Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Thursday, October 20, 2022

Bekerjalah Kita sekuatnya


Kita bekerja untuk hidup atau hidup Kita ini untuk bekerja pagi sampai petang.. kadang-kadang hingga lewat malam (jalan jem kot). Ada yang sambung lagi buat Grab di Malam hari.

Kita tak boleh nak goyang kaki saja duduk dirumah.. banyak komitmen yang nak kena hadap samada suka ataupun tidak. Dengan taraf hidup ataupun lifestyle Kita yang dah terbiasa.. dengan ekonomi yang tak menentu. Kita memang kena kerja kuat termasuk mempunyai mental yang kental.

Semoga Kita dimurahkan rezeki selalu.. Aamiin 🤲🏻

Thursday, March 6, 2014

Boss VS Leader

Menjadi Boss atau seorang Leader




Seorang Boss selalu menganggap dia tahu segala2nya
Seorang Leader mengakui dia juga mempunyai kesilapan

Seorang Boss menyuruh anda melakukan sesuatu
Seorang Leader menunjukan cara melakukannya

Seorang Boss selalu mengkritik
Seorang Leader sering memberi nasihat

Seorang Boss bercakap pantas dan beri arahan
Seorang Leader berhati2 bercakap dan beri panduan

Seorang Boss ingin setiap permintaannya dihormati
Seorang Leader bertanya adakah layak mendapat permintaan

Seorang Boss memberi peraturan dengan ancaman
Seorang Leader menunjukan sikap bertolak ansur

Seorang Boss bergantung pada khabar angin
Seorang Leader sering melakukan siasatan

Ajari daku menjadi seorang Leader yang baik.. Aamiin..

Wednesday, February 12, 2014

Back to basic ke??..

Dah lama Yonz tak menaip.. check2.. rupanya last 2011 blog nie di update.. hehehe. Bila tetiba datang mood nak menaip memang macam2 dugaan. Pendek kata Yonz perlu mula dari bawah balik. "Back to Basic" kata orang. Mana tak nya.. cara edit link dan buat HTML habis dah lupa semua.. hahaha


Bukan Yonz sengaja 'lupakan' blog nie.. cuma banyak masa tk mengizinkan. Selalu masa yang ada dok tengok Facebook dan Whatapps saja. Ada sebabnya Yonz nak start balik berblogging nie.. jangan ditanya mengapa ye.. Apa yang Yonz harap dapatlah Yonz menaip semula.. itu saja.

Doakan Yonz ye..

Monday, June 27, 2011

Alahai malasnye...


Kalau tengok dari tajuk pun memang dah boring nak baca kan... Memang lama Yonz tak update blog pun... dah berbulan2 rasanya. Nak terminate terus blog nie, sayang pulak... Tapi nak teruskan menulis... tak berdaya rasanya.

Bukan apa, cuma masa untuk mengadap depan lappy dan menaip entry baru yang takde masa tue. Selalu Yonz kalau online pun banyak menghabiskan masa dengan baca email dan mengadap Facebook sahaja... bagi yang follow blog nie, harap maklum ye... hehehe

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru 2011

Bersua kita lagi di tahun baru 2011... panjang jugak umur kita.. hehehe. Seperti semua orang, Yonz pun tak terkecuali ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Semoga di tahun baru ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup ini hendaknya.

Yonz menulis post nie kat tempat kerja, almaklum Yonz kena bekerja tahun baru ini (Public Holiday tue...). Kalau nak di imbas tahun 2010, lebih2 lagi di bulan November dan Disember memang Yonz sibuk sangat. Yonz memang takde masa nak update blog... cuma lebih banyak ber'FB' dan ber'Tweet' sahaja yang mampu. Sebenarnya banyak benda yang berlaku 2 bulan ini, cuma tak berpeluang nak story jer. Kira hujung bulan memang kurang berblogging... :(

InsyaAllah dengan masuknya tahun 2011 ini, Yonz akan lebih kerap update blog... tapi ianya bergantung pada masa la.

Monday, November 22, 2010

Business T-shirt kembali...


Memang kalau sebut pasal t-shirt nie, lama dah Yonz buat. Dari t-shirt Baby Milo dan Babe Saru sampaikan ke t-shirt Cap Ayam sudah Yonz try buat. Kalau nak diikutkan memanglah ada untung... tapi untuk Yonz 'maintain' stok, itu yang payah sikit. Kalau yang sudah join business jual beli t-shirt nie tentu sudah sedia maklum... ya, kena beli dalam kuantiti yang banyak. Dalam kata lain, perlukan modal la jawabnya. Masalahnya Yonz bukan ada tapak pasar malam ke, kedai pakaian ke... cuma jual kecil-kecilan di internet seperti di Facebook sendiri dan Mudah.my. Jadi ianya akan slow sikit la...

