Pejam celik bulan Puasa pun datang kembali... kejapnya rasa 1 tahun yang berlalu, makin lama makin pantas. Tak terkejar rasanya masa ni... sok2 dah hujung tahun pulak. Sempena bulan baik nie Yonz nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan yang mulia ini. Harapan Yonz Ramadhan kali ini lebih baik hendaknya berbanding tahun lepas. Bukan senang nak 'jaga' puasa duduk di tengah2 hiruk-piruk kota ni... lebih2 lagi puasa mata... emmm...
Marilah kita sama perbanyakkan amalan di bulan mulia nie. Kalau tak boleh buat semua (amalan baik), jangan tinggal semua... Mana yang patut dijaga, kita jagalah... mana yang patut dielak, kita elaklah.... hehehe. Dibawah nie Yonz senaraikan perkara2 lazim untuk info kita dibulan Puasa. Harap2 ianya berguna untuk dikongsi bersama...
Perkara-perkara Sunat dilakukan di bulan puasa:
1. Membanyakkan membaca al-Quran
2. Mandi junub sebelum fajar
3. Melewatkan sahur waktu imsak
4. Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
5. Membanyakkan sedekah
6. Solat terawih
7. Segera berbuka bila masuk waktu
Perkara-perkara Makruh di bulan puasa:
1. Berkumur-kumur dengan keterlaluan
2. Merasa makanan dengan lidah
3. Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
4. Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
5. Gosok gigi setelah gelincir matahari
6. Mencium isteri dengan nafsu
7. menderma darah
Perkara-perkara yang memBATALkan puasa:
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
3. Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4. Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5. Melakukan persetubuhan
6. Gila walaupun sebentar
7. Murtad (keluar dari Islam)
8. Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib
Perkara yang Tidak membatalkan puasa:
1. Menelan air liur
2. Bersuntik
3. Tidur walaupun sepanjang hari
4. Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
5. Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja
Selamat Berpuasa... Puasa, jangan tak puasa tau...
No comments:
Post a Comment