Friday, October 16, 2009

Pencipta Kartini dan Ariyon???

Mungin ada antara semua yang tahu tentang kartun Malaysia Kartini dan Ariyon. Siapakah sebenarnya kartunis yang menghasilkan idea kartun di atas...??? siapa lagi kalau bukan kartunis terkenal Azhar Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tembakau. Kita dah tahu karyanya bukan... Kali nie Yonz nak cerita serba sedikit tentang Tembakau.

Beliau dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Ogos 1972...(Masa tue kita pun belum lahir) Tembakau memulakan kerjanya yang terawal sebagai storyboard bagi animasi bersiri pertama di Malaysia iaitu Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Beliau juga terkenal dengan kartun lerai Love Story (kisah couple Yon dan Kartini) yang mendapat sambutan ketika itu. Sejak itu, secara tidak langsung ‘Kartini’ telah melonjakkan nama Tembakau di mana beliau kemudiannya telah menghasilkan Koleksi pertamanya iaitu ‘Kartini’ terbitan Multi Triple Vision Sdn Bhd.

Sejak Yonz baca buku ini lah maka terus berminat dengan watak Asri atau Ariyon. Karya 'Kartini' ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada peminat kartun tanahair. Maka dengan itu terbitlah pula animasi 'Kartini' iaitu adaptasi daripada koleksi ‘kartini’ karya Tembakau. Sekarang memang susah nak dapatkan VCD ini, kira rare item...

Setelah sekian lama menyepi …Kartunis Tembakau tiba-tiba muncul dengan komik ‘Kartini Kembali’ terbitan PTS Milennia Sdn Bhd yang merupakan kesinambungan daripada koleksi pertamanya dulu. Adakah kisah ini telah berkesudahan….? Tiada siapa dapat menjangkakannya….berdasarkan pengamatan Yonz dalam karya kartini ini, pasti ada sambunganya lagi, sebab 'Kartini' seolah-olah tiada mempunyai noktah…jawapannya ada pada
kartunis Tembakau sendiri.

2 comments:

aBaRd said...

assalamualaikum,

saudara tahu x macam mana boleh saya dapatkan KOLEKSI PERTAMA, VCD, & KARTINI KEMBALI?

saya dah cuba cari di sekitar kuantan ni, tapi xde satu kedai pun yang tahu atau ada stok koleksi nie..

terima kasih.

Ariyon said...

wsalam...

Koleksi majalah tue boleh boleh dapatkan secara online.

Kartini http://tinyurl.com/6cs9z7c
Kartini Kembali
http://tinyurl.com/65llu9w

VCD tue mmg susah nk carik..dah rare item kiranya..saya sendiri tiada VCD tue...hehehe

Related Posts with Thumbnails