Tapi bulan lepas Yonz telah dapat JV (joint venture) baru yang membolehkan Yonz membeli t-shirt dengan kuantiti sedikit malahan boleh buat design sendiri. Apa yang Yonz kena ingat ianya bukan t-shirt 'ready stock'... ya, kena tempah dulu. Orang yang sama bertanggung jawab terhadap blog Akamika Gift yang penuh dengan idea2 kreatif beliau... Idea apa tue???... nak tau lebih lanjut, masuk jer blogspot Akamika Gift... anda akan tahu.

Selepas nie Yonz akan updated satu persatu t-shirt yang Yonz maksudkan... Tunggu...

Thursday, November 18, 2010

GoMobile Expo 2010

Yonz nak story sikit tentang GoMobile Expo yang baru berlalu minggu lepas. Expo ini diadakan pada 12 hingga 14 November 2010 di KL Convention Center (Tapak PC Fair tue ler). Yonz cuma pergi pada hari pertama (Jumaat) memandangkan orang tak berapa ramai sangat. Yonz pergi sana dengan member satu shift naik LRT untuk ke KLCC. Sampai2 saja banyak banner2 besar berbunyi 'GoMobile Expo, Malaysia's largest Mobile lifestyle event'... macam gempak jer. Sebenarnya GoMobile expo ini adalah kali yang kedua diadakan... yang pertama dibuat di PWTC tahun lepas.











Yonz suka GoMobile Expo sebab ia lain dari PC Fair yang serabut dengan orang. Siapa yang datang ini sudah tentu peminat2 mobile world dan mobility lifestyle saja. Jangan bandingkan ia dengan PC Fair kerana ia memang tak seramai itu... Tapi bagi Yonz yang pernah pergi GoMobile sebelumnya, kali nie pasti ada sedikit kelainannya...


































Masuk saja ke tapak Expo, mata Yonz terus terpandang satu banner,'Phone Museum'... Di situ ada dipamerkan hp yang digunakan di Malaysia dari dulu sampai sekarang. Handphone pertama Yonz pun sampai masuk muzium tue, ingat Philips Twist??? ...hahaha. Pameran ini telah mendapat kerjasama dari TM dan Telekom Muzium. Apa yang bestnya, dapat tengok hp pertama Nokia yang diguna pakai zaman 1984. Banyak juga telefon2 lama telekom yang dipamerkan... siap pondok telefon pun ada. Bila dah puas tengok yonz pergi ke booth lain pulak.











Dari jauh Yonz nampak booth DIGI, dalam kepala dah tahu punya... comfirm promo iPhone4. Buat kali ke-5 Yonz belek dan pegang iPhone 4 nie... Beli tak dapat la...hahaha. Booth Samsung pun tak kurang hebatnya menayangkan Samsung Galaxy Tab pada expo kali nie. Apalagi Yonz pun ambil peluang pegang device tu. Memang teruja jugak Galaxy Tab nie.. cuma kecil sedikit dari iPad. Kalau siapa2 hantu tablet boleh sambar device tue...























Yonz paling last mesti kena singgah booth Nokia, al-maklum kita 'kipas susah mati' Nokia nie. Di Booth Nokia, N8 colour Orange telah kelihatan dan menurut promoter, colour orange memang baru launch pasaran malaysia, cuma colour biru lambat sikit. Yonz dan member dok layan HDMI demo kat belakang booth... sekejap test video, sekejap main game 'Angry Birds'... memang best qualitynya pada LCD screen.








Setelah puas cuci mata Yonz dan member ambil keputusan untuk balik sebab dah hampir petang. Malas nak tunggu lama2 sebab naik LRT petang... faham2 saja la. Apa2pun masing2 berpuas hati, cuma bagi Yonz kena kumpul duit la nak beli Nokia N8...hehehe.

Monday, October 11, 2010

Iron Man Heroic Team Up terakhir


Kalau di post yang lepas Yonz cerita tentang Iron Man bust... kali nie Yonz nak story pasal toys terakhir Iron man (ye ker tue?) yang Yonz ada. Bukannya apa, sekali lagi Yonz beritahu yg Iron Man bukanlah my fav. toys to collect. Tapi bila dah tengok set yang nie... memang tak tahan ler. Kena sambar jugak akhirnya...


Toys yang Yonz maksudkan adalah Iron Man 2 'Heroic Team Up' set keluaran Hasbro. Masa Yonz sambar dulu ada banyak lagi stok... sekarang hampir tiada. Dari kedai2 toys besar hingga yang kecik, payah dah nak jumpa... nasib Yonz sambar awal.


Bila dah buka dari kotak dan pegang sendiri... memang feel siot. Tambahan lagi dengan colour metalik dan finishing yang agak baik. Boleh la buat gantian dengan Hot Toys Iron man yang mahal tue... yang nie pun dah kira ok.



