Friday, December 26, 2008

Catalog ODP

Sebenarnya yon dah dapat lama benda nie cuma takde masa nak scan. Bila dah scan tersimpan pulak kat ceruk2 folder dalam pc sampaikan terlupa nak post kat sini. Catalog One Drop Perfume nie sama dengan yang lama sebenarnya cuma ubah reka letak dan warna saja. So, bagi yang berminat boleh tengok pilih ikut kegemaran masing2...huhuhu

Setakat ini Wanita Set 1 dan Set 3 paling laris...Lelaki pula tentu la Set 1 (Biru).

**One Drop Perfume by Egyption Potion**

Saturday, December 20, 2008

2nd day @ PC Fair

Hari Sabtu dah selesai...so, yon pergi 2nd day PC Fair sendiri memandangkan hari ahad nie last day...tentu banyak offer. Mula2 memang nak pergi dengan member tapi last minit dia ada hal pulak...ceh. Yon pergi naik LRT jer tapi kena bertukar 2 LRT la nak ke KLCC sebab yon dari Ampang.















Bila dah sebut 'last day' tentu la lagi ramai orang datang...sesak betul. Tapi sebab pergi sendiri senang sikit nak lari2...'line pun clear'...huhuhu. Kali nie baru yon boleh lepak kat booth PC Fair lama sikit siap ambil gambar lagi (macam reporter la). Amoi2 promoter kali nie pun boleh tahan juga...ramai la ter'stop' kejap nak tengok promoter2 tue. Dah terlanjur yon ambil gambar tue...awek promoter yang cute dan sexy pun kena ambil juga ye tak?...hahaha.















Wife yon pesan suruh tengokkan labtop skin dan labtop fan katanya. Bila check lebih dari 5 booth jual labtop skin...pening nak pilih. Sudah2nya yon ambil labtop skin keluaran VEGE sebab keluaran M'sia...water proof dan sratchless. Labtop skin VEGE nie memang banyak pilihan...tapi yon ambil 2 sahaja. Labtop fan senang jer nak sambar...murah pun.

Pastu ingat nak sambar beg labtop plak...ada 4 booth yang yon dah pilih. Apa yang lawaknya bila dah tawar2, time nak bayar dia kata kena bayar tunai pulak...terus tak jadi...marah betul amoi promoter tu. Bila dah lama kat situ kaki pulak rasa sakit sebab berdiri lama punya pasal. Tengok jam dah malam, so terpaksa tinggalkan PC Fair buat kali ini...kita jumpa tahun depan pulak ye.

Friday, December 19, 2008

1st Day...PC Fair

Hampir seminggu PC Fair berlalu...amacam? banyak ker u'll shopping..Yon pergi 2 hari, Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu yon pergi dengan family sekali, saja bawa diaorang jalan2 KLCC...singgah kt Convention Center sekali. Petang tu memang ramai sangat orang, tambah2 hujan lebat pulak. Rasa lapar yon makan dulu...tempat duduk pun payah nak dapat. Yon pandang sekeliling banyak yang bawa beg plastik besar2, PC Fair punya penangan la tu. KLCC pulak ada jualan sempena Christmas siap ada pokok Christmas gergasi lagi...







Lepas makan jer terus ajak wife pergi PC Fair...memang ramai orang. Dari satu hall ke satu hall yon masuk, macam2 catalog wife yon capai tapi target utama booth Asus dan Lenovo la. Sampai kt booth Lenovo terus belek Netbook sama la dengan booth Asus EEE PC tue. Bila dah jumpa yg berkenan wife yon start tarik2 tangan (nak suruh beli la tue), so yon sambar Netbook Asus EEE PC untuk yang tersayang...hahaha. Wife yon nak guna Netbook nie untuk surf net dan buat bisness dia. Masa pembayaran ada problem sket ngan sistem plak, kena tunggu hampir setengah jam baru ok.

Lepas tue yon satu family gerak ke hall yang lain pulak untuk cuci mata. Memang banyak betul offer dari Labtop, beg, pendrive, software dan macam2 lagi...kelabu mata. Tengah jalan2 tue nampak plak booth HTC, apa lagi...serbu!!!. Memang teruja dapat pegang HTC Viva, 3G dan HTC HD depan mata. Best betul dia punya TouchFlo 3D tapi tak boleh tengok lama2...kang 'terbeli' pulak. Disebabkan sudah lama sangat kt PC Fair ini anak yon dah mula bising...patut la dah malam rupanya. So, apa lagi...balik rumah la belek Netbook baru...hahaha. Sampai jer terus setup Netbook nie...register waranty secara online, setting Wifi untuk internet dan install antivirus. Lebih kurang 25 minit...Netbook nie dah boleh digunakan...suka betul wife yon.

