Showing posts with label Transformers. Show all posts
Showing posts with label Transformers. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Memori 'Fallen' tetap dihati...


Macam tajuk lagu rock-kapak dulu2 la pulak. Tapi kenangan bersamanya masih terpahat dalam ingatan Yonz...wakaka. Apa menda yang Yonz dok merepek nih???. Sebenarnya ia tentang toys Transformers yang telah pun Yonz jual. Boleh dikatakan toys pertama yang Yonz jual balik adalah TF The Fallen ini lah.












Kalau nak cerita sejujurnya memang Yonz bukan Decepticon Collector pun, tak tau lah masa beli tue... main sambar jer kot. Bila dah bukak kotak dan display rasa cun jugak. Agak lama Yonz simpan The Fallen nie dalam almari hiasan... kadang2 tengok macam Predator pun ada.











The Fallen ini dari Voyager Class yang mana Yonz rasa lebih tinggi sedikit dari toys voyager yang lain. Kalau di transformasikan, ia akan menjadi sebuah jet... kira Alien jet mode yang memang nampak garang. Entah kenapa Yonz rasa ia perlu dikeluarkan dari senarai simpanan Yonz...













Bila dah takde tue memang rasa sedikit kehilangan... lebih2 lagi bila tengok Collector lain ada The Fallen nie. Tapi yang membuatkan Yonz tak kisah... watak The Fallen nie pun telah 'dibunuh' oleh Micheal Bay di penghujung Movie TF2 ROTF... Hampeh sekali lagi untuk Bay...

Jetfire Robot Replicas

Salah satu koleksi Yonz adalah toys Transformers robot tua yang bergelar Jetfire. Kalau hendak diikutkan info yang Yonz tahu, Jetfire versi movie TF2 ROTF sebenarnya bergelar Skyfire untuk kartun G1 yang asal. Sebenarnya memang nak kumpul Jetfire yang besar tapi agak mahal dan hodoh...huhuhu.

Apa yang Yonz berkenan dengan Jetfire ini adalah kerna ianya dari versi 'Robot Replicas' yang hampir2 menyerupai watak dalam movie Transformers ROTF. Watak robot Decepticon tua yang bongkok bertongkat ini memang unik kalau dibelek pada toys replicas yang Yonz miliki. Bila tengok Robot Replicas yang lain, Yonz kurang berkenan... cuma Jetfire yang Yonz simpan buat koleksi...

P/s: Sayang sekali Micheal Bay 'bunuh' watak Jetfire ini diakhir movie ROTF...ceh!

Wednesday, September 8, 2010

War For Cybertron toys


Sebelum nie Yonz story pasal game Transformers 'War For Cybertron' (WFC) kan... Kali nie Yonz nak story pulak pasal watak dalam game tue... Optimus Prime dan Bumblebee. Dengan adanya kerjasama dari Hasbro, watak dalam game tue telah pun direalisasikan ke dalam bentuk toys. Setakat post ini ditulis telah keluar 4 watak dalam game WFC ini iaitu Optimus Prime, Bumblebee, Megatron dan Soundwave.


























Masa ia mula2 keluar dulu hanya Optimus Prime dan Bumblebee saja. Masa tue Yonz dapat info dari internet ianya bakal mendapat sambutan hangat. Entah macammana suatu hari tue Yonz jalan2 kat KLCC, singgah sekejap kat ToyRus. Kebetulan nampak 2 toys WFC ini dah keluar... apa lagi terus sambar la. Selang seminggu lepas tue rupa2nya WFC toys ini memang macam goreng pisang panas terutama watak Optimus Prime. Boleh dikatakan semua ToyRus sold out malahan kedai2 toys yang masih stok pun terhad... siap jual mahal lagi.

