Thursday, September 9, 2010

Akhirnya...Aidilfitri 2010

Boleh dikatakan semua bloggers melayu takkan lepas peluang untuk buat post berkenaan Hari Raya yang bakal menjelma. Setelah diumumkan oleh pemegang mohor besar Raja2... Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat 10 Sept 2010. Terfikir Yonz sejenak... rasa2nya dari Yonz kecik sampai sekarang masih orang yang sama beri pengumuman raya, panjang umur dia. Selalunya sehari sebelum raya ramai yang sudah cuti dan ada yang dah sampai kampung pun. Disebabkan Yonz tahun nie cuma beraya di KL maka sehari sebelum raya pun masih kerja sampai malam... huhuhu

Yonz di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua warga Bloggers, Follower blog Ariyon Stuff dan semua yang mengenali Yonz sebagai 'Ariyon' di alam maya ini (nama kita sebenar Mohd Ismail la...). Tak lupa juga geng2 se'toys' dan pembeli2 toys dari 'AriBiz@Mudah.my'. Rasanya tahun ini Yonz sekeluarga sambut dengan sederhana jer dan apa yang penting Yonz dapat tahun ini beraya bersama keluarga... asyik kerja jer kalau Hari raya... hehehe

Sebenarnya Yonz rasa bertuah kerna kita masih berjumpa lagi dengan 1 Shawal dengan aman dan damai. Kalau tempat lain dengan bencananya... dengan perangnya. Cuma Malaysia ni tak lepas dari kemalangan jalan raya jer la, tiap2 tahun ada saja kemalangan. Dah sampai masanya jalan2 balik kampung seperti di Lipis dan Gua Musang dilebarkan kepada 2 atau 3 lane. Pasang lampu sekali dah... dari dulu sampai sekarang tak upgrade2 pun, jalan tue jer la...

Rasanya Yonz malas nak membebel panjang... banyak benda tak buat lagi nih. Moga kita berjumpa di post akan datang. Rajin2 la komen kat blog Yonz nie... kalau boleh mana2 yang patut di klik tue, tekan2 la sikit...hahaha



Selamat Hari Raya
semua...

ikhlas dari : Ariyon176

No comments:

Related Posts with Thumbnails