Showing posts with label Nokia 5800xm. Show all posts
Showing posts with label Nokia 5800xm. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Sonic Jump for Nokia 5800xm




Arcade game...





Link to Download area...

Predators game for Nokia 5800xm

Game Action RPG...

Screenshot





Link to download area...

Tuesday, March 9, 2010

Analisa hp dengan DeviceInfo

DeviceInfo adalah satu aplikasi yang Yonz kelaskan sebagai aplikasi 'tools' yang di reka oleh Moubail.com khas untuk Symbian touch devices seperti Nokia 5800xm dan N97. Kalau di internet ia lebih kepada aplikasi 'widget' yang secara asasnya memberitahu kita maklumat tentang hp yang jarang dipaparkan pada menu hp kita...

DeviceInfo memberitahu maklumat hp seperti berikut :

* IMEI code
* WLAN Mac Address
* Phone model
* Firmware version
* Manufacturer
* Product type
* Bluetooth status
* Vibration status
* Autolock status
* Autolock timeout
* Screensaver timeout


Semua yang dipaparkan oleh DeviceInfo ini di ambil dari hp Yonz sendiri. Lihatlah 'report' yang disenaraikan secara terus dari hp Yonz ni..

Berminat untuk install DeviceInfo secara percuma untuk hp S60 v5 anda...


Ramalan Cuaca dengan AccuWeather

Di sebabkan sekarang cuaca tak menentu... sekejap panas pastu hujan... teringat pulak satu aplikasi untuk hp yang boleh tengok cuaca. Aplikasi ini bergelar AccuWeather yang dah lama Yonz install dalam hp Nokia 5800xm nie. Yonz siap buat folder lain dan satukan bersama aplikasi Maps dan Garmin dalam folder 'Navigation' lagi.

Aplikasi AccuWeather ini bukan seperti aplikasi ramalan cuaca lain sebab ianya agak details walaupun ia sekadar 'ramalan cuaca'. Kalau kita tengok dari paparan utamanya (Forecast)... menu dan tabs di susun dengan rapi beserta interface yang menarik. AccuWeather ini menyediakan 5 kandungan paparan seperti berikut :

Forecast : Memaparkan cuaca sehingga 8 hari berikutnya
Hourly : Memaparkan sehingga 15 jam ramalan cuaca pada hari tersebut
Maps : Memaparkan lokasi di mana bacaan tempat anda di ambil

Graph : Memaparkan taburan cuaca mengikut jam dalam bentuk graph
Calendar : Memaparkan ramalan untuk tempoh 15 hari

Menarik bukan... AccuWeather ini perlu menggunakan capaian internet untuk mengeluarkan paparan yang terkini... harap maklum.




Wednesday, March 3, 2010

Theme 2010 Nokia 5800xm

Theme khas 2010 dari PiZero.net untuk pemilik Nokia 5800XM dan handphone yang lain juga. Sepatutnya Yonz tulis post ni awal2 tahun... macam mana boleh terlepas pandang pulak. Bagi yang sudah lama tak download theme pada handphone korang... inilah masanya. Theme ni memang cantik dari segi icon dan warnanya... ditambah lagi dengan wallpaper 2010, memang cun.


Features:

* 2010 by PiZero is compatible with all Symbian Os S60 v3 and S60 v5 phones.
* Lite version included, with default icons. TehkSeven icons included...
* Fits both portrait and landscape modes
* 100% compatible with Nokia N97.


For S60 v5 : NOKIA 5800, N97, N97 Mini, X6, 5530, 5230, Samsung Omnia HD, Sony Ericsson Satio ONLY!



For S60 v3 : All others Nokia phone

Sunday, January 31, 2010

Nokia 5800XM v40.0.005

Yonz baru sahaja update software untuk Nokia 5800XM ke version yang terbaru iaitu v40.0.005. Yonz dah semak semua review mengenai update v40 nie siap tengok Youtube lagi...takut juga sebab macam2 ragam. Bayangkan Yonz dari version v21 nak terus melangkah ke v40, tinggalkan v30 dan v31 tue. Memang masanya dah kena untuk update sebab v40 nie dia update kinetic scrolling ala2 iphone dan tukar homescreennya...mana tahan sih.