Thursday, December 11, 2008

PC Fair kembali...


Akhirnya PC Fair kembali juga dan pada 12/12/08 brsamaan esok, penuh la KLCC Convention center tu macam orang pergi pasar malam. Pikom PC Fair kali nie berlangsung selama 3 hari seperti selalu la...Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau ikut yon la sepanjang 2 tahun PC Fair di KLCC nie memang full dengan orang lebih2 lagi time cuti nie + dengan hujung tahun + Chrismas lagi. Semua muka2 yang datang macam 'berduit' jer...huhuhu, jangan marah ha.











Pengalaman yon sendiri kalau pergi PC Fair nie memang kena spare duit lebih...sekurang2nya yon takkan balik dengan tangan kosong walaupun mula2nya nak tengok2 jer...hahaha. Apa yon nak cari kali nie??...kalau ikut 'list' banyak, tapi yang utama nak tengok lappy kecik, ala yang EEPC tue...tak kira la jenama apa. Yon ingat nak sambar satu kalau murah la, nak beli untuk orang yang tersayang...cik Kartini kita. Labtop kecik nie harganya bawah RM2k dan brand Lenovo dan Asus dalam target...

Aisey men...takkan barang untuk orang rumah jer...kita ni yang dok kerja pagi siang malam takkan tengok jer kat PC Fair nie...ye tak??. Yon ingat nak survey Handphone baru la (Handphone lagi??...), jenama HTC tue yang touch2 punya. HTC yang baru nie ada 3 jenis yang yon nk tengok, HTC Touch Viva...3G dan HD. kalau cerita nak beli...yon masih tunggu Nokia punya 1st touch screen keluar dulu la.

Pikom PC Fair nie bermula dari 12th hingga 14th Disember ni. Apa2 pun wait and see...kita jumpa kat sana nanti ok...

Wednesday, December 3, 2008

iPhone tinggal kenangan


Bagi yang berminat tentang telefon canggih...iPhone tentu salah satu nama yang u'll tahu. Masa tahun 2007 iPhone memang hangat dikatakan di mana2 dan bagai impian jadi kenyataan bila di M'sia ada jual iPhone 'JailBreaker' ataupun 'Unlocked phone' awal tahun 2008 memandangkan iPhone belum rasmi dipasaran M'sia. Akhirnya yon ambil langkah drastik untuk sambar iPhone nie dengan trade-in Nokia N73 plus zressss kad kredit untuk dapatkan iPhone yang masa tu berharga +/-RM1899. Selepas seminggu baru yon dapat iPhone nie ditangan...memang teruja sangat. Pagi, petang sampai malam dok tekan2 iPhone, almaklum 1st time pakai full touchscreen phone.

Apa yang menarik tentang iPhone nie adalah User Interface (UI) dan cara ia berinteraksi dengan touchscreennya. Menu aplikasinya sangat menarik dan mudah digunakan. Masa melihat gambar yang paling menarik...hanya perlu layangkan jari untuk bertukar gambar juga untuk zoom. Sama juga untuk melihat senarai no. telefon. Yon suka menggunakan iPhone untuk mendengar muzik...sama seperti 'Mp3 Ipod', kualiti muzik dan video (Mp4) yang amat bagus. Untuk melayari internet (Safari) dan aplikasi2 seperti Weather dan Maps yon telah bersedia dengan Celcom Broadband (Unlimited Plan) untuk penghantaran data pantas.

Tapi setelah 2 minggu menggunakan dan mengkaji setiap fungsi dari iPhone, yon mula sedar yang iPhone yang hebat ini banyak kekurangan (menyesal la tu). Fungsi2 standard telefon biasa tidak dapat dilakukan oleh iPhone ini. Gambar yang diambil oleh camera 2mp tanpa flash / zoom ini tidak boleh dihantar terus melalui bluetooth, termasuk lagu dan data. Fungsi bluetoothnya hanya untuk alatan handsfree dari Apple sahaja!..Oh ya, iPhone ini juga tidak boleh membuat rakaman video walaupun mempunyai kamera??...heran tak. Fungsi MMS takde dan SMS yang ada tidak boleh di Copy atau Forward!...makin marah yon dibuatnya bila membuat atau menerima panggilan...suara pemanggil sangat perlahan. Bila yon tanya balik Tokey kedai Handphone tu dia cakap selamba jer "Biasala kawan...ni fon unlocked punya memang ada problem sikit..." Aisk, mana yon beli dulu takde plak cakap macam ni...So, Yon jadi Pomen iPhone try buka dalamnya...satu lagi kejutan!. iPhone yang canggih nie 'Built-in Battery', bermakna kalau bateri dah 'kong'...sekali dengan iPhone kena tukar jawabnya.

