga telah ditambah dengan shortcuts yang lebih segar dan popular seperti Facebook atau Myspace.

Setelah diteliti dari info2 di internet memang banyak juga perbezaan Nokia 5530xm nie dengan Nokia 5800xm. Ada yang ok... ada yang sama dengan Nokia 5800xm.

  • Touchscreen yang lebih kecil (2.9 inci) dan Hp yang lebih ringan.
  • Hp tanpa 3G (Video call tak boleh la)...
  • Untuk internet bergantung pada EDGE dan WIFI.
  • Tanpa built-in GPS. So Nokia maps...Garmin...Bye2.
  • Memory card yang diberi hanya 4GB sahaja.

Bagi Yon Hp ini sesuai bagi 'Basic User' yang inginkan touchscreen dari Nokia, so sama2 kita tunggu ia sampai di Malaysia. Apa yang penting...tentu harganya...




1 comment:

Faz Fazrin said...

wah, ini baru best, hp skrg ni tak larat nak ikut, cepat betul berkembang

Related Posts with Thumbnails