Memula yonz nak try update guna OTA jer tapi cuma version 31.0.101 sahaja yang ada. So...Yonz ambil alternatif lain, guna internet sahaja melalui Nokia Software Updater (NSU). Apa2 hal Yonz buat backup dulu sebab tak nak jadi macam update sebelumnya yang Yonz buat dekat Nokia Center. Habis semua dalam memory phone kena clear termasuk Notes dan phonebook.

Proses buat benda ni dari download software hingga selesai + hard reset sebab problem sikit + nak restore balik backup...memakan masa dalam 35 minit.

Perubahan Nokia 5800 Firmware v40 :

- Kinetic scrolling* (akhirnya keluar juga)
- Homescreen sama seperti Nokia 5530 dengan widget contact dan music
- QWERTY keyboard boleh aktif secara automatik
- Perubahan pada sesetengah Icons dan diperbaharui
- Touchscreen lebih responsive dan hp lebih stabil
- Screen pada alarm dan call-in yang baru (bila hp pada locked mode)
- Ovi maps 3.0 yang diperbaharui dan Ovi Contacts

*Kinetic Scrolling tidak pada main menu, application menu dan browser


Lepas install update, apa yang hilang???...

- Garmin MobileXT (yang paling yonz sayang tue)
- Quick Office full
- Beberapa aplikasi dan game
- Theme ada yg tak boleh guna

kena cari dan install balik la jawabnya...slow2

Guna Nokia 5800XM juga, anda bila lagi???...

Tuesday, January 12, 2010

Tips n Tricks 5800xm

Bagaimana hendak update Firmware melalui hp
==================================

1. Taip *#0000# untuk keluarkan paparan infomasi dan firmware hp anda.

2. Klik pada option dan pilih 'check for updates'.

3. Update firmware terbaru akan dihantar ke hp anda dari Nokia Download dan install update tersebut.

*Pastikan anda buat backup pada phone memory dulu
*Untuk menggelakkan gangguan semasa install update, guna wifi atau line yang stabil...

General Tips
==========

1. Terdapat banyak shortcut key dan menu tersembunyi pada homescreen hp ini. (Baca di sini)

2. Notification light akan berkelip2 jika ada unread sms/missed call. Ia boleh dimatikan pada menu Settings -> Notification light -> Off

3. Jika anda rasa touch input pada screen tak berapa stabil, anda boleh buat calibrate untuk screen.
*Touch Input->Touch Screen Calibration ->
(klik pada 4 tempat disetiap sudut)

4. Fungsi sensor control :

a. Menukar screen paparan untuk menegak atau mendatar.
b. Mematikan bunyi hp jika ada panggilan masuk hanya dengan pusingkan screen hp ke bawah.
c. Mematikan alarm untuk sementara juga dengan pusingkan screen hp ke bawah

5. Ubah tempat aplikasi pada menu dengan cara
*Menu -> option -> organize. Anda boleh drag and drop ke lokasi atau folder yang anda inginkan.


Tips menjaga Bateri
===============

1. Sentiasa OFF wireless scan dan bluetooth jika tidak digunakan.

2. Bagi anda yang tidak menggunakan 3G, tukar network mode kepada “GSM” dan bukan “Dual mode”.

*Settings -> Connectivity -> Network mode -> GSM

3. Kurangkan lampu pada paparan

a. Setting -> Phone -> Display -> light sensor
b. Setting -> Phone -> Display -> Light Time-Out
(lagi kurang masa, lagi jimat bateri tapi masalah bermain game jika masa di set terlalu pendek)

4. Sentiasa tutup aplikasi dengan cara yang betul menggunakan Option ->Exit. Aplikasi yang tidak ditutup dengan betul akan running pada background dan menggunakan bateri anda tanpa sedar.

5. Jangan cas bateri jika belum benar2 habis dan jangan cas bateri semalaman untuk menjaga hayat bateri.


Tips menjaga RAM
==============

1. Restart hp anda jika memory (RAM) kurang dari 30MB...

2. Sentiasa gunakan aplikasi Handy Taskman untuk menutup semua aplikasi yang tidak digunakan.


Tips Kamera & Gambar
===================

1. Sedikit 'noise' boleh dikurangkan dengan ISO sensitivity di set pada low.
(Default adalah auto)

2. Ketika melihat paparan gambar, adalah lebih mudah anda menggunakan stylus untuk previous (slide left) atau next (slide right) gambar sebagaimana iphone.

