Showing posts with label Green Zone. Show all posts
Showing posts with label Green Zone. Show all posts

Tuesday, July 8, 2014

Cara Mengesan JIN di dalam Tubuh Badan Kita

 
Assalamualaikum.. di sini nak kongsi sket cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada di dalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir di dalam tubuh badan kita mengikut saluran darah?. 

Rasulullah SAW bersabda:  
"Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" 

Jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh. Salah satu cara bagaimana untuk kita mengesan jin di dalam tubuh kita, anda pegang nadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:



1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.


 


Sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat di atas badan anda terasa seperti tanda-tanda dibawah. Ia tandanya tubuh badan anda dihuni jin... Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.

1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.

PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah

Monday, March 3, 2014

Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,

"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Tuesday, February 18, 2014

Sistem Takut

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

1) Barangsiapa yang takut kepada Allah, nescaya setiap sesuatu akan takut kepadanya.

2) Barangsiapa yang takut selain Allah, nescaya ia akan dipertakutkan Allah dari setiap sesuatu.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Apabila gementar hati orang mukmin kerana takut kepada Allah, nescaya bergugurlah daripada dosanya sebagaimana berguguran pepohon kayu akan daunnya."

Sunday, February 20, 2011

Iman dan Takwa


Iman orang beriman


Rasulullah S.A.W. bersabda : Ujian iman kamu ada 3...

1) Sabar atas segala ujian.
2) Syukur atas segala pemberian atau keluasan hidup.
3) Redha atas kejadian2 dengan Qadha (hukum) Allah.


Taqwa membentuk watak

Filosof islam Imam Ghazali memperincikan bahawa sifat2 taqwa itu akan membentuk 7 jenis watak dan sifat2 manusia yang baik.

1) Lidahnya terpelihara dari berbohong, mencela, mengumpat,
menyakiti hati orang lain dan sebagainya.
2) Hatinya terhindar dari sifat dengki, membenci dan pendendam.
3) Matanya terpelihara dari pandangan haram.
4) Perutnya tidak mahu memakan makanan yang haram.
5) Tangannya tidak digunakan untuk perbuatan2 dosa.
6) Kakinya tidak melangkah ke tempat2 maksiat.
7) Ketaatannya ikhlas kerana Allah semata2, tidak kerana riak atau
mengharapkan pujian orang lain.

Tuesday, January 4, 2011

Hamba yang Mulia dan Berakal

Sifat2 Hamba yang Mulia

1) Sopan, rendah diri dan tidak sombong.

2) Pada malam hari bertahajud kepada Allah.

3) Takut akan siksa Allah dan selalu berdoa untuk dijauhkan dari siksaanNya.

4) Sederhana dalam membelanjakan hartanya.

5) Bebas dari perbuatan syirik.

6) Bertaubat dan mengerjakan amal soleh.


Ciri2 orang Berakal

1) Mampu mengambil ikhtibar dari umat yang terdahulu.

2) Peka terhadap permasalahan untuk mencari kebenaran.

3) Selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semesta.

4) Mahu menyampaikan dan memberi peringatan kepada manusia dan memberi pelajaran tentang keEsaannya.

5) Menolak keburukan dengan kebaikan.

Friday, November 19, 2010

5 Perkara Mudah TETAPI Payah dilaksanakan


Terdapat 5 perkara yg mudah dikatakan TETAPI amat payah dilaksanakan

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda di dalam sebuah hadis riwayat At-Tarmizi yg bermaksud :

Wahai umatku sekalian! Sesungguhnya bukanlah kamu terdiri dari umat islam andainya...
Setiap kali kamu berjanji sentiasa kamu ingkari.

Setiap kali kamu diberi amanah sentiasa kamu khianati.

Setiap kali kamu diberi peluang dipuncak dunia (pangkat serta darjat), kamu lupai asalmu serta orang dibawahanmu.

Setiap kali kamu mengiyakan kata ketuamu dihadapannya tetapi kamu mengkhianati kata ketuamu dibelakangnya.

Kamu berdiri dikalangan umat islam tetapi kamu lupa siapa Tuhanmu, siapa Rasulmu serta apa
Petunjukmu.

"Sekiranya kamu di dalam golongan ini... bertaubatlah. Ini adalah salah satu tanda2 hari terakhir sebelum sangka kala ditiupkan"

Monday, October 11, 2010

Iman OH Iman

Tidak sempurna IMAN seseorang hamba SEBELUM ada padanya 3 perkara

# Apabila ia marah, nescaya marahnya tidak keluar dari kebenaran

# Apabila ia redha, nescaya redhanya itu tidak masuk kepada batil

# Apabila ia mampu, nescaya ia tidak mengambil apa yang tidak menjadi miliknya

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Cintailah Allah kerana Dia yang memberi kamu makan dan nikmat... dan cintailah Aku (Rasulullah) kerana Allah mencintai Aku"








Tuju 3 perkara


3 perkara apabila ada pada seseorang itu, nescaya bercahayalah imannya :

# Ia tidak takut (ketika menuju jalan Allah) akan cacian orang yang mencaci

# Ia tidak lalai dan berbuat setiap sesuatu amalan yang disuruh

# Apabila dikemukakan padanya 2 pekerjaan... 1 untuk duniawi dan 1 lagi untuk akhirat, nescaya ia mengutamakan urusan akhirat dari urusan dunia

“Sampaikanlah olehmu walau sepotong ayat”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 26, 2010

3 Macam Sabar...

Berkata Ahli Ariffin, sabar itu ada 3 jenis :

Sabar meninggalkan nafsu syahwat. Ini adalah darjat orang bertaubat.
Redha dengan takdir tuhan. Ini adalah darjat orang 'Zuhud'.
Suka pada apa yang diperbuat tuhan. Ini adalah darjat orang Siddiqin (benar).


