Tuesday, June 22, 2010

Baju Cap Ayam


Sebut pasal 'Cap Ayam'... apa yg anda dapat bayangkan???. Sesuatu yg murah, cetak rompak atau pun 'low quality'. Bagaimana pula dengan Baju Cap Ayam???... mungkin ramai yang pernah dengar, lebih2 lagi yg selalu ronda pasar malam Jalan TAR, KL. Yonz adalah salah seorang peminat t-shirt Cap Ayam kerana ia mempunyai banyak design yang unik. Apa yang penting t-shirt Cap Ayam ini dijual dengan harga yang murah, sesuai dengan kualitinya.

Bila Yonz try search pasal t-shirt Cap Ayam di internet, tanya member2 terdekat banyak yang buat komen2 negatif seperti :-

"kainnya nipis sangatlah...kualiti macam
seluar dalam perempuan jer"
...
"kainnya panas, kalau pakai boleh gatal"...

Ini semua komen jenis kutuk habis dan komen2 orang yang biasa pakai baju POLO atau ED Hardy (org kaya yang sombong ler..apa lagi).
















Kadang2 kita terlepas pandang dengan membezakan buah rambutan dengan buah anggur. Dengan harga yang berpatutan (bawah RM20), setanding la dengan kualiti t-shirtnya. Mana kita nak cari t-shirt yang murah dengan design2 yang menarik dan unik.

Tepuk dada tanya selera... kalau anda memang dah biasa dengan t-shirt2 mahal maka t-shirt Cap Ayam bukan untuk anda. Mungkin juga ia sesuai untuk golongan sederhana dan bawahan kalau itu yang anda fikirkan. Bagi Yonz ia sesuai dengan jiwa santai ini... hahaha

2 comments:

LanaBusyBee said...

eeee lana suka tau baju cap ayam nih..retu jalan2 kt melaka, ada orang jual tshirt melaka...design cantik2 gak, santai ja, sekali kt jenama dia tulis baju cap ayam, xdak hal la, harga rm10, tapi memang selesa ^^

Rain said...

kat mana dijual di melaka tu lana? ingat nak beli...

Related Posts with Thumbnails