3. Ambil gambar atau video di waktu siang (outdoor) lebih digalakkan agar gambar nampak jelas berbanding di waktu malam.


Video Format
============

Bagi yang suka menonton video pada 5800, anda perlu convert dulu video tersebut mengikut quality yang sesuai dalam format mp4 seperti berikut:
(All is 16:9 widescreen)

a) Xvid @ 678kbps resolution 480×272
b) Xvid @794kpbs resolution 640×352
c) H.264 @ 512kbps resolution 400×224
d) H.264 @ 550kbps resolution 400×224 (Recommended)


Tips Music
=========

Jika anda tidak jumpa lagu yang baru di pindahkan dari pc ke memory card.
*Music Player -> Option -> Refresh library


Tips untuk Aplikasi
===============

1. Sentiasa install theme, aplikasi, game pada memory card. Kalau boleh jangan install apa-apa pada phone memory.

2. Uninstall aplikasi anda dengan cara yang betul.

*Menu -> Setting -> Application mgr. -> Installed apps ->
Pilih appikasi kemudian option dan uninstall.


Hard Reset
==========

Key-in *#7370# dan masukkan Lock Code (Cth:12345)
(PASTIKAN ANDA BUAT BACK UP PADA PHONE MEMORY SEBELUM MELAKUKANNYA)

Saturday, January 9, 2010

Nokia 5800XM Homescreen

Mungkin bagi yang baru beli Nokia 5800xm akan perasan yang 'Home screen' hp nie lebih kurang sama dengan smartphone nokia yang lain. Sebenarnya terdapat sedikit perbezaan bagi hp yang menggunakan Symbian S60 v5 pada homescreen yang merujuk pada Nokia 5800xm dan Nokia touchscreen yang lain.

Mungkin apa yang Yonz akan beritahu, semua pengguna hp nie dah tahu...cuma macam refresh la sikit dan panduan bagi newbie yang baru pakai 5800xm. Mana la tau ada yang kita terlepas pandang ker...hahaha...


1. Untuk meletakkan shortcuts pada screen display

-> Settings/ Personal/ Home Screen/ Home Screen Theme
dan pilih Shortcut bar

Anda boleh pilih shortcut untuk dipaparkan pada screen.

2. Klik pada Jam di homescreen untuk pergi ke menu jam dan di situ juga anda boleh set kan alarm.(Alarm repeat is now built-in)

3. Klik pada 'General' atau tarikh (sebelah kanan jam) untuk keluarkan pops out menu pilihan profile (general,silent,meeting...) termasuk shortcut menu untuk kalendar.

4. Jika anda buka menu Numeric Keypad, tekan lama pada key [#] akan menukarkan profile dari General kepada silent dan sebaliknya. Tekan lama pada key zero [0] akan memaparkan bookmarks web anda.

5. Klik pada Aktif Icon yang tersembunyi (berhampiran bateri) akan memaparkan shortcuts semua aktif icon seperti jam, alarm dan bluetooth atau wifi yang sedang digunakan.

6. Tekan lama pada butang hijau (Call button) untuk aktifkan Voice Command. Setelah aktif, tekan lama butang hijau... apabila paparan 'speak now' muncul, cuba sebut "Whats time it is"...hp anda akan memberitahu waktu.

7. Tekan lama pada butang tengah (antara Call button & End button) untuk paparan menu aplikasi yang aktif.

8. Terdapat shortcut key untuk Music, Gallery, Share, Video, Web yang terletak di atas sebelah kanan dibawah video call camera.

Selamat mencuba...

Tuesday, November 3, 2009

N97 vs N97 Mini...

Mungkin semua peminat hp dari Nokia dah tahu tentang hp 'high-End' N97 dan keluaran terbaru N97 mini. Kalau nak di ikutkan dari rekabentuk dan fungsi memang hampir sama kedua2 hp nie. Sejujuran Yonz kurang berminat dengan sliding keyboard pada kedua2 hp nie... kata dah fully touchscreen, kenapa perlu ada keyboard???. Dari segi harga pun ia agak mahal (N-series) dan luar dari budget Yonz, kalau tak lama dah sambar hp nie...hihihi. Di sini Yonz tak nak cerita details pasal spesifikasi N97 dan N97 mini nie, cuma nak highlight perkara yang penting2 sahaja...

