Showing posts with label RapidKL. Show all posts
Showing posts with label RapidKL. Show all posts

Tuesday, September 21, 2010

Kasut kerja ku...

Setiap tempat kerja terutama bahagian maintenance ataupun engineering mempunyai kasut kerja yang dikhaskan (dibaca : Safety shoe). Yonz kerja di RapidKL nie dah rasa 3 jenis kasut kerja yang company bagi. Memula Yonz pakai kasut keselamatan dari jenama 'Black Hammer'. Kasut yang kedua pun sama jenama tapi lebih sporty... malangnya dah kena curi masa di rumah. Untuk kasut keselamatan yang ketiga ni Yonz dan tech yang lain dapat lambat sikit. Setelah sekian lama, penantian Yonz berbaloi juga akhirnya. Kasut kerja yang terbaru kali ini adalah dari jenama 'Red Wing'.
















Masa memula buka kotak dah terus teruja... high cut safety shoe tue. Memang 1st time kiranya Yonz pakai kasut 'high cut' nie. Apa yang best tentang spec kasut nie, ianya diperbuat dari kulit yang kalis air. Apa yang penting ianya 'safety shoe' yang digunakan untuk Yonz bekerja. Sampai jer rumah terus ambil gambar dulu sebelum kotor...hehehe.

>






Esok2nya Yonz terus pakai dan 'lanyak' kasut nie sebab kalau jarang pakai ianya agak keras, macam kasut yang lama2. Tetiba Yonz terfikir nak tengok kasut ini dalam internet... saja nak survey harga memandangkan kasut jenama 'Red Wing' memang mahal. Survey punya survey, memang sah mahal giler... kalau beli sendiri kat kedai harganya mencecah RM500++... perrhhh. Nasib ler dapat free company bagi.... hehehe
>

Wednesday, March 31, 2010

Train terpantas keluaran Alstom

Tengah Yonz bosan2 surfing internet (hari hujan sebenarnya), terus jer masuk Youtube cari video yang best untuk ditonton. Tetiba dalam kepala nie nak tengok video Train terpantas di dunia. Cari punya cari keluar la tajuk "fast train in the world" terus jer klik...

Bila tengok video tue rasa macam pernah tengok jer... rupa2nya Yonz pernah tengok demo train nie di PWTC masa pameran Rail Solution Asia. Masa tue Syarikat Alstom yang top dengan train lajunya (TGV's) buat persembahan video nie...seingat yonz la.


Syarikat Alstom ni memang 'rajin' pecah rekod dunia... pada 03 April 2007 (jam 13:13) sekali lagi rekod train terpantas dunia dipecahkan di France oleh TGV v150 dengan kelajuan 574.8kmph atau 357.2 mph. Memang laju...

More about ALSTOM here



Thursday, February 25, 2010

Majukah sistem Transit kita???...

Sistem transit di Lembah Klang :


RapidKL LRT (Ampang Line) ~My Work Places~
RapidKL LRT (KelanaJaya Line)
KTM Komuter (Rawang - Seremban)
KTM Komuter (Sentul - Port Klang)
KL Monorel (Titiwangsa - KL Sentral)
ERL (KLIA Transit/ Ekspress)

Mari kita lihat Transit di negara jiran...Singapore, bukan sebahagian tetapi 1 singapore punya sistem Transit yang bergelar MRT.

Sistem Transit Singapore sekarang


Sistem Transit Singapore akan datang...dalam perancangan.



P/s: Bandingkan dengan sistem di Negara kita...anda komen sendiri...

Pening naik LRT???...

Selalu sangat Yonz dengar orang mengeluh bila naik LRT Ampang Line area Yonz bekerja. Kalau nak layan satu persatu aduan memang payah la...tapi itu bukan kerja Yonz untuk puaskan hati semua pihak. Salah satu dari rungutan adalah salah naik tren atau salah turun station. Ini berlaku kerana RapidKL Ampang line mempunyai 2 laluan destinasi berbeza iaitu Terminal Ampang dan Sri Petaling. Maksud Yonz di sini, kalau kita tengok RapidKL Kelana Jaya Line laluan destinasi hanya 1 laluan pergi dan balik... berbanding dengan Ampang Line mempunyai 2 laluan berbeza dari KL. Apa yang penting di sini bukan laluannya tapi cara kita melihat destinasi itu sendiri.

