Tuesday, February 16, 2010

Akhirnya lepas post ke 100...

Alhamdulilallah... pada malam Rabu nih telah lepas juga Yonz punya blogspot ni dengan 100 post. Walaupun bagi orang lain ianya macam takde apa... tapi bagi Yonz ianya amat bermakna. So Yonz hadiahkan diri ini dengan se'mug' Vanila Coke, takkan nak pergi pub kot. Banyak suka duka yang Yonz sendiri lalui dalam menyiapkan setiap post pada blog nih. Apa yang pasti blog ini bukan tertumpu pada Gadget semata2, ianya lebih dari itu... try check pada Blog Kategori. Mungkin kalau Yonz kuat semangat dan masih ada 'masa' lagi, kategori2 ini akan bertambah dari masa ke semasa.

Ingat masa nak mula2 dulu buat blog... blank jer rasa sebab tak tahu nak tulis apa. Kini banyak benda yang nak ditulis tapi masa pulak tak mencukupi. Buat masa ni Yonz tak terfikir lagi nak tukar background sebab dah selesa dengannya, lagi pun kalau tukar buat pening2 kepala jer edit html la.. code la.. malas nak fikir benda2 tue semua. Kalau anda tanya pernah ke blog nie datangkan duit???...memang ada tapi tak lah sampai jadi kaya disebabkan blog.

Tujuan asal Yonz buat blog ni adalah untuk berkongsi cerita tapi bukannya macam blog peribadi yang cerita dari A to Z macam 'digital diary' tue. Berkongsi minat Yonz berkenaan gadget, PC world, Hanphone... apa saja berkaitan dengan Teknologi. Di samping tue nak la jugak buat duit dengan blog macam orang2 lain, tapi tak la ke arah terlalu nak cari duit sangat... Ala kadar jer bagi semua post2... janji ada maklumat yang di sampaikan. Kepada yang sudi 'Follow' blogspot yang tak seberapa ni Yonz ucapkan terima kasih kepada semua... tak lupa juga teman2 di luar blog yang rajin beri pendapat... TQ guy's... Harap lepas2 nie blog ni akan terus bertahan hingga post yang ke 200...

Doa2 kan saya ye... Bye's...

From me: Ariyon176

No comments:

Related Posts with Thumbnails