Monday, July 12, 2010

Disebalik kemegahan iPhone 4

Kita tentu sudah sedia maklum dengan kehebatan handphone yang bergelar iPhone4 ini. Hampir semua media cetak dan elektronik 'seronok' memperkatakannya. Kalau tengok video2 promo iPhone4 memang nampak gah semuanya... Anda mungkin tak sedar, itulah propaganda Amerika tentang barang keluaran mereka (Apple). Mereka akan memperkatakan bahawa barangan mereka yang terbaik... malahan hampir sempurna (itu yang mereka hendak anda percaya). Tetapi sebenarnya banyak benda2 yang meragukan disebalik iPhone4 ini. Mungkin Yonz tak dapat menyenaraikan semua... tapi cukup la sebagai panduan. Sebelum itu ingin Yonz katakan di sini... bukannya Yonz ni fanatik Nokia atau Symbian, cuma Yonz suka melihat apa yang handphone iphone4 nie boleh beri pada kita... kan kita beli mahal, biarlah berbaloi.











iPhone4
ini telah mencapai 5 Megapixel untuk kameranya dan disokong pula oleh LED Flash, berbanding sebelumnya tanpa flash. Disaat iPhone melancarkan kamera 5MP, jenama lain telah pergi jauh ke 8MP hingga 12MP, malahan handphone2 tersebut telah dilengkapi dengan Xenon Flash menggantikan LED Flash... Ternyata di sini iPhone4 jelas ketinggalan. Gambar atau video yang dirakam menggunakan iPhone4 ini boleh di edit terus di dalam handphone menggunakan software bergelar 'iMovie'. Software ini boleh melakukan proses edit, sunting dan tambah efek... serta banyak lagi fungsi dengan mengenakan Bayaran... bukannya percuma. Ia juga boleh dianggap sebagai aplikasi optional untuk anda...


Satu benda yang cukup2 dibanggakan oleh iPhone4 ini ialah panggilan video atau lebih dikenali sebagai 'Face Time' menggunakan kamera depan. Fungsi ini tak pernah wujud dalam iPhone sebelumnya menjadikan iPhone4 ini adalah yang terhebat. Tapi sedarkah anda semua yang 'video calling' (Face time) ini hanya untuk iPhone4 ke iPhone4 sahaja... bukannya iPhone4 ke Nokia atau pun Sony Ericsson. Ia juga berfungsi hanya menggunakan Wifi dan bukannya bertindak melalui kad sim 3G anda. Bermakna tanpa Wifi atau talian internet, panggilan video dari iPhone4 ini tinggal mimpi saja. Inikah yang dibangga2kan oleh Apple dan sekutunya???... Handphone lain telah lama membolehkan anda buat panggilan video menggunakan kad sim 3G ke mana2 handphone yang mempunyai kamera depan tanpa perlu ada Wifi atau talian internet. Di mana canggihnya iPhone4 ini???...

Dari mula2 iPhone diperkenalkan hinggalah sekarang... pengguna2 iPhone masih terikat dengan internal memory yang kini 16GB atau 32GB. Sehingga kini juga masih tiada slot untuk external memory card berbanding dengan hp lain. Bayangkan anda kena pilih antara 16GB dan 32GB internal sedangkan hp lain memberi anda kebebasan untuk menambah memory dari 2GB hingga 32GB. iPhone4 juga tidak menggunakan kad sim seperti yang anda tahu, ia menggunakan kad sim yang lebih kecil (microSim) di mana ia tidak terdapat dalam pasaran Malaysia. Mungkin bila iPhone4 dah confirm masuk pasaran Malaysia, Maxis atau DIGI akan mengeluarkan 'microSim' ini.

Perasan tak yang iPhone4 ada di datangkan dengan cover protector bergelar 'bumpers'. Protector ini sebenarnya tak banyak membantu, malahan permukaan iPhone4 yang dikatakan disaluti oleh 'Helicopter Windsheild glass' yang kukuh amat meragukan. Ada satu laman telah menunjukkan bahawa permukaan iPhone4 ini mudah 'crack' apabila jatuh.

Pendek kata banyak lagi perkara yang meragukan tentang iPhone4 ini contohnya dari segi 'Line Coverage'. Anda tak perlu bersetuju dengan Yonz sekiranya anda peminat setia iPhone... Bagi Yonz, lebih selesa menggunakan handphone dari jenama Nokia dan Sony Ericsson... Yonz bebas memilih pelbagai model yang ada... Murah dan berbaloi... emmm

***Video di bawah ini sesuai untuk yang anti-iPhone4***



2 comments:

Faz Fazrin said...

hahaha, rugila sape beli tuuuu, INDAH KHABAR DARI RUPA.TAPI SELALUNYA ORG BELI SEBAB NAK BERLAGAK JE

Ariyon said...

tau takpe...Yon kalo beli pun mmg utk eksyen2 jer..bukan sebab iPhone ni bagus...hahaha

Related Posts with Thumbnails