Sunday, August 29, 2010

Duit RM50 versi Merdeka

Pernahkah anda belek2 duit RM50 baru anda tue???... adakah anda perasan terdapat perbezaan terutama pada bahagian belakangnya...

Sempena bulan Merdeka ni Yonz nak kongsi sikit cerita tentang duit kertas baru RM50 versi Merdeka. Wang kertas ini dikeluarkan oleh BNM pada Disember 2007 sempena sambutan 50 Tahun kemerdekaan Negara (1957-2007).

Apakah ciri2 duit ini :

Jalur motif tenunan songket yg berwarna keemasan dibahagian kiri dan kanan
(muka hadapan).
Cetakan exclusive logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 bahagian kanan
(muka belakang)

Disebabkan pengeluarannya terhad, harganya kini mencecah sekitar RM260RM330 sekeping!!!...

Selepas itu keluar pula yang 2nd edition yang mempunyai jalur motif tenunan songket berwarna keperak-perakan seperti yang kita tengok sekarang. Ianya juga mempunyai logo Ulang Tahun Kemerdekaan ke-50 (muka belakang). Harganya pula sekitar RM70 - RM90 sekeping.

Apa yang uniknya wang kertas keluaran Merdeka ini mempunyai nombor siri yang cantik... Kalau anda ada duit tue try tengok, anda akan faham...

No comments:

Related Posts with Thumbnails