Apa yang kita kena 'pegang' betul2 adalah di mana tren itu bertukar... jawapannya ada di station Chan Sow Lin. Di Station inilah tren Ampang line akan menuju ke dua arah berbeza. Setiap kali sampai di Chan Sow Lin pemandu tren akan memberitahu laluan tren tersebut (bagi yang dalam tren), Setiap kepala tren juga ada menunjukkan destinasi tren.. kalau kita nak ke area Ampang, naik la tren Ampang... kalau nak ke arah laluan Bukit Jalil or Sri Petaling, naik la tren Sri Petaling. Di setiap station juga ada papan tanda jenis 'scrolling' memberitahu tren yang bakal tiba itu nak ke mana destinasinya. Pendek kata tiada sebab untuk tersalah naik tren kecuali kita jenis cuai...

Kenapa boleh salah laluan???...kalau tanya Yonz, jawapannya sikap.

"Eh, kenapa pulak sikap bukannya sistem itu sendiri yang pening...naik tren kena tukar sana...tukar sini"

Mari kita lihat kebenarannya...

- Kebanyakkan penumpang tak pasti ke mana destinasi yg nak di tuju, lebih parah jika tak nak tengok papan tanda yang di sediakan.

"nak turun mana erk???..sini boleh kot..turun jer la..semua orang turun"

- Masuk tren tergesa2 tanpa melihat destinasi tren tersebut.

Ini selalu jadi masa 'peak hour' pergi dan balik kerja... tengah beli tiket, tetiba tren sampai... apa lagi terus berlari masuk... takut tertinggal tren konon... sudah2 awak yang sesat sebab salah destinasi...huhuhu

- Tidak mahu bertanya (di baca: spesis berlagak)

yang jenis ni dia terpandang sana... terpandang sini... papan tanda tak nak tengok, orang tak nak tanya... dari Ampang nak pergi Bukit Jalil... dah terlajak sampai Sentul Timur... siapa yang susah???.

-Tak ambil endah pengumuman pemandu tren

Masuk2 tren dah berborak... nak turun Tasik Selatan, tak sedar dah naik tren Ampang... bila sampai Chan Sow Lin... pengumuman dah bgtau:

"tren ini menuju ke Ampang, untuk ke Sri Petaling... Sila turun di sini dan tunggu tren Sri Petaling di platform 2A"

awak dok pot..pet..pot..pet (di baca: mengumpat), sedar2 dah sampai Maluri... baru kelam kabut...

Betul tak Yonz cakap sikap... papan tanda dah ada... "scrolling infomation" dah ada... pengumuman dah ada... so macam mana boleh silap lagi... pada hal hari2 naik tue... hahahaha. Bayangkan pelancong luar (di baca: mat saleh) yang 1st time naik Lrt pun tak pernah silap destinasi... buat malu jer...

Nasihat Yonz lepas2 nie pastikan destinasi kita dengan betul dan jelas... baru tren tersebut... okies

Monday, January 18, 2010

Leatherman Core

Sebelum nie Yonz ada cerita pasal multi-tool yang best untuk technician macam yonz. Salah satu multi-tool yang yonz pakai adalah dari jenama Leatherman yang dikenali sebagai Leatherman Core. Bukannya core2 duo atau dual core untuk pc tue tau...hahaha.









Yonz sudah guna multi-tool nie dah dekat 1 tahun juga, masih elok dan tajam lagi. Kalau pergi kerja mesti ada Leatherman Core dipinggang baru rasa complete kot...emmm. Mari kita lihat details bagi Leatherman Core nie :

Tools:
* 420HC Clip Point Knife with Straight Edge
* 420HC Sheepsfoot Serrated Knife
* Needlenose Pliers
* Regular Pliers
* Wire cutters
* Hard-wire cutters
* Stranded-wire cutters
* Wire Stripper
* Electrical Crimper
* 5/16" Screwdriver
* 7/32" Screwdriver
* 1/8" Screwdriver
* Phillips Screwdriver
* Wood/Metal File
* Saw
* Bottle Opener
* Can Opener
* 9 in | 22 cm
* Awl with Thread Loop

Features:
* Stainless Steel Handles
* Stainless Steel Body
* All Locking Blades and Tools
* Comfort-sculpted Handles
* Leather or Nylon Sheath
* 25-year Warranty

Kalau nak cerita tentang harga tue memang mahal la bagi jenis Leatherman nie dalam RM5xx.00 untuk harga terkini. Masa Yonz beli tue puas juga cari dalam internet dan terjumpa yang jual murah sedikit dalam RM3xx.00. So apa lagi, Yonz pun sambar la satu untuk buat koleksi dan kegunaan ditempat kerja. Leatherman Core nie kalau nak ikut betul2 adalah gabungan 19 tool dalam satu...dalam kata lain complete tool la.

