Showing posts with label Toys N collection. Show all posts
Showing posts with label Toys N collection. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Memori 'Fallen' tetap dihati...


Macam tajuk lagu rock-kapak dulu2 la pulak. Tapi kenangan bersamanya masih terpahat dalam ingatan Yonz...wakaka. Apa menda yang Yonz dok merepek nih???. Sebenarnya ia tentang toys Transformers yang telah pun Yonz jual. Boleh dikatakan toys pertama yang Yonz jual balik adalah TF The Fallen ini lah.












Kalau nak cerita sejujurnya memang Yonz bukan Decepticon Collector pun, tak tau lah masa beli tue... main sambar jer kot. Bila dah bukak kotak dan display rasa cun jugak. Agak lama Yonz simpan The Fallen nie dalam almari hiasan... kadang2 tengok macam Predator pun ada.











The Fallen ini dari Voyager Class yang mana Yonz rasa lebih tinggi sedikit dari toys voyager yang lain. Kalau di transformasikan, ia akan menjadi sebuah jet... kira Alien jet mode yang memang nampak garang. Entah kenapa Yonz rasa ia perlu dikeluarkan dari senarai simpanan Yonz...













Bila dah takde tue memang rasa sedikit kehilangan... lebih2 lagi bila tengok Collector lain ada The Fallen nie. Tapi yang membuatkan Yonz tak kisah... watak The Fallen nie pun telah 'dibunuh' oleh Micheal Bay di penghujung Movie TF2 ROTF... Hampeh sekali lagi untuk Bay...

Jetfire Robot Replicas

Salah satu koleksi Yonz adalah toys Transformers robot tua yang bergelar Jetfire. Kalau hendak diikutkan info yang Yonz tahu, Jetfire versi movie TF2 ROTF sebenarnya bergelar Skyfire untuk kartun G1 yang asal. Sebenarnya memang nak kumpul Jetfire yang besar tapi agak mahal dan hodoh...huhuhu.

Apa yang Yonz berkenan dengan Jetfire ini adalah kerna ianya dari versi 'Robot Replicas' yang hampir2 menyerupai watak dalam movie Transformers ROTF. Watak robot Decepticon tua yang bongkok bertongkat ini memang unik kalau dibelek pada toys replicas yang Yonz miliki. Bila tengok Robot Replicas yang lain, Yonz kurang berkenan... cuma Jetfire yang Yonz simpan buat koleksi...

P/s: Sayang sekali Micheal Bay 'bunuh' watak Jetfire ini diakhir movie ROTF...ceh!

Thursday, January 13, 2011

HEXBUG Nano


Pernahkah anda dengar nama HEXBUG???... tak pun kalau anda pergi gedung2 mainan utama, pernahkah anda terlihat gambar seperti di atas. Masa mula2 Yonz nampak memang tak ambil kisah pun, tapi tetiba terfikir nak 'google' perkataan HEXBUG tue. Rupa2nya permainan berunsurkan micro-robotic ala2 serangga gitu.











Kalau dilihat dari website utamanya HEXBUG.com, mereka telah lama buat permainan menggunakan micro-robotic nie. Banyak sudah serangga2 elektronik yang dikeluarkan.

Micro-robotic terbaru mereka adalah HEXBUG Nano... kalau lihat betul2 dah macam lipas jer Yonz tengok. HEXBUG Nano ini bukan saja berwarna warni malahan pergerakannya seakan2 serangga hidup. Bila dah kumpul banyak2, lepas tue lepaskan semua kat lantai... memang haru dibuatnya.













Syarikat HEXBUG tidak berhenti di situ sahaja, mereka juga telah mengeluarkan pelantar atau platform tempat serangga2 mereka beraksi. Kalau selalu kita dok bela Hamster, sekali-skala kita cuba 'bela' HEXBUG pulak...hahaha.


Monday, October 11, 2010

Big Teddy Bear...I like


Adakah anda kekurangan idea untuk membeli hadiah yang tersayang?
Kesukaran untuk mencari Teddy Bear yang besar tapi murah?
Susah membawa Teddy Bear besar pulang dari kedai ke rumah?

Yonz ada jawapannya di sini...

Big Teddy Bear 2U

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

* Harga MURAH!... ya, sangat MURAH! (Free Shipping)
* High Quality Big Teddy Bear (Branded - Import dari Hong Kong)
* Penghantaran PANTAS (Maksimum 3 hari)
* Boleh semak status tempahan dengan mudah...
* Langkah yang sangat MUDAH untuk membuat tempahan (Friendly User)










Big Teddy Bear bermula dari saiz 1.2 Meter hingga ke 3 Meter!!!...Terdapat dalam 3 warna : White / Dark Brown / Light Brown



Jika anda seorang Perempuan...

Berapakah saiz Teddy Bear paling besar yang ada dalam koleksi anda?. Pernahkah anda terfikir untuk memiliki Teddy Bear yang 2x ganda lebih besar dari anda?. Anda tidak perlu susah2 untuk keluar dari rumah dan membelinya di luar sana. Sudah tentu susah untuk anda bawa balik rumah. Besar tu.....

Kepada Si Jejaka...

Dah tak tau cara nak pujuk insan tersayang?. Inilah peluang untuk anda berikan hadiah yang paling istimewa kepada si dia. Pasti membuatkan si dia terkejut bila sampai ke pintu rumahnya. Sudah pasti si dia akan bertambah sayang kepada anda. Ya! Inilah masanya!...


Kepada Ibu Bapa...

Sudah kehabisan idea untuk memberikan hadiah Hari Jadi kepada anak kesayangan? Berilah Big Teddy Bear ini sekarang. Pasti anak anda melompat gembira!