N97

Screen Size : 3.5inch widescreen
Internal memory :32GB
Memorycard : MicroSD up to 16GB

WIFI/3G/HSDPA

Nokia maps 2.0/A-gps
Doc dan PDF viewer/Flash lite 2.0
Support N-gage Games

Camera 5 MP Carl ZeissTessar autofocus
DVD quality video capture

Teknologi baru yang diperkenalkan :

Homescreen Widget...Fav. Website service/Sosial network/Weather

-----------------------------------------------------------------------
N97 mini

Screen Size : 3.2inch widescreen
Internal memory :8GB
Memorycard : MicroSD up to 16GB

WIFI/3G/HSDPA

Nokia maps 3.0/A-gps
Doc dan PDF viewer/Flash lite 3.0

Camera 5 MP Carl ZeissTessar autofocus
DVD quality video capture

Teknologi baru yang diperkenalkan :

Proximity sensor/Accelerometer sensor (Scrolling ala2 iphone)
Ovi Store...Menyokong penuh semua fungsinya
Ovi Contacts, Ovi Files and Ovi Share
Sokongan Lifecasting dengan Ovi bersama Facebook

Sunday, October 25, 2009

KL Traffic touch...



Sebut pasal KL tentu jalan sesak tue memang dah lali sangat. Dari pergi kerja hingga balik kerja... kalau namanya KL memang tak boleh elak. Yonz nak kongsi satu apps pada hp yang patut dimiliki oleh kita orang Malaysia (1 M'sia). Apps ini dikenali sebagai KL Traffic, di mana kita boleh check traffic condition sekitar KL tak kira siang atau malam.

















Apps dari Nerdattack ini menggunakan 'live image preview' yang diambil dari *ITIS bagi jalan2 utama sekitar ibukota. KL Traffic ini menggunakan paparan yang mudah dan mesra pengguna. Setelah apps dibuka senarai jalan2 sekitar KL akan dipaparkan. Anda hanya perlu klik pada jalan yang dikehendaki, traffic jalan tersebut akan di paparkan. Bila kita klik pula pada icon anak panah (atas sebelah kanan), paparan akan disertakan dengan hala tuju jalan itu... hebatkan..

More about ITIS
















Sebagai info.. apps ini hanya support pada hp S60 v5 (touch screen) yang terbaru seperti Nokia 5800XM, 5530, 5230, X6, N97 dan N97 mini. Ia boleh di download secara percuma terus dari OVI Store (pastikan OVI Store sudah install dalam hp dulu).

Mahu info lanjut...Nerdattack site



Facebook in Nokia 5800xm

Kebanyakan hp baru sekarang nie memang boleh online Facebook tanpa pc. Yonz sendiri baru saja berjinak2 dengan Facebook nie... memula nak start memang agak pening sikit, lama2 tue ok la jugak. Yonz buat Facebook nie sebab member2 banyak kat sana... boleh tahu perkembangan semua.















Bila tengok hp N97 yang baru nie siap ada widget Facebook pada stanbyscreen...jeles betul la, nak beli tak mampu lagi...hahaha. Akhirnya Yonz jumpa apps Facebook nie dalam Ovi Store di mana ia support hp Nokia 5800xm. Bila dah install tue memang best la jugak tapi fungsi2nya agak terhad... takde la game2 atau kuiz macam di facebook yang kita surf dalam pc. Apa yang boleh di lihat adalah paparan kemas dan ringkas seperti news feed's, Profile kita, kawan2 dan inbox. Setiap kali kita update status Facebook kita guna hp maka simbol hp akan terpapar. Orang lain yang lihat profile kita akan tahu di mana kita update status kita guna hp.

Kalau ada pakai line broadband unlimited tue boleh la install facebook pada nokia 5800xm... kalo tak pun guna wifi jer..okies

Join My Facebook

Friday, July 17, 2009

2 theme dari PiZero

Lama dah Yon tak post pasal theme untuk S60 v5 nie sebab jarang download theme baru. Yon kebanyakkan guna theme yang sama jer...hahaha. Tapi kalau nak ikutkan theme2 dari PiZero nie memang cool... ala2 artistic gitu... tak simple sangat dan tak serabut sangat... So enjoy...