Jamuan Makan


Rasullullah S.A.W. bersabda :

Seburuk2 makanan ialah makanan kenduri yang hanya dihadiri oleh orang2 kaya tanpa bersama orang2 miskin.

Janganlah kamu makan selain makanan orang2 bertaqwa dan jangan dimakan makananmu selain oleh orang2 yang bertaqwa.

Barang siapa marah kepada tetamu, maka ia telah marah kepada Allah. Barang siapa marah kepada Allah, nescaya ia dimarahi Allah.

“Sampaikanlah olehmu walau sepotong ayat”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, August 9, 2010

Selamat datang Ramadhan

Pejam celik bulan Puasa pun datang kembali... kejapnya rasa 1 tahun yang berlalu, makin lama makin pantas. Tak terkejar rasanya masa ni... sok2 dah hujung tahun pulak. Sempena bulan baik nie Yonz nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan yang mulia ini. Harapan Yonz Ramadhan kali ini lebih baik hendaknya berbanding tahun lepas. Bukan senang nak 'jaga' puasa duduk di tengah2 hiruk-piruk kota ni... lebih2 lagi puasa mata... emmm...

Marilah kita sama perbanyakkan amalan di bulan mulia nie. Kalau tak boleh buat semua (amalan baik), jangan tinggal semua... Mana yang patut dijaga, kita jagalah... mana yang patut dielak, kita elaklah.... hehehe. Dibawah nie Yonz senaraikan perkara2 lazim untuk info kita dibulan Puasa. Harap2 ianya berguna untuk dikongsi bersama...


Perkara-perkara Sunat dilakukan di bulan puasa:

1. Membanyakkan membaca al-Quran
2. Mandi junub sebelum fajar
3. Melewatkan sahur waktu imsak
4. Berbuka dengan buah tamar dan benda manis
5. Membanyakkan sedekah
6. Solat terawih
7. Segera berbuka bila masuk waktu















Perkara-perkara Makruh di bulan puasa:

1. Berkumur-kumur dengan keterlaluan
2. Merasa makanan dengan lidah
3. Bercakap perkara-perkara buruk dan keji
4. Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
5. Gosok gigi setelah gelincir matahari
6. Mencium isteri dengan nafsu
7. menderma darah


Perkara-perkara yang memBATALkan puasa:

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
3. Haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
4. Muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
5. Melakukan persetubuhan
6. Gila walaupun sebentar
7. Murtad (keluar dari Islam)
8. Berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib


Perkara yang Tidak membatalkan puasa:

1. Menelan air liur
2. Bersuntik
3. Tidur walaupun sepanjang hari
4. Termasuk debu atau lalat ke dalam rongga
5. Tertelan air yang dikumur tanpa sengaja


Selamat Berpuasa... Puasa, jangan tak puasa tau...

Friday, August 6, 2010

3 Tingkat Sabar



Ibnu Abbas R.A. mengatakan SABAR dalam Al-Quran itu ada 3 peringkat :





* Sabar pada menunaikan perkara yang di Fardhu oleh Allah, maka baginya pahala 300 tingkat.

* Sabar atas apa yang diHaramkan oleh Allah, maka baginya pahala 300 tingkat juga.

* Sabar atas segala '
Musibah', maka baginya pahala 900 tingkat.


“Sampaikanlah olehmu walau sepotong ayat”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, July 13, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat


Buku yang Yonz nak kongsi kali nie adalah buku agama yang lain dari yang lain. Tentu ramai yang sudah tahu tentang buku yang popular dari Telaga Biru ini. Apa yang best tentang buku ini ialah cara persembahannya yang penuh dengan grafik warna -warni. Kita takkan cepat bosan bila baca buku ini berbanding dengan buku2 agama yang lain. Itu yang pertama kali Yonz rasa bila belek2 buku ini... dan sememangnya ia sebuah buku Panduan Fardu Ain lengkap bergambar.




















Tajuk : Indahnya Hidup Bersyariat
Pengarang : Dato' Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga : RM55 / RM57 (Sabah & Sarawak)

Buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.










Teknik penyampaian


Buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step-by-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seterusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Berminat dengan buku ini???...klik Telaga Biru Online

Monday, June 28, 2010

Pantun peringat pasal Aurat

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat







Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah







Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan







Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di Akhirat hebat
Related Posts with Thumbnails