Monday, July 6, 2009

Transformers 2 (ROTF) top movie of the year

Hampir lebih kurang 2 minggu filem Transformers ROTF ditayangkan di pawagam seluruh dunia, kini filem ini boleh dinobatkan sebagai 'Filem nombor 1 dunia' kerana hasil kutipan yang menggalakkan.

Total Box Office (dalam Juta USD)

Dari 23 June hingga 05 July

Kutipan dalam US sahaja = $ 292.8
Kutipan Antarabangsa = $ 298.0
Jumlah kutipan 1 Dunia = $ 590.8
(Cuba convert dalam RM...Banyakkan)




Itu baru untuk kutipan filemnya sahaja sudah tak terkira banyaknya. Belum masuk lagi barang2 dan promosi2 yang lain. Barangan seperti permainan toys, t-shirt dan aksesori pun menyumbang kepada filem ini. Kita lihat sendiri station minyak Petronas, KFC, syarikat LG, ToysRus dan banyak lagi... masing2 mempromosikan filem Transformers 2 ini.

Harap2 suatu hari nanti kita dapat buat filem se 'gah' ini. Mungkin kita boleh lihat dan ambil cara2 bagaimana orang di luar sana melakukan promosi bagi produk mereka... (ceh, macam nasihat usahawan internet pulak...)

Oh...ya, nanti yon akan post pasal Toys Transformers yang melambak kat luar sana... banyak yang menarik tau... tunggu...

No comments:

Related Posts with Thumbnails