Tuesday, July 13, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat


Buku yang Yonz nak kongsi kali nie adalah buku agama yang lain dari yang lain. Tentu ramai yang sudah tahu tentang buku yang popular dari Telaga Biru ini. Apa yang best tentang buku ini ialah cara persembahannya yang penuh dengan grafik warna -warni. Kita takkan cepat bosan bila baca buku ini berbanding dengan buku2 agama yang lain. Itu yang pertama kali Yonz rasa bila belek2 buku ini... dan sememangnya ia sebuah buku Panduan Fardu Ain lengkap bergambar.




















Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat
Pengarang : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : RM55 / RM57 (Sabah & Sarawak)

Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.










Teknik penyampaian


Buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seterusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Berminat dengan buku ini???...klik Telaga Biru Online

No comments:

Related Posts with Thumbnails