
Kita tentu sudah sedia maklum dengan kehebatan handphone yang bergelar
iPhone4 ini. Hampir semua media cetak dan elektronik 'seronok' memperkatakannya. Kalau tengok video2 promo
iPhone4 memang nampak gah semuanya... Anda mungkin tak sedar, itulah propaganda Amerika tentang barang keluaran mereka (
Apple). Mereka akan memperkatakan bahawa barangan mereka yang terbaik... malahan hampir sempurna (itu yang mereka hendak anda percaya). Tetapi sebenarnya banyak benda2 yang meragukan disebalik
iPhone4 ini. Mungkin Yonz tak dapat menyenaraikan semua... tapi cukup la sebagai panduan. Sebelum itu ingin Yonz katakan di sini... bukannya Yonz ni fanatik
Nokia atau
Symbian, cuma Yonz suka melihat apa yang handphone
iphone4 nie boleh beri pada kita... kan kita beli mahal, biarlah berbaloi.


iPhone4 ini telah mencapai
5 Megapixel untuk kameranya dan disokong pula oleh LED Flash, berbanding sebelumnya tanpa flash. Disaat iPhone melancarkan kamera
5MP, jenama lain telah pergi jauh ke
8MP hingga
12MP, malahan handphone2 tersebut telah dilengkapi dengan
Xenon Flash menggantikan LED Flash... Ternyata di sini
iPhone4 jelas ketinggalan. Gambar atau video yang dirakam menggunakan
iPhone4 ini boleh di edit terus di dalam handphone menggunakan software bergelar
'iMovie'. Software ini boleh melakukan proses edit, sunting dan tambah efek... serta banyak lagi fungsi dengan mengenakan
Bayaran... bukannya percuma. Ia juga boleh dianggap sebagai aplikasi optional untuk anda...

Satu benda yang cukup2 dibanggakan oleh
iPhone4 ini ialah panggilan video atau lebih dikenali sebagai '
Face Time' menggunakan kamera depan. Fungsi ini tak pernah wujud dalam iPhone sebelumnya menjadikan
iPhone4 ini adalah yang terhebat. Tapi sedarkah anda semua yang 'video calling' (
Face time) ini hanya untuk
iPhone4 ke
iPhone4 sahaja... bukannya
iPhone4 ke
Nokia atau pun
Sony Ericsson. Ia juga berfungsi hanya menggunakan
Wifi dan bukannya bertindak melalui kad sim
3G anda. Bermakna tanpa
Wifi atau talian internet, panggilan video dari
iPhone4 ini tinggal mimpi saja. Inikah yang dibangga2kan oleh
Apple dan sekutunya???... Handphone lain telah lama membolehkan anda buat panggilan video menggunakan kad sim
3G ke mana2 handphone yang mempunyai kamera depan tanpa perlu ada
Wifi atau talian internet. Di mana canggihnya
iPhone4 ini???...
Dari mula2 iPhone diperkenalkan hinggalah sekarang... pengguna2 iPhone masih terikat dengan
internal memory yang kini
16GB atau
32GB. Sehingga kini juga masih tiada slot untuk
external memory card berbanding dengan hp lain. Bayangkan anda kena pilih antara
16GB dan
32GB internal sedangkan hp lain memberi anda kebebasan untuk menambah memory dari
2GB hingga
32GB.
iPhone4 juga tidak menggunakan kad sim seperti yang anda tahu, ia menggunakan kad sim yang lebih kecil (
microSim) di mana ia tidak terdapat dalam pasaran Malaysia. Mungkin bila
iPhone4 dah confirm masuk pasaran Malaysia,
Maxis atau
DIGI akan mengeluarkan '
microSim' ini.

Perasan tak yang
iPhone4 ada di datangkan dengan cover protector bergelar
'bumpers'. Protector ini sebenarnya tak banyak membantu, malahan permukaan
iPhone4 yang dikatakan disaluti oleh '
Helicopter Windsheild glass' yang kukuh amat meragukan. Ada satu laman telah menunjukkan bahawa permukaan
iPhone4 ini mudah 'crack' apabila jatuh.
Pendek kata banyak lagi perkara yang meragukan tentang
iPhone4 ini contohnya dari segi '
Line Coverage'. Anda tak perlu bersetuju dengan Yonz sekiranya anda peminat setia iPhone... Bagi Yonz, lebih selesa menggunakan handphone dari jenama
Nokia dan
Sony Ericsson... Yonz bebas memilih pelbagai model yang ada... Murah dan berbaloi... emmm
***Video di bawah ini sesuai untuk yang anti-
iPhone4***