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang barangan Leatherman.

Masuk di sini : Leatherman Website

Thursday, January 14, 2010

LRT RapidKL sambung station???

Setelah beberapa tahun LRT yang kini di bawah RapidKL akan membuat sambungan pada LRT Ampang line dan Kelana Jaya line. Sambungan laluan yang dibuat adalah untuk menggalakkan orang awam menggunakan perkhidmatan LRT terutama untuk ke tempat kerja.

Pada ketika dulu timbul pelbagai rungutan bahawa laluan LRT tidak merangkumi kawasan dan tempat2 yang strategik seperti kawasan perumahan. Terdapat banyak pihak telah membuat cadangan laluan jika RapidKL ingin menambah laluan LRT yang baru. Pada hujung tahun 2009, RapidKL telah mengumumkan sambungan laluan yang baru bagi kedua2 LRT iaitu Kelana Jaya dan Ampang line. Sambungan ini adalah cadangan laluan baru yang akan diguna pakai setelah semuanya lulus kelak.

Sambungan pada Kelana Jaya Line Stations
Subang Jaya - USJ - Putra Height

Sambungan pada Ampang Line Stations
Kinrara - Puchong - Putra Height

Laluan Station Baru

LRT Kelana Jaya lineCadangan sambungan bermula dari station terakhir Kelana Jaya menuju ke Lembah Subang, Kelana Business Centre, melalui Subang, USJ, Alam Megah dan hub terakhir di Putra Heights. Laluan ini merangkumi 13 station baru sepanjang 17km.

LRT Ampang line
Cadangan sambungan bermula dari station Sri Petaling melalui kawasan Puchong, Kinrara dan hub terakhir di Putra Heights (interchange dengan LRT Kelana jaya line) Laluan ini juga merangkumi 13 station baru sepanjang 17.7km.

Ke semua station yang baru ini akan dilengkapi dengan fasiliti seperti lift, escalators, telephone awam, surau and tandas. Kedua2 sambungan station ini di jangka siap pada hujung tahun 2012.
Mari kita ikuti perkembangannya di LRT Extension

Wednesday, January 13, 2010

Rapidpass...kini Monorail

RapidKL telah pun memperkenalkan kad Rapidpass yang baru di mana kini pengguna LRT dan bus RapidKL boleh menggunakan kad tersebut untuk perkhidmatan KL Monorail. Kad Rapidpass Intergrated ini boleh didapati dengan harga RM150 untuk sebulan penggunaan. Kad ini membolehkan pengguna menaiki RapidKL LRT juga bus tanpa had termasuk KL Monorail sepanjang 1 bulan.

Rapidpass Integrated (RM150)
Semua perkhidmatan RapidKL & KL Monorail
(Bermula dari Dis 2009)

Rapidpass LRT (RM100)
RapidKL LRT line (Ampang Line & Kelanajaya Line)


Rapidpass Integrated ini boleh didapati di semua cawangan LRT dan station KL Monorail, termasuk hub bus terpilih.

Lebih lanjut tentang Rapidpass

Thursday, September 3, 2009

LRT for info...

Tren LRT yang pertama diperkenalkan di Malaysia bergelar STAR (Sistem Transit Aliran Ringan) yang bermula di Ampang. Teknologi Light Rapid Transit (LRT) ini telah diperkenalkan oleh Syarikat Adtranz dari German. Tren ini direka dengan kedudukan bermula di dua kawasan... Ampang dan Sri Petaling di mana kedua-duanya menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Fasa 1:
September 1998 - Bermula dari Stesen Ampang dan Sri Petaling hingga ke Stesen Sultan Ismail.

