Monday, November 22, 2010

Business T-shirt kembali...


Memang kalau sebut pasal t-shirt nie, lama dah Yonz buat. Dari t-shirt Baby Milo dan Babe Saru sampaikan ke t-shirt Cap Ayam sudah Yonz try buat. Kalau nak diikutkan memanglah ada untung... tapi untuk Yonz 'maintain' stok, itu yang payah sikit. Kalau yang sudah join business jual beli t-shirt nie tentu sudah sedia maklum... ya, kena beli dalam kuantiti yang banyak. Dalam kata lain, perlukan modal la jawabnya. Masalahnya Yonz bukan ada tapak pasar malam ke, kedai pakaian ke... cuma jual kecil-kecilan di internet seperti di Facebook sendiri dan Mudah.my. Jadi ianya akan slow sikit la...

Tapi bulan lepas Yonz telah dapat JV (joint venture) baru yang membolehkan Yonz membeli t-shirt dengan kuantiti sedikit malahan boleh buat design sendiri. Apa yang Yonz kena ingat ianya bukan t-shirt 'ready stock'... ya, kena tempah dulu. Orang yang sama bertanggung jawab terhadap blog Akamika Gift yang penuh dengan idea2 kreatif beliau... Idea apa tue???... nak tau lebih lanjut, masuk jer blogspot Akamika Gift... anda akan tahu.

Selepas nie Yonz akan updated satu persatu t-shirt yang Yonz maksudkan... Tunggu...

No comments:

Related Posts with Thumbnails