Tuesday, September 21, 2010

Kasut kerja ku...

Setiap tempat kerja terutama bahagian maintenance ataupun engineering mempunyai kasut kerja yang dikhaskan (dibaca : Safety shoe). Yonz kerja di RapidKL nie dah rasa 3 jenis kasut kerja yang company bagi. Memula Yonz pakai kasut keselamatan dari jenama 'Black Hammer'. Kasut yang kedua pun sama jenama tapi lebih sporty... malangnya dah kena curi masa di rumah. Untuk kasut keselamatan yang ketiga ni Yonz dan tech yang lain dapat lambat sikit. Setelah sekian lama, penantian Yonz berbaloi juga akhirnya. Kasut kerja yang terbaru kali ini adalah dari jenama 'Red Wing'.
















Masa memula buka kotak dah terus teruja... high cut safety shoe tue. Memang 1st time kiranya Yonz pakai kasut 'high cut' nie. Apa yang best tentang spec kasut nie, ianya diperbuat dari kulit yang kalis air. Apa yang penting ianya 'safety shoe' yang digunakan untuk Yonz bekerja. Sampai jer rumah terus ambil gambar dulu sebelum kotor...hehehe.

>






Esok2nya Yonz terus pakai dan 'lanyak' kasut nie sebab kalau jarang pakai ianya agak keras, macam kasut yang lama2. Tetiba Yonz terfikir nak tengok kasut ini dalam internet... saja nak survey harga memandangkan kasut jenama 'Red Wing' memang mahal. Survey punya survey, memang sah mahal giler... kalau beli sendiri kat kedai harganya mencecah RM500++... perrhhh. Nasib ler dapat free company bagi.... hehehe
>

No comments:

Related Posts with Thumbnails