Bukan itu saja, Iron Man 2 'Heroic Team Up' ini dilengkapi dengan aksesorinya seperti launching missiles dan blasting machine gun. Set ini juga didatangkan dengan bunyi dan lampu padanya. Bila dah puas pegang terus letak dalam almari sekali dengan Iron Man bust... memang nampak cantik dan ekslusif pulak...hahaha

Thursday, September 30, 2010

Iron Man Bust milikku


Kalau nak diikutkan betul2, Yonz bukannya peminat Iron Man sangat pun berbanding dengan Transformers. Kebanyakkan toys Iron Man yang berkualiti tinggi datang dari HotToys series (HongKong) yang harganya bermula dari RM600 ke RM800... mana ada budget.

Cuma Yonz tertarik dengan Iron Man collectible bust yang cun beserta harganya yang berpatutan. Setakat post ini ditulis, HotToys telah mengeluarkan 3 jenis Iron Man collectible bust dan 2 daripadanya telah pun berada di pasaran.

>









Post tentang Iron Man Mark IV Bust










Post tentang Iron Man War Machine Bust

Masa mula2 dapat beli Mark IV bust tue memang seronok, lebih2 lagi lepas buka kotak... teruja dengan warna metalik dan bentuknya. Bila War Machine bust pula diumumkan Yonz terus buat pre-oder. Dua bulan lepas tue War Machine bust pun sampai ke pasaran Malaysia yang akhirnya menjadi milik Yonz.


War Machine bust nie lengkap dengan shoulder-mounted gatling gun yang cun dari Mark IV itu sendiri. Bila ON power dengan lampu merah pada matanya memang nampak garang. Pendek kata War Machine bust lagi cun dari Mark IV bust pada pandangan Yonz la...

Akhirnya kedua2 bust telah pun menjadi milik Yonz...hehehe

>

Tuesday, September 21, 2010

Ary Lepas Raya


Lama rasanya tinggalkan blog ni sempena Hari Raya, makin malas bila nak start ber'blogging' balik... samalah dengan kerja sebab masih mood raya. Tahun nie Yonz tak balik raya Kelantan, cuma beraya di KL dan Negeri Sembilan saja sebab hari raya ketiga dah start kerja balik. Bekerja di hari raya nie memang best sebab bos takde tapi bosan orang takde, bangla ramai ler... kedai mamak tak buka... ermmm.

Masa standby raya tempohari Yonz memang berdoa panjang... jangan la ada problem yang besar2 atau 'down' yang pelik2. Alhamdulilallah sepanjang Yonz bekerja semuanya elok2 belaka. Raya kali nie Yonz dapat la bagi duit raya sikit kat anak2 buah di KL dan Negeri Sembilan... guna sampul RapidKL tue... hehehe.











Hari Raya pertama Yonz cuma ikut rutin biasa, pergi sembahyang raya, kenduri rumah nenek di Dato' Keramat dan ziarah kubur. Hari raya kedua Yonz habiskan beraya di Negeri Sembilan dan Beranang... lepas tue Yonz terus kerja di hari raya ketiga berderet sampai 1 minggu lebih...errkkkk

Kasut kerja ku...

Setiap tempat kerja terutama bahagian maintenance ataupun engineering mempunyai kasut kerja yang dikhaskan (dibaca : Safety shoe). Yonz kerja di RapidKL nie dah rasa 3 jenis kasut kerja yang company bagi. Memula Yonz pakai kasut keselamatan dari jenama 'Black Hammer'. Kasut yang kedua pun sama jenama tapi lebih sporty... malangnya dah kena curi masa di rumah. Untuk kasut keselamatan yang ketiga ni Yonz dan tech yang lain dapat lambat sikit. Setelah sekian lama, penantian Yonz berbaloi juga akhirnya. Kasut kerja yang terbaru kali ini adalah dari jenama 'Red Wing'.
















Masa memula buka kotak dah terus teruja... high cut safety shoe tue. Memang 1st time kiranya Yonz pakai kasut 'high cut' nie. Apa yang best tentang spec kasut nie, ianya diperbuat dari kulit yang kalis air. Apa yang penting ianya 'safety shoe' yang digunakan untuk Yonz bekerja. Sampai jer rumah terus ambil gambar dulu sebelum kotor...hehehe.

>






Esok2nya Yonz terus pakai dan 'lanyak' kasut nie sebab kalau jarang pakai ianya agak keras, macam kasut yang lama2. Tetiba Yonz terfikir nak tengok kasut ini dalam internet... saja nak survey harga memandangkan kasut jenama 'Red Wing' memang mahal. Survey punya survey, memang sah mahal giler... kalau beli sendiri kat kedai harganya mencecah RM500++... perrhhh. Nasib ler dapat free company bagi.... hehehe
>
Related Posts with Thumbnails