Friday, October 16, 2009

Komik Kartini Kembali

Bagi peminat fanatik karya Tembakau, Kartini... kini sambungannya telah muncul semua dengan tajuk 'Kartini Kembali' keluaran PTS Millennia Sdn. Bhd... Dapatkan di pasaran sebelum kehabisan.

Sinopsis dari Tembakau...

Kartini Kembali menceritakan dua perbezaan. Bahagian pertamanya adalah sebahagian (akan datang lagi) daripada kehidupan aku sekitar 1998. Ia adalah zaman perubahan aku dari seorang remaja yang mencari arah kepada seorang dewasa yang masih mencari arah. Apa yang banyak dilakukan adalah untuk mempersoalkan, ?Adakah apa yang aku buat dulu menghasilkan apa yang terjadi padaku sekarang?? Dalam erti kata lain ia satu tempoh hidup yang sentimental dan nostalgik.
Bahagian kedua, 1986, aku form 2. Muzik rock menguasai jiwa pada masa itu. Kami memberontak untuk sesuatu yang tidak pasti apa. Kami marah kepada apa sahaja. Di situ juga bermula minat dan matlamat. Dan apa yang diperlukan pada masa itu adalah pembakar semangat.

Cerita Kartini bermula pada tahun 1987. Aku form 3, dia form 1. Ia adalah rasa cinta budak-budak yang hanya nak bercinta atas sebab... tak tahulah. Kawan-kawan lain ada girlfren, takkan aku tak ada kot? Dalam usaha memenangi hati, aku mula melukis sebuah cerita jujur tentang apa yang aku rasa dan ....... bersamanya.

Kebetulan pada masa itu ada seorang guru yang mengajar serba sedikit tentang lukisan (kami sekolah agama dan mata pelajaran lukisan tidak diajar) dan dapatlah aku mengasah naluri seni aku. Jadi, ketika aku berpeluang berkartun dan berkarya, satu-satunya idea yang meluap-luap minta dihasilkan adalah cerita Kartini itu. Ah, kebetulan juga pada masa itu kefahaman tentang cinta semakin luas. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk meluahkan apa yang aku rasa terhadap Kartini...

Rupa-rupanya Kartini hanyalah sebuah nilai untuk aku mencari cinta. Bahkan aku sedar dari ilusi dan anganan yang realiti itu lebih indah jika kita sentiasa bertanyakan soalan yang betul dan menghargai apa yang dianugerahkan. Terus-terusanlah berharap akan kebaikan dan ikhlas itu adalah kunci kehidupan.


Kartini hanyalah nama. Kartini hanyalah simbol. Kartini menjadi satu batu tanda untuk aku memperoleh apa jua kebaikan hidup yang ditawarkan untuk aku. Ia juga ada pengukur jarak tentang apa yang telah dan belum aku lakukan. Ia mengajar aku mencari erti cinta; dan tiada cinta itu tiada batas, ukuran dan bentuk.


Ia adalah satu rasa; seperti manisnya gula dan masinnya garam. Ia memberi satu ikatan langsung dengan Tuhan. Kita boleh merasakan ketakjuban dan hidup terawang-awangan memuji sang kekasih.

Berminat nak beli???.... Klik di sini

5 comments:

SUXX said...

mana nak dapat buku ni?
gua kipas susah mati tembakau ni.

'Kejatuhan macamana lagi yang korang harapkan"

dialog dlm cerita Kartini yg akan aku ingat smp bila2.haha

Ariyon said...

Boleh beli kt link yg yon bg tue..kalau stok ada lagi..nak cari kt kedai2 mmg susah..happy searching

CintaZulaikha said...

haduhhh, ceta kartini nih mmg terbaekkk lah..mmg sush nak dpt buku dy...camno nak dptkan nih...link mana plak nak terjah..

Ariyon said...

Memang susah nak carik sekarang nie... dah kira 'rare' jugak buku nie... emmm

Unknown said...

memang nostalgia sungguh KARTINI ni..siap beli T-shirt lg dulu

"Tapi apa yang kita paling nak itulah yang takkan dapat"

Related Posts with Thumbnails