Features:
  • All theme is compatible with all Symbian Os 3rd edition and 5th edition phones
  • Mixed Bitmap / Svg theme.
  • Hybrid PiZero / Touch icon pack included.
  • Lite version included, with Nokia standard icons
  • Fits both portrait and landscape modes
  • Compatible with Symbian Os 3rd edition, 9.1, 9.2, 9.3, and Symbian 5th edition, 9.4.
  • 100% compatible with Nokia 5800 XpressMusic.
For S60 V5 - Nokia 5800XM & N97 (Zip File) For S60 V3 - All others nokia phone (Zip File)


For S60 V5 - Nokia 5800XM & N97 (Zip File) For S60 V3 - All others nokia phone (Zip File)

Saturday, June 20, 2009

New Nokia 5530 Xpress Music

Belum puas Yon guna Hp Nokia 5800xm... kini telah di umumkan pula satu lagi Nokia full touchscreen yang baru. Nokia 5530 Xpress Music ini adalah idea dari Nokia 5800xm itu sendiri tapi dalam versi baru yang dijangka lebih murah.

Ia masih menggunakan OS S60 v5 tetapi memperkenalkan Home Screen Style yang baru. Contact Bar yang baru ini boleh di 'Scroll' sehingga 20 orang (shortcut) pada Home Screen berbanding Nokia 5800xm hanya 4 orang sahaja. Kini pada Homescreen juga telah ditambah dengan shortcuts yang lebih segar dan popular seperti Facebook atau Myspace.

Setelah diteliti dari info2 di internet memang banyak juga perbezaan Nokia 5530xm nie dengan Nokia 5800xm. Ada yang ok... ada yang sama dengan Nokia 5800xm.

  • Touchscreen yang lebih kecil (2.9 inci) dan Hp yang lebih ringan.
  • Hp tanpa 3G (Video call tak boleh la)...
  • Untuk internet bergantung pada EDGE dan WIFI.
  • Tanpa built-in GPS. So Nokia maps...Garmin...Bye2.
  • Memory card yang diberi hanya 4GB sahaja.

Bagi Yon Hp ini sesuai bagi 'Basic User' yang inginkan touchscreen dari Nokia, so sama2 kita tunggu ia sampai di Malaysia. Apa yang penting...tentu harganya...




Monday, June 8, 2009

First PiZero Theme for Nokia 5800xm

Theme nie di keluarkan buat kali pertamanya masa sambutan Tahun Baru Christmas 2008 dan ianya merupakan theme yang pertama untuk Nokia 5800xm oleh PiZero.net. Masa mula2 dulu memang banyak 'bug' dan 'error' sana sini... tapi ianya telah diperbaiki. Yon sendiri gunakan theme nie agak lama jugak sebab nampak cantik. So lepas nie boleh la you all try theme nie pada Nokia 5800xm masing2...Happy Winter Fun (mana ada salji kat M'sia dahh...)
Features:
  • 100% SVG Theme.
  • PiZero Icon pack included (Wintertime by PiZero)
  • Lite version included, with Nokia standard icons
  • Fits both portrait and landscape modes
  • Compatible with Symbian Os 3rd edition, 9.1, 9.2, 9.3, and Symbian 5th edition, 9.4.
  • 100% compatible with Nokia 5800 XpressMusic.
  • For the Nokia 5800 XpressMusic, I recommend installing "Wintertime Lite", because the custom icon pack for the 5800 is not yet complete.
Winter Fun (Zip File)




Blue & Red Haze by PiZero (S60v5 Theme)

Dalam post kali nie Yon nak kongsi pasal theme yang Yon guna untuk phone Nokia 5800xm. Semua theme yang Yon akan kongsi telah Yon cuba sendiri dan berfungsi 100% cuma link bagi download tue bergantung pada website yang Yon ambil. Kalau ada tue boleh terus download... kalo link tu dah 'mati', tak dapat la nak tolong ye... Yon selalunya akan follow satu atau dua website yang sentiasa update themenya dan contoh kali ini adalah theme dari Pizero (Cantik2 themenya).

Features:
  • Blue & Red Haze are the first 100% optimized themes for the Nokia 5800 XpressMusic.
  • 100% SVG Themes.
  • PiZero and Flahorn Icon pack included
  • Lite version included, with Nokia standard icons
  • Fits both portrait and landscape modes
  • Compatible with Symbian Os 3rd edition, 9.1, 9.2, 9.3, and Symbian 5th edition, 9.4.
  • 100% compatible with Nokia 5800 XpressMusic.
  • For the Nokia 5800 XpressMusic, I recommend installing "Lite" version, because the custom icon pack for the 5800 is not yet complete.
Blue Haze (Zip File)





Red Haze (Zip File)
Related Posts with Thumbnails