Fasa 2:
Disember 1998 - Di sambung dari Stesen Sultan Ismail hingga ke Stesen Sentul Timur.

Sehingga kini ia mempunyai 25 buah stesen ke semuanya.
--------------------------------------------------------------------------------------

Tren LRT kedua pula di bina dengan nama LRT Putra di mana ia menggunakan sistem teknologi tren tanpa pemandu oleh Advanced Rapid Transit Mark II (PUTRA) dari Kanada. Dari Depotnya di Subang, ia bermula dari Stesen Kelana Jaya hingga ke Terminal Putra di Gombak di mana ia mempunyai 24 buah stesen semuanya.

Fasa 1:
September 1998 - Bermula dari Subang Depot hingga ke Stesen Pasar Seni.

Fasa 2:
Jun 1999 - Di sambung dari Stesen Pasar Seni hingga ke Stesen Terminal Putra Gombak.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Kini syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RapidKL) telah mengambil alih ke dua-dua LRT ini dengan gabungan RapidKL Bus di bawah satu bumbung. Banyak perubahan yang telah berlaku bagi menyelaras dan menyusun atur ketiga-tiga pengangkutan ini. Nama atau panggilan baru telah diperkenalkan bagi kedua-dua LRT ini.

STAR LRT - AMPANG LINE (AMP)

PUTRA LRT - KELANA JAYA LINE (KLJ)
Untuk info lanjut klik RapidKL Website

Kad bulanan baru Rapidpass

Bermula dari 1 September 2009, RapidKL telah memperkenalkan harga baru untuk Rapidpass. Tak payah you all sibuk-sibuk beratur di kaunter LRT lagi untuk membeli tiket... Tunjuk jer Rapidpass dan terus jalan (sesuai bagi yang ulangalik pergi kerja naik LRT). Kalau yang naik bas pulak tak payah terbelek-belek dompet nak cari duit...ye tak. Menurut info pihak RapidKL, you all boleh berjimat lebih dari 50% dengan pembelian Rapidpass nie. Bagi Yonz sendiri la, kalau dah hari-hari naik LRT dan Bas RapidKL tue memang tak rugi beli kad Rapidpass nie... Apa dia??, Yonz macammana?? sudah tentu naik free la (pekerja RapidKL semestinya)... Nak juga kena kerja dengan RapidKL la..hahaha

Rapidpass Semua
(Semua perkhidmatan Bas RapidKL)

Rapidpass Konsesi*
(Semua perkhidmatan Bas RapidKL)
*khas untuk pelajar sekolah, warga emas >60 tahun ke atas, OKU

Rapidpass LRT
(Semua perkhidmatan LRT Aliran Kelana Jaya & Aliran Ampang)

Rapidpass Integrasi
(Semua perkhidmatan Bas & LRT di RapidKL)


Untuk info lanjut klik RapidKL Website


Wednesday, August 26, 2009

Technician Stuff

Kali nie Yonz nak kongsi sikit pasal item atau tool seorang technician (Yonz la tue). Bukan tool biasa tapi multi tool macam yang MacGayver pakai dari swiss army tue. Semenjak bekerja di RapidKL nie macam-macam tool yang didedahkan pada Yonz...tools di Jalan Pasar (Pudu) menjadi fav. sebab pelbagai pilihan yang ada.

Sebut pasal pilihan, tak semua multi tool murah dan kualiti rendah... jangan salah faham pulak. Ada multi tool yang mencecah harga ratusan ringgit bergantung pada kualiti bahannya. So...takkan Yonz nak cerita pasal screw driver atau testpen kot dalam blog nie..hahaha. Firstly tentu nak cerita tentang jenama dia...bagi yang 'kaki' multi tool atau technician gadget tentu dah biasa dengar nama-nama yang Yonz senaraikan nie...

Swiss Army (Victorinox & Wenger)

Leatherman

Gerber - Legendary Blades


SOG

So... ada yang kenal tak???... Kalau ada kelapangan Yonz akan terangkan dengan lebih lanjut lagi. Setakat nie tool dari Swiss Army dan Leatherman memang jadi fav. Yonz... Lagipun tool ini tak semuanya ada dalam pasaran Malaysia. Susah nak dapat satu hal, mahal satu bab lagi...huhuhu
Related Posts with Thumbnails