~Cepat sementara stok masih ada~

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Iron Man Heroic Team Up terakhir


Kalau di post yang lepas Yonz cerita tentang Iron Man bust... kali nie Yonz nak story pasal toys terakhir Iron man (ye ker tue?) yang Yonz ada. Bukannya apa, sekali lagi Yonz beritahu yg Iron Man bukanlah my fav. toys to collect. Tapi bila dah tengok set yang nie... memang tak tahan ler. Kena sambar jugak akhirnya...


Toys yang Yonz maksudkan adalah Iron Man 2 'Heroic Team Up' set keluaran Hasbro. Masa Yonz sambar dulu ada banyak lagi stok... sekarang hampir tiada. Dari kedai2 toys besar hingga yang kecik, payah dah nak jumpa... nasib Yonz sambar awal.


Bila dah buka dari kotak dan pegang sendiri... memang feel siot. Tambahan lagi dengan colour metalik dan finishing yang agak baik. Boleh la buat gantian dengan Hot Toys Iron man yang mahal tue... yang nie pun dah kira ok.



Bukan itu saja, Iron Man 2 'Heroic Team Up' ini dilengkapi dengan aksesorinya seperti launching missiles dan blasting machine gun. Set ini juga didatangkan dengan bunyi dan lampu padanya. Bila dah puas pegang terus letak dalam almari sekali dengan Iron Man bust... memang nampak cantik dan ekslusif pulak...hahaha

Thursday, September 30, 2010

Iron Man Bust milikku


Kalau nak diikutkan betul2, Yonz bukannya peminat Iron Man sangat pun berbanding dengan Transformers. Kebanyakkan toys Iron Man yang berkualiti tinggi datang dari HotToys series (HongKong) yang harganya bermula dari RM600 ke RM800... mana ada budget.

Cuma Yonz tertarik dengan Iron Man collectible bust yang cun beserta harganya yang berpatutan. Setakat post ini ditulis, HotToys telah mengeluarkan 3 jenis Iron Man collectible bust dan 2 daripadanya telah pun berada di pasaran.

>









Post tentang Iron Man Mark IV Bust










Post tentang Iron Man War Machine Bust

Masa mula2 dapat beli Mark IV bust tue memang seronok, lebih2 lagi lepas buka kotak... teruja dengan warna metalik dan bentuknya. Bila War Machine bust pula diumumkan Yonz terus buat pre-oder. Dua bulan lepas tue War Machine bust pun sampai ke pasaran Malaysia yang akhirnya menjadi milik Yonz.


War Machine bust nie lengkap dengan shoulder-mounted gatling gun yang cun dari Mark IV itu sendiri. Bila ON power dengan lampu merah pada matanya memang nampak garang. Pendek kata War Machine bust lagi cun dari Mark IV bust pada pandangan Yonz la...

Akhirnya kedua2 bust telah pun menjadi milik Yonz...hehehe

>

Thursday, August 26, 2010

Iron Man 2: War Machine Collectible Bust


Kod produk: HTB07

Hot Toys telah mengeluarkan Wars Machine Collectible Bust setelah Mark IV di umumkan. Pengeluaran kali ini mungkin agak lambat untuk sampai ke pasaran Malaysia memandangkan Iron Man Mark IV pun masih baru sahaja dalam pasaran. Apa yang membezakan War Machine dengan Mark IV Bust, arca ini dilengkapi dengan senjata yang dibuat dengan lebih terperinci seperti dalam movie.


















Ciri2 IronMan2: War Machine Collectible Bust :

-Watak War Machine seperti dalam movie yang berskala 1/4th
-Lebih kurang 9 inch atau 23cm tinggi
-Nyalaan puith kristal (LED) pada mata dan dada arca
- Didatangkan dengan senjata khas terletak dibahunya
- Diwarnakan dengan Kelabu Metalik pada seluruh badannya
- Tapak yang dibuat khas beserta nama dan logo movie


















Tarikh keluar: Sudah di pasaran

Harga : RM330

Berminat???...Klik sini

HobiMax vol.2





Majalah no.2 HobiMax telah pun keluar pada awal ogos lalu... cuma Yonz yang takde masa nak buat review. Nampaknya majalah ini memang disambut baik oleh semua collector di Malaysia terutama Gundam fans.





Setelah puas Yonz belek2 majalah ni nampaknya ia masih menyambung tradisi Gundam sebagai 'cover story' sempena 30th GUNPLA Anniversary... Isu kali ini juga memaparkan laporan khas tentang cabaran Gundam 2010 pada bulan Jun lepas di Sungai Wang.








Tapi kali ini Yonz sedikit hampa sebab tiada cerita langsung tentang perkembangan Transformers di dalamnya...huhuhu. Cuma hati ni terubat sikit sebab HobiMax masih bercerita tentang keluaran Hot Toys terutama Iron Man.









Harap2 keluaran akan datang akan lebih best dan kalau boleh cerita la sikit pasal perkembangan Transformers ye...hihihi









Keluaran HobiMax akan datang...Oktober 2010

Transformers Lampu???

Walaupun demam Transformers telah berakhir mungkin Transformers 3 akan menghangatkannya kembali. Apa yang Yonz nak story satu gadget Transformers yang lain dari yang lain. Yonz jumpa dalam net yang sangat kreatif... Torchlight bertukar jadi Transformers... huhuhu

Ia bergelar...
'3 in 1 Interchangeable Transformative Robot LED Flashlight'

ia boleh berdiri... (Humanold Robot)
macam Scorpion pun ada...
merangkak ala2 Spider pun boleh...
P/s: Kalau ada jual kat Malaysia ni... comfirm Yonz beli punya...hahaha

Info lanjut di Meritline

Related Posts with Thumbnails