Jom tengok spesifikasinya :

Transformers WFC Optimus Prime

Jenis Model: Transformers Generations (Deluxe class)

Nama: Cybertonian Optimus Prime
Vehile mode: Armored Truck

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Transformers WFC Bumblebee

Jenis Model: Transformers Generations (Deluxe class)

Nama: Cybertonian Bumblebee
Vehile mode: Cybertronian Courier



Hasbro masa tue keluarkan 4 toys dalam ciri Transformers Generations termasuk TF Drift dan TF Thrust. Yonz dah dapat 'lubang' baik untuk jual empat toys ini. Yonz terus beli satu kotak besar dan habis dijual tak sampai 2 minggu... memang dasyat penangannya... hehehe




Wednesday, September 1, 2010

Permainan Video War For Cybertron

Anda kaki game???... Tentu anda tahu atau sudah pun main game War For Cybertron. Yonz sejujurnya bukan suka sangat main game nie, terutama pc games sebab mengambil masa yang lama depan pc... hehehe. Disebabkan Yonz minat dengan Transformers maka game War For Cybertron ni wajib Yonz kena bagi story sikit pada semua.

Game Transformers : War For Cybertron ini telah dikeluarkan pada 22 JUN 2010 yang direka oleh High Moon Studios dan diterbitkan oleh syarikat game popular Activision. Game WFC ini boleh dimain kan oleh pelantar PS3, Xbox 360 dan PC. Ia juga ada mengeluarkan versi yang sama untuk pelantar Nintendo DS juga Wii. Kalau tak silap Yonz genre game WFC ini termasuk dalam kategori 3rd person shooter (kaki game tau ler ni)


Game Transformers:War For Cybertron ini mengisahkan perperangan antara pihak Autobots dengan Decepticon di tempat asal mereka yang bergelar Cybertron. Plot utama game WFC ini adalah pihak Autobots terpaksa mempertahankan bumi Cybertron yang sedang dimusnahkan oleh pihak Decepticon...
Tak puas lagi???... Jom tengok Trailer game ini pulak...


Amacam???... ok tak... Kalau tanya Yonz tentu ler suka... lebih2 lagi watak yang diwujudkan adalah hasil kerja sama dengan Hasbro. Kalau dah bekerjasama dengan Hasbro bermakna akan keluar lah toys game ini nanti... tunggu...

Thursday, August 26, 2010

Transformers Lampu???

Walaupun demam Transformers telah berakhir mungkin Transformers 3 akan menghangatkannya kembali. Apa yang Yonz nak story satu gadget Transformers yang lain dari yang lain. Yonz jumpa dalam net yang sangat kreatif... Torchlight bertukar jadi Transformers... huhuhu

Ia bergelar...
'3 in 1 Interchangeable Transformative Robot LED Flashlight'

ia boleh berdiri... (Humanold Robot)
macam Scorpion pun ada...
merangkak ala2 Spider pun boleh...
P/s: Kalau ada jual kat Malaysia ni... comfirm Yonz beli punya...hahaha

Info lanjut di Meritline

Thursday, June 10, 2010

Prime ROTF yang ganas


Bagi Yonz sendiri, bila sudah memiliki satu2 toys itu sudah memadai. Kita beli mahal2... kadang2 nak buka dari kotak pun sayang. Bila dah buka tue, ambil gambar dan belek sikit2... lepas tue terus letak dalam almari hiasan. Tapi bila 'hantu' toys nie lain pulak ceritanya. Mereka2 yang kreatif nie sanggup buat ubahsuai (hardcore customs) ataupun buat repaint pada toys yang asal menjadikan ia satu seni yang mahal.

Bayangkan dari toys Optimus Prime ROTF (Leader Class) terus bertukar menjadi Decepticon Scourge yang ganas. Toyphilia custom telah mengubah toys ini ilham dari Transformers RID animation dengan membuat repaint dan menambah aksesori yang lain padanya. Cerita banyak tak guna, tengok jer gambar2 nie...

Dalam robot mode, ia dibekalkan dengan sebuah pedang...




















Dalam vehicle mode pula, ia didatangkan dengan trailer tank Decepticon...











More about Toyphilia Customs

Monday, May 3, 2010

Transformers others

Sebab dah jadi 'kipas-susah-mati' Transformers nie pantang nampak apa saja yang berkaitan Transformers, comfirm nak kena tengok punya. Tengah beli barang di Tesco Ampang lalu la dekat kiosk2 di situ, ternampak ada Transformers key chain pulak. Belek punya belek terus jer Yonz sambar 2 key chain Optimus Prime dan Megatron watak kartun yang lama. Bila dah letak dalam almari... memang nampak cun.























Satu hari masa lepas kerja pergilah minum2 dekat area jalan Masjid India, ternampak plak satu Transformers yang unik. Robot Transformers nie boleh bertukar jadi Handphone flip tue. Disebabkan harganya murah (China version) maka petang tue dapat la Yonz transformers unik nie...hahaha. Bila dah bukak dirumah, robot nie susah nak tegak dengan sendiri rupanya... terpaksalah Yonz sandarkan saja dalam almari tue...huhuhu



My Bumblebee

Salah satu toys yang cukup Yonz suka selepas Optimus Prime tentunya Bumblebee. Memang susah nak cari di kedai masa mula2 movie Transformers ROTF keluar sebab sold out saja... al-maklum watak favorite la katakan. Sapa yang tak suka Bumblebee nie... dari kanak2 sampai orang dewasa, semua suka Bumblebee. Kalau ditengok dari senarai toys keluaran Hasbro contohnya, watak untuk Bumblebee yang paling banyak sekali keluaran toys'nya.



















Koleksi Bumblebee yonz nie adalah dari Transformers 2 ROTF yang termasuk dalam kategori Deluxe Class yang bergelar Cannon Bumblebee. Bila transform ke vehicle mode memang cun sebab ia menjadi kereta kuning Camero concept. Terdapat 2 meriam tambahan dibahu Bumblebee apabila ia bertukar kepada robot mode. Setelah selesai je ambil gambar2 yang perlu, Yonz terus simpan dalam almari hiasan. Sebenarnya Yonz nak beli 'Ultimate Bumblebee' yang memang betul2 besar tapi modal jer takde. Janji dah ada 1 koleksi bumblebee dah kira ok la tue...



Wednesday, March 17, 2010

Prime ROTF n Voice Changer Helmet

Teringat masa memula Transformers 2 (ROTF) keluar panggung... di situ pencetus Yonz berjinak2 dengan toys transformers. Masa tu Yonz cukup rajin pergi ToysRus di KLCC nak tengok toys baru... dah macam budak2 la pulak. Dalam simpanan Yonz terdapat 2 toys yang Yonz sayang (agak mahal) iaitu Optimus Prime ROTF (Leader Class) dan Voice Changer Helmet. Jom kongsi info...

Optimus Prime ROTF
Series : Leader Class
Keluaran : Hasbro
Status : Tak pernah keluar dari kotak (MISB)











***Optimus Prime ini mempunyai bentuk yang paling 'detail' dan agak susah untuk ditukarkan dari robot mode ke truck mode.

Optimus Prime Voice Changer Helmet
Keluaran : Hasbro
Status : Pernah buka dan try , masuk balik kotak (BIB)










Apa yang paling best helmet ini ada satu mode (3 mode berbeza) yang boleh tukar suara kita jadi ala2 suara transformers. Helmet ni boleh muat dari kepala orang dewasa sampai la kanak2 sebab helmet ini disertakan dengan 'Adjustable strip'

Sekarang 2 barang nie memang susah nak cari terutama helmet Optimus Prime, kalau ada pun di kedai2 toys terpilih jer. Kalau search internet...harga pun dah naik dari harga jualan yang asal. Nasib baik Yonz dah sambar dulu...huhuhu
Related Posts with Thumbnails