Menjadi Boss atau seorang Leader
Seorang Boss selalu menganggap dia tahu segala2nya
Seorang Leader mengakui dia juga mempunyai kesilapan
Seorang Boss menyuruh anda melakukan sesuatu
Seorang Leader menunjukan cara melakukannya
Seorang Boss selalu mengkritik
Seorang Leader sering memberi nasihat
Seorang Boss bercakap pantas dan beri arahan
Seorang Leader berhati2 bercakap dan beri panduan
Seorang Boss ingin setiap permintaannya dihormati
Seorang Leader bertanya adakah layak mendapat permintaan
Seorang Boss memberi peraturan dengan ancaman
Seorang Leader menunjukan sikap bertolak ansur
Seorang Boss bergantung pada khabar angin
Seorang Leader sering melakukan siasatan
Ajari daku menjadi seorang Leader yang baik.. Aamiin..
Welcome to my 'OLD' blogs... Story of my life, apa yang ku baca, lihat dan dengar... Minat dan Hobbyku terhadap Gadget Life, Mobile world dan Collectible item. All Ariyon stuff to share with love... Enjoy
Showing posts with label Copy Dot Net. Show all posts
Showing posts with label Copy Dot Net. Show all posts
Thursday, March 6, 2014
Sunday, September 18, 2011
Rahsia Dahi Anda
Bercakap soal dahi ini, tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan.... Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit. Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walaupun baru pertama kali bersua.
Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis. Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat2nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?...
Dahi Jendol (CT Nurhaliza???)
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat, orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Selain itu, mereka juga pandai bergaul dan menempatkan diri mereka di dalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini, mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebab itulah mereka perlukan dorongan!
Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang-sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan atau kekasih!
Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah atau pejabat. Kelemahan diri mereka pula, mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai... pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu, mereka juga 'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka' bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu', bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!
Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman2 yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka. Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah, asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!
Itu saja...sekian terima kasih :)
Labels:
Copy Dot Net
Wednesday, September 8, 2010
Sikap Bulan September
Sikap kasih sayang orang yang lahir di bulan September- Bersopan dalam perhubungan
- bertolak ansur terhadap pasangan
- Suka mengkritik pasangan
- Sangat prihatin terhadap pasangan
- Sangat sensitif dan emosi
- Pandai memahami pasangan

- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan
- Amat memilih pasangan
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3,6,8,11
Labels:
Copy Dot Net
Monday, August 23, 2010
Peribahasa merepek
1. Seperti anjing jantan dengan anjing betina
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu... asyik nak beromen aje.
2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak hinggapnya...
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu... kalau dia berenti.... akhirnya dia gerenti start balik punyer... huhuhu
3. Sepandai-pandai tupai melompat,tak pernah masuk ke sukan Olimpik.
Maknernyee : Jangan macam bagus.... pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus
4. Biar putih tulang jangan putih muka (White face)
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jangan eksyen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.
5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat
Maknernyer: Kalau dah beribu kali flush, itu bende tak clear jugak... pergi panggil plumber lah or kacau sampai hancur and try flushing again, another way is to kutip satu2 dan buang tempat lain. (Eeee...GELI)
6. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk
Maknernyer: Kentotlah... sapa tue??, baik mengaku
7. Seperti kacang luperkan mama
Maknernyer: Orang yg tak sedar diri.... tak kenang jasa baik orang yg mula2 mempopularkan dia.
8. Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jangan sangka yang duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang... check betul2, mesti ader sorang lagi kat bawah ke.... tengah ke... baring ke.
9. Biar mati anak jangan mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak?
10. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.
Maknernyer: Dua orang yg pantang bertemu... asyik nak beromen aje.
2. Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke taik jugak hinggapnya...
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu... kalau dia berenti.... akhirnya dia gerenti start balik punyer... huhuhu
3. Sepandai-pandai tupai melompat,tak pernah masuk ke sukan Olimpik.Maknernyee : Jangan macam bagus.... pasal yg macam bagus tu selalunya tak bagus
4. Biar putih tulang jangan putih muka (White face)
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jangan eksyen nak jadi Mat Salleh plak... be proud of what you are.
5. Seperti mencurah air ke jamban tersumbat
Maknernyer: Kalau dah beribu kali flush, itu bende tak clear jugak... pergi panggil plumber lah or kacau sampai hancur and try flushing again, another way is to kutip satu2 dan buang tempat lain. (Eeee...GELI)
6. Kalau tidak ader angin masakan satu LRT boleh bau busuk
Maknernyer: Kentotlah... sapa tue??, baik mengaku
7. Seperti kacang luperkan mamaMaknernyer: Orang yg tak sedar diri.... tak kenang jasa baik orang yg mula2 mempopularkan dia.
8. Ader udang di sebalik udang lain
Maknernyer: Jangan sangka yang duduk sorang kat tempat sunyi tu sorang... check betul2, mesti ader sorang lagi kat bawah ke.... tengah ke... baring ke.
9. Biar mati anak jangan mati pucuk
Maknernyer: Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak?
10. Sudah jatuh ditimpa piano
Maknernyer: Nasib malang yg tak agak-agak.
Labels:
Copy Dot Net
Wednesday, August 4, 2010
Kasih Sayang Bulan Ogos

Di sini disenaraikan sikap dan tingkah laku orang yang lahir di Bulan Ogos... Tak semestinya semua betul, cuma bolehlah dibuat panduan terutama orang yang sedang mencari pasangan... hahaha.
- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaannya diragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan cinta pada sesiapa yang berkenan.

Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
*Kebanyakan bangsa Bani Israel di zaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.
P/s: Nape???... tak percaya ker ;)
- Tidak serius dalam perhubungan
- Mengambil mudah dalam perhubungan
- Kesetiaannya diragui.
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sering bertukar pasangan
- Sukar mencari pilihan yang tepat
- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.
- Mudah meluahkan cinta pada sesiapa yang berkenan.

Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12
*Kebanyakan bangsa Bani Israel di zaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.
P/s: Nape???... tak percaya ker ;)
Labels:
Copy Dot Net
Monday, July 5, 2010
Belajar Slang Kelate (Basic)

Sesiapa yang luar Kelantan... ini ada sedikit panduan kepada anda untuk memahai bahasa Kelantan terutama mana2 yang ada awek/balak orang Kelantan. Orang Kelantan ni tak suka orang luar cakap Kelantan... buruk katanya... hahaha. So, lebih baik kita belajar sikit basic... orang Kelantan jangan marah ye... ;)
Kali Arung - Sekaligus
Air Geh - Air Berkabonat
Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya
Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat
Comel Lote - Comel Yang Amat
Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?
Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya
Punoh Jahne - Rosak
Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkan Pergaduhan
Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat
Kona Lepe - Corner Lipat
Kelecak - Terpelanting
Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi
Lonjong - Tinggi Sangat
Masing Pekkok - Teramat Masin
Selamat Mencuba...
Labels:
Copy Dot Net
Monday, June 28, 2010
Pantun peringat pasal Aurat
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di Akhirat hebat
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan
Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di Akhirat hebat
Labels:
Copy Dot Net,
Green Zone
Wednesday, June 23, 2010
Accountant dalam percintaan...
Aku akan meng-CREDIT-kan cintaku padamu, bila kamu men-DEBIT-kan untukku cintamu. Aku akan mencatat kisah cinta kita dalam sebuah JOURNAL, dan mem-POST-ing nya ke dalam LEJER hatiku. Aku akan menjaga sebuah ACCOUNT cintamu, berdasarkan DOUBLE-ENTRY. Dengan cara ini kamu akan tahu BALANCE credit atau debit, dan AMOUNT dari cintaku padamu.
Kemesraan kita tercatat dalam WORKSHEET (LEMBARAN KERJA). Kadang2 kita perlu lakukan ADJUSTING ENTRIES (PELARASAN) untuk menjaga cinta kita tetap kukuh. TRIAL BALANCE (IMBANGAN DUGA) memperlihatkan bahwa kita serius antara satu sama lain, sebab TOTAL dari cinta kita ternyata satu dan sama. Maka kita lakukan CLOSING ENTRIES saat kita setuju untuk menikah.
PROFIT & LOSS statement, menyatakan apa yang telah terjadi kemudian, mari bersama2 kita lihat BALANCE SHEET kita, apa saja ASSETS & LIABILITIES kita ???....
P/s: Apa benda yg ko dok merapek ni???...
Labels:
Copy Dot Net
Monday, June 7, 2010
Aku Melayu???
Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu
Aku Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you
Aku Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...
Aku Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau
Aku Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)
Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu
-----------------------------------
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu
Aku Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you
Aku Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,
I ni, gelojoh you...
Aku Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,
Anytime I mau
Aku Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya
(But that's because I don't know what else to do!)
Sekali lagi, I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu
-----------------------------------
***copy from internet***
Labels:
Copy Dot Net
Subscribe to:
Posts (Atom)