Menyesal memang tak boleh digambarkan...orang rumah pun dah start bising. Rasa nak hempas jer iPhone nie. Canggih satu bahagian jer...bahagian yang asas pun fail. Akhirnya yon ambil keputusan dengan trade-in iPhone ni dengan Nokia N81 dan rugi dalam +/- rm700.

Moral yang Yon dapat...jangan beli Handphone yang belum rasmi di pasaran M'sia...Dan jangan terlalu ghairah untuk mendapatkan Handphone yang baru keluar...Tunggu orang dah ramai pakai dan dengar komen2 semua orang.

Tuesday, December 2, 2008

Back from GoMobile expo

1st day datang ke GoMobile Expo nie sorang2 jer lepas area jam 1500...Memang yon teruja sangat sampai ambil cuti lah...Masa tue orang tak berapa ramai sangat memang timing cantik. Masuk je dalam PWTC yon terus setting camera, faham2 jer lahh. Sampai je yon kt pintu gerbang expo, yon disambut oleh promoter2 cun dari Maxis. Senyum sana senyum sini...ehmm, nak buat mcm mana memang booth Maxis depan sekali..promoter Maxis bersepah2, bagi itu dan ini.













Mula2 dalam kepala yon nak tengok booth Nokia dulu..Nokia Fan la katakan...Tapi tak banyak yang menarik di booth Nokia cuma bg intro tentang N96, N85 dan Ngage Game saja. Ada la sikit sessi download Ngage game terus ke hp...Yon ingat nak la tengok hp touchscreen 5800XM ke, tak ada??...Sebelah booth Nokia menarik pandangan yon adalah booth U mobile...memang coloufull betul diaorang nie...semangat promosi produk Umobile...Hampir ke semua booth yon pusing...saja2 nk tengok produk terbaru pasaran, produk china/indonesia/singapore pun ada...HTC touch Diamond and Samsung Omnia memang fav. yon...cuma duit jer takde nk beli...hahaha. Sambil2 tue ambil la gambar dua tiga keping sekali.

Dalam banyak2 booth, yang paling hapenning bg yon adalah booth LG. LG ada launching produk baru seperti LG KP500 (Cookie), LG KC910 (Renoir) dan LG KS360 (Qwerty). LG promoter pun banyak yang cun2 tapi kekadang bila yon nak amik picture diaorang banyak yang mengelak...(Kamera murah kot??) takpe...nanti yon beli kamera digital SLR bru tau...huhuhu.













Sepanjang 3 hari expo nie last day yang paling meriah la..tak tau berapa banyak catalog, kertas yang yon bawa balik. Orang pun memang ramai yang datang, cuti sekolah la katakan. Hasil dari pemerhatian yon di GoMobile expo ini...harga2 hp yang dijual tak banyak beza dengan di kedai berbanding dengan PC fair. Disebabkan ianya expo yang pertama di malaysia...masih banyak yang perlu diperbaiki. Moga di masa akan datang GoMobile akan lebih meriah dengan promosi dan harga hp yang lebih murah berbanding di kedai...















Go Mobile Boleh!!!....

Monday, December 1, 2008

Buku untuk Blogger

Blog merupakan laman web yang memudahkan interaksi sepontan. You'll boleh berkongsi minat dan kepakaran melalui blog. Ini secara langsung menjadikan diri kita popular disamping membentuk satu komuniti yang akan memberi peluang perniagaan kepada kita.

Kali nie yon nak review sebuah buku yang semua blogger patut ada, tak kira yang otai blogger ataupun new user. Buku ni bertajuk "Blog, Blogger, Blogging" salah satu buku dari 'siri klik untuk kaya' ciptaan Rosli Jamal.

Buku ini memberi kita panduan dalam membina dan menguruskan blog secara cepat dan berkesan. Pengarang membimbing kita dari yang zero terhadap blog sehingga cara2 membuat duit dengan blog itu sendiri. Apa yang yon suka dengan buku ini, setiap bab di sertakan pautan link2 yang boleh diguna dalam menghasilkan blog. Secara jujur yon katakan, selepas membaca buku nie 2 ke 3 kali, ia menggerakkan yon untuk menghasilkan blog seperti yang ada sekarang nie.

Pelajarilah teknik untuk menjadi blogger yang diminati dan dipercayai. Jadikan komuniti blog sebagai tempat perkongsian maklumat, perasaan, dan wang. Ya! blog boleh menjadi sumber rezeki. Ketahuilah cara menghasilkan pulangan rezeki. Buku ini menyajikan pelbagai panduan untuk membina dan mengurus blog dengan cepat dan berkesan.

Buku ini boleh di dapati di kedai2 buku besar dengan harga Rm 24.00

Beli online, klik di sini untuk bacaan lanjut.


Related